July 2020

1. Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) dari pelbagai parti.

2. Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

3.Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

4. Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai.

5. Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.

6. Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang2 pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokong saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

1. Kenyataan Datuk Shafie Afdal Ketua Menteri Sabah di Parlimen yang meminta Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan Ketua Pembangkan Sabah untuk bertanya kepada Kerajaan Persekutuan siapa sebenarnya yang berkuasa untuk memberi Kad Pengenalan (KP) ibarat “kura-kura dalam perahu” dan “lempar batu sembunyi tangan”

2. Datuk Shafie ini sebenarnya lebih tahu berbanding dengan semua Ahli Parlimen yang ada hari ini kerana beliau telah lama berada dalam Kerajaan Persekutuan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia dan kini Shafie merupakan Ketua Menteri Sabah.

3. Shafie juga tahu bahawa kebanjiran PTI di Sabah ini bermula sejak era Tun Sakaran Dandai iaitu bapa saudara beliau sendiri dan kemuncaknya adalah pemberian “Projek IC” yang dikatakan didalangi oleh Tun Mahathir.

4. Dan hari ini apabila beliau menjadi Ketua Menteri Sabah sudah pastinya beliau lebih tahu bagaimana proses pemberian KP ini kepada warga asing atas pengalaman-pengalaman yang dilaluinya selama ini.

5. Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Afdal tidak boleh melemparkan batu dan menyembunyikan tangan bahawa pengeluaran KP ini dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan kerana KP itu dikeluarkan apabila borang permohonan itu lengkap diisi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan ada di sertakan tetapi apa yang penting ialah kenapa mereka berada disini.

6.  Shafie sudah tentu sedar bahawa sebaik sahaja beliau mengambil alih Kerajaan Sabah banyak tindakan dan dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri boleh umpamakan sebagai menabur gula untuk menarik semut-semut memakan gula tersebut.

7. Salah satu contoh gula yang ditabur oleh kerajaan beliau ialah memberikan pulau-pulau di Sabah ini sebagai penempatan PTI itu sudah tentu PTI-PTI ini akan merasa seronok untuk terus datang ke Sabah kerana mereka tahu bahawa akan diberikan penempatan juga.

8. Gula yang seterusnya ialah tanah-tanah Kerajaan Negeri Shafie cadangkan untuk digazet bagi menyusun semula setinggan-setinggan yang berlambak di Sabah ini sedangkan rumah-rumah setinggan ini sinonim dengan penempatan PTI? Bukankah ini juga akan mendorong mereka untuk datang ke Sabah?

9. Apabila mereka terlalu lama disini dan beranak-pinak maka lahirlah apa yang Shafie katakan sabagai “Kanak-kanak Stateless” kemudian beliau memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak ini demi perikemanusiaan. Disini siapa sebenarnya punca pemberian KP ini?

10. PTI-PTI yang diberi penempatan oleh Kerajaan Warisan juga akan berusaha untuk mendapatkan pelbagai cara seperti mencari bapa angkat, menyogok orang-orang tempatan untuk dijadikan bapa angkat atau menggunakan orang tempatan sebagai bapa kepada anak-anak mereka selepas itu mereka memohon KP. Ini juga masalah Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Pendaftaran?

11. PTI-PTI yang diberkan penempatan ini kemudiannya memikat gadis-gadis tempatan supaya mereka boleh mendapatkan jaminan untuk terus tinggal disini dan kemudiannya memohon KP. Apakah ini juga masalah Kerajaan Persekutuan?

12. Apabila mereka-mereka ini beranak-pinak dan bertambah banyak sudah tentu mereka akan memanggil saudara mara mereka dari seberang sana untuk datang ke Sabah atas alasan ikatan persaudaraan. Maka mereka ini terus membantu saudara mara mereka untuk mendapatkan KP atas alasan ada ikatan persaudaraan. JPN juga tidak akan menolok permohonan ini kerana dilihat ianya memenuhi syarat-syarat yang mereka perlukan.

13. Saya merasakan kalau Shafie benar-benar ikhlas untuk mengatasi masalah PTI di Sabah yang pertama beliau perlu lakukan ialah memohon supaya membatalkan Projek IC yang dikeluarkan ketika era Tun Dr. Mahathir tetapi nampaknya beliau tidak berminat keatas itu sebaliknya mensyorkan supaya Tun Mahathir menjadi presiden Parti Warisan.

14. Shafie juga merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri Sabah yang punyai hak untuk menghalau PTI-PTI dari bumi Sabah tetapi kenapa beliau tidak lakukannya seperti apa yang dilakukan oleh Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat? Adakah Shafie hanya menunggu sehingga mereka ini ada peluang untuk mendapatkan KP?

15. Oleh itu, Shafie seharusnya tidak perlu bertanya kepada Dr. Jeffrey atas masalah pemberian IC kepada PTI di Sabah tetapi beliau harus jujur tentang apa matlamat beliau ke atas PTI-PTI di Sabah ini.

16. Datuk Darell Leiking pula bukannya hero KDMR harap beliau akan dihukum oleh rakyat pada PRU15 nanti.


Ts. Ir. Jovilis Majami
STAR Sabah
Kota Kinabalu
28.07.2020

1. Kenyataan Datuk Junz Wong yang mengibaratkan Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan sebagai “Budak Tidak Boleh Terima Cintanya Ditolak” merupakan bukti bahawa beliau ini seorang Wakil Rakyat dan Menteri yang kurang cerdik, pembohong dan juga kaki fitnah.

2. Sebelum ini saya pernah membuat kenyataan bahawa menteri yang paling gagal di Sabah ialah beliau disebabkan kegagalan beliau menerajui kementeriannya dan hari ini kekurang cerdikannya terserlah lagi.

3. Walaupun beliau ini berstatus Menteri tetapi kita tidak tahu apa yang dilakukannya kepada kementerian yang diterajuinya selain daripada menerima gaji bulanan dan juga  menyerang pemimpin pembangkang Sabah terutamanya Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.

4. Junz Wong ini sepatutnya berusaha untuk mencari jalan untuk membantu orang-orang kampung agar pendapatan mereka meningkat dan boleh menyara keluarga namun beliau pula tiada idea untuk membantu golongan ini untuk meningkatkan pendapatan mereka.

5. Sumber pendapatan yang paling sinonim dengan orang kampung ialah kebun getah bagi kawasan daratan dan menangkap ikan bagi mereka yang tinggal dipersisiran pantai tetapi malangnya menteri ini tidak berbuat apa-apa untuk golongan ini.


6. Ketika PRU13 Junz Wong ini telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Yong Teck Lee (YTL) kerana memfinah  YTL dengan mendakwa bahawa YTL telah menerima wang sebanyak 50 juta daripada Barisan Nasional (BN).


7.  Maka hari ini apabila Junz Wong mengaitkan beberapa ADUN Sabah ini hendak dibeli untuk menyokong pihak Pembangkang Sabah maka ini merupakan habitnya untuk meneruskan pembohongan dan fitnah seperti yang dinyatakan oleh YTL. 


8.  Pembohongan seterusnya yang dilakukan oleh Junz Wong ini dengan menuduh bahawa aktiviti pengeboman ikan yang berleluasa di perairan Sabah adalah dilakukan oleh golongan kanak-kanak sehingga menimbulkan kecaman dan kemarahan oleh aktivis alam sekitar.


9. Penduduk Tanjung Aru juga tidak harus melupakan pembohongan Yb. Junz Wong yang mereka undi ini apabila sebelum PRU14 beliau mengesahkan dan memberi jaminan untuk membatalkan Projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) tetapi selepas sahaja mereka memerintah beliau mengubah pendiriannya untuk menyokong projek ini.



10. Pembohongan dan kekurang cerdikan Junz Wong yang seterusnya ialah beliau masih lagi sanggup mempertahankan bahawa harga getah di Sabah ini adalah sama dengan harga getah di Semananjung Malaysia sedangkan umum mengetahui bahawa harga getah di Sabah sangat jauh bezanya berbanding dengan harga getah disana.


11. Junz Wong juga pernah berjanji untuk memastikan harga komoditi getah meningkat namun apabila beliau kini ditanya, beliau hanya mampu memberi banyak alasan terhadap harga getah ini.


12. Ketika kita berhadapan dan masih lagi berusaha untuk memerangi COVID-19 sudah tentunya masyarakat yang paling terjejas teruk adalah golongan pekebun-pekebun kecil dibawah kementerian beliau namun apa bantuan yang beliau salurkan kepada golongan ini.

13. Begitu juga halnya dengan kemusnahan tanaman akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

14. Kita juga mahu masalah banjir yang sering menjadi keresahan penduduk terutamanya di Pantai Barat Sabah dapat diatasi secara mutlak namun nampaknya Junz Wong hanya tahu meminta peruntukan dari kerajaan persekutuan selepas beliau dan Ketua Menteri mensyorkan undi tidak menyokong Perdana Menteri yang ada sekarang ini.




15. Junz Wong lupa bahawa beliau juga boleh meminta peruntukan daripada Ketua Menteri Sabah untuk melaksanakannya semua projek penyelesaian masalah banjir di Sabah ini.

16. Apabila berlakunya pembohongan dan ketidakcerdikan pemimpin kerajaan negeri seperti Junz Wong ini maka berlakunya penolokan dikalangan rakyat seperti apa yang berkalu kepada Kerajaan Warisan ketika ini.

17. Bila rakyat memberontak dan keluar dari Parti Warisan, ADUN-ADUN yang dipilih oleh rakyat juga turut tertekan kerana mereka merasakan bahawa mereka membohongi dan membelakangkan rakyat yang memberi mandat kepada mereka.

18. Oleh yang demikian apabila ADUN-ADUN mereka ini tidak lagi menyokong mereka dan mengambil keputusan untuk menyokong team sebelah maka itu disebabkan oleh kegagalan Kerajaan Negeri untuk memberi perkhidmatan yang diharapkan dan bukannya disebabkan oleh habuan semata-mata.

19. Namun saya rasa Junz Wong tidak faham ini sebab dia bukannya cerdik sangat untuk memahaminya.



Ts. Ir. Jovilis Majami
STAR Sabah
Kota Kinabalu
26.07.2020

Baru baru ini junz wong mengeluarkan kenyataan dengan pertuduhan yang kononnya datuk dr jeffery kitingan cuba membeli wakil wakil rakyat untuk merampas kuasa, kenyataan lucu ini mungkin boleh diterima pakai oleh cytro warisan tetapi apabila ianya datang daripada seorang yang berstatus menteri ianya amat melucukan.

Mungkin kerana junz wong tidak ada kerja untuk dilakukan di kementeriannya sehingga mampu mempunyai masa mengarang cerita sandiwara semasa yang akhirnya menggambarkan beliau sebagai pelawak circus yang berkhayal.

Junz wong harus belajar dari menerima keadaan secepat yang mungkin bahawa mereka telah kehilangan kepercayaan dan keyakinan masyarakat untuk mentadbir sabah.

Junz wong juga harus segara keluar dari penyakit 'denial syndrom' dan belajar menerima kenyataan bahawa adun adun yang ingin keluar dari warisan adalah kerana kehendak dan menyahut permintaan masyarakat di DUN mereka, seperti yang junz wong tahu sudah beribu ribu ahli warisan keluar dari warisan di seluruh sabah ataupun mungkin junz wong hanya ingin mengikuti presiden partinya yang telah menunjukkan sifat 'double standard' atau 'hipokrit'.

Junz harus sedar persepsi minda yang kononnya para adun warisan ingin dibeli dengan nilai jutaan ringgit hanya memalukan diri sendiri dan juga warisan yang mentadbir sabah buat masa ini kerana junz juga sedar kalau bukan kerana beberapa YB yang melompat ke warisan pada satu ketika dulu warisan tidak akan menjadi kerajaan, tidakkah junz sedar bahawa apabila datuk madius tangau keluar BN dan bersama sama dengan warisan barulah kerajaan ini terbentuk dengan tawaran timbalan ketua menteri diberi kepada beliau bukan kah ini rasuah disiang hari. Dimanakah integriti mu wahai junz wong sebagai peminpin.

Janganlah menjangkitkan penyakit suka berbohong kepada YB anda yang lain seperti kes junz wong pada febuary 2018 yang lepas dan tidak perlulah rasanya untuk saya nyatakan disini keputusan siasatan tersebut kerana sebagai sabahan tidak elok rasanya untuk saya malukkan sabahan yang kan kecuali junz ingin memalukan diri sendiri it is your privilege.

Sebagai salah seorang pimpinan tertinggi sifat suka membohong junz wong ini seharusnya dihentikkan dengan dirinya sahaja malangya seperti pandemik covid-19 penyakit suka membohong ini telah dijangkitkan pula kepada beberapa YB seperti 'the lasimbang sister's yang bakal disaman dimahkamah, dr yusuf yang kononnya ditawar 50 juta dan beberapa lagi  yang mungkin mengharapkan habuan daripada president 'double standard' mereka.

Untuk kebaikkan warisan berhentillah menggunakan strategi lapuk ini kerana ianya hanya memakan diri sendiri kerana rakyat sabah tahu, ianya adalah propaganda murahan sebagai langkah pertahanan apabila para adun mereka keluar parti dengan alasan kononnya telah dibeli. Rakyat tidaklah sebodoh mana untuk menerima persepsi ini dan pihak warisan cukup cukuplah menghina tahap intelektual rakyat sabah kerana ianya satu penghinaan kepada kami sabahan.

Namun saya berterima kasih bahawa junz wong telah mengakui bahawa presiden mereka telah menyalah guna kuasa tentang isu tanah bagahak yang hanya untuk menutup isu christina liew dan saya juga berterima kasih kepada warisan kerana masih menyambung urusan kerajaan terdahulu dengan pemberian tanah di sook dan keningau

Pesan saya sebagai rakyat sabah junz jadikah menteri yang membuat kerja untuk rakyat dan janganlah menjadi cytro pelawak circus yang berkhayal



Muariffidin bin abdul malek chua



Kota Kinabalu : Kenyataan yang dimaklumkan secara umum oleh beberapa anggota Dewan Undangan Negeri Sabah dari  Warisan dan PH bahawa mereka telah menandatangani Deklarasi Berkanun untuk menyokong Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri menunjukkan bahawa Ketua Menteri sendiri menaruh kesangsian terhadap ADUN-ADUNnya.

Tidak pernah terjadi sebelum ini bahawa seorang Ketua Menteri yang duduk dan mengaku memiliki majoriti dua pertiga dalam Dewan harus membuat ADUNnya sendiri menandatangani Deklarasi Berkanun untuk menyokong dirinya sebagai Ketua Menteri. Satu-satunya alasan yang munasabah adalah bahawa Ketua Menteri percaya bahawa dia telah kehilangan sokongan anggota ADUNnya sendiri. Oleh itu, kewujudan SD ini oleh anggota Dewan di pihak kerajaan telah mendedahkan terdapatnya masalah utama yang menyelubungi pakatan pimpinan Warisan.

Membuktikan bahawa pertunjukkan kekuatan sebelumnya berlandaskan kewujudan SD untuk Shafie dalam beberapa sidang media oleh banyak ADUN tidak memberi kesan sama sekali.

Ketidakstabilan pakatan pimpinan Warisan telah diburukkan lagi oleh perebutan untuk menjadi calon Perdana Menteri. Di peringkat nasional, parti PH DAP dan PKR menyokong pemimpin pembangkang nasional Anwar Ibrahim, sebagai calon Perdana Menteri. Tetapi di Sabah, parti yang sama pula menyokong Presiden Parti Warisan, Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

Tidak lama lagi ketegangan dalam PH dan Warisan ini akan mencapai kemuncak yang membawa kepada perpecahan pakatan pimpinan kerajaan Warisan di Sabah.

Warisan adalah titik sifar (Ground Zero) pembelotan

Parti Warisan tidak boleh mengeluh mengenai prospek ADUN mereka keluar dari parti. Ini kerana Parti Warisan adalah "titik sifar" pembelotan. Semua pembelot dari BN telah bergabung dengan Parti Warisan.

Sesungguhnya, kerajaan Sabah yang dipimpin Warisan terjadi hanya kerana adanya pembelotan ADUN daripada BN. Oleh kerana Warisan telah gagal untuk memerintah dan presiden partinya terlalu obses menjadi Perdana Menteri, adalah tidak mengejutkan apabila ramai ADUN ingin mempertimbangkan semula kedudukan politik mereka dengan mengambil kira kehancuran kerajaan pusat PH .

Adakah Shafie akan menafikan dia sedang dalam perjalanan membeli-belah untuk ahli Parlimen di KL?

Untuk meletakkan perkara dalam perspektif, saya meminta Ahli Parlimen Semporna / ADUN untuk Senallang / Presiden Parti Warisan / Ketua Menteri Sabah untuk menafikan bahawa:

(1) Sebelum sidang parlimen 18 Mei dan 13 Julai, dia telah cuba memikat sejumlah anggota parlimen dari Sarawak dan pihak lain untuk memberontak melawan Perdana Menteri,

(2) Rumah Sabah dan aset lain kerajaan Sabah di Kuala Lumpur disalahgunakan dengan tujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri,

(3) Setelah pilihanraya umum di mana Parti Warisan hanya memenangi 21 dari 60 kerusi, Parti Warisan dan wakilnya telah menawarkan jawatan kepada ADUN BN dan STAR untuk berpaling tadah kepada Warisan, dan

(4) ADUN-ADUN yang berpaling tadah ke Warisan diberikan jawatan menteri dan jawatan lain.

Datuk Yong Teck Lee
24/7/2020

Kota Kinabalu:   “Sabah kini sudah dewasa dan berkeupayaan untuk mengangkat tanggungjawab sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka” kata Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Deputy dalam satu kenyataan media sempena Hari Malaysia, 16hb. September 1963.

Setelah Bersama dengan Malaya and Sarawak dalam Persekutuan Malaysia selama 55 tahun sebagai “junior partner” dan separuh jajahan sudah tiba masa untuk Sabah dan Sarawak menjadi “equal partner” dengan Malaya dari segala aspek.

Juga tiba masa untuk mengwujudkan Perlembagaan Malaysia yang baru untuk mencerminkan perkongsian ini dan memberi autonomi penuh kepada Sabah dan Sarawak dengan struktur baru.  Perjanjian baru juga perlu dimeterai diantara Malaya, Sabah dan Sarawak untuk menggantikan MA63 yang sudah ketinggalan zaman sebab ianya ditandatangani semasa zaman koloni British.  

Sabah dan Sarawak bukan lagi koloni British dan boleh berunding atas kapasiti sendiri dan dibawah kuasa mereka sendiri untuk menentukan masa depan mereka atas konsep “Self-determination”.

PEMBENTUKAN MALAYSIA DISEMAK) (MALAYSIA FORMATION REVISITED)

Malaysia perlu diwujudkan semula dengan anggota asalnya, iaitu Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak atas terma-terma yang baru dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan mengambilkira aspirasi rakyat empat (4) wilayah tersebut.

Alternatifnya adalah kemerdekaan penuh kepada semua wilayah dan pembentukan “Malaysian Union” kata Dr. Jeffrey, sebagai penggantian MA63 dengan MUA2020 (Malaysian Union Agreement 2020).

MELANGKAH MAJU KE HADAPAN (MOVING FORWARD)

Sekiranya MA63 tidak digantikan dengan satu perjanjian baru dan realistik, Persekutuan Malaysia yang diwujudkan oleh MA63 akan gagal dengan kerugian yang besar dari segi politik, ekonomi dan sosio-budaya.

Kebarangkalian MUA2020 ini adalah langkah terbaik untuk Malaysia Baru maju kehadapan dibawah pimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri kali kedua.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan
President
Parti Solidariti Tanah Airku
15 September 2018

KOTA KINABALU: Sabab in now fully grown up and matured, and has the full capacity to function as a free and independent nation.

Saying this in a statement here, Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan, the president of the Parti Solidariti Tanahairku (STAR), also said that after being with Sarawak in the Malaysian federation for 55 years as junior partners and semi-colonies under Malaya, it is high time for the Borneo nations become equal partners with Malaya in the truest sense of the words.

“We need to bring to reality equal partnership in all aspects of a federal union by drafting and passing a new federal constitution which will reflect this partnership and at the same time giving full autonomy to Sabah and Sarawak,” he added.

The Bingkor Assemblyman and Keningau Member of Parliament stressed that the new structure must be sealed between Malaya, Sabah and Sarawak to totally replace the MA63 which has long been outdated because it was drafted during the British rule.

“Sabah and Sarawak are no longer colonies and now have their own capacities with its own powers under the universal concept of ‘self-determination’,” he said. “The new agreement, to be called Malaysian Union Agreement 2020 (MUA2020), should be drafted to reflect the current conditions, taking into account the people’s aspiration and spirits of the Borneo territories.

“The positive result of the signing of MUA2020 would be no less than full independence ad full nationhood for all territories,” Dr. Jeffrey explained. “Hence, Malaysia will no longer be known as the Malaysian Federation but the Malaysian Union, modelled closely on the European Union which preserves the full independence of its every country member but all coming under one monetary currency and defence.”

Dr. Jeffrey also opined that anymore attempt to continue with the current MA63, which has long been under heavy criticism, will only end up in the country paying a heavy cost politically and socioeconomically.

Kota Kinabalu, 22 Julai 2020: Sebuah NGO yang telah ditubuhkan di Victoria, Australia pada 24 Mei 2020 telah menggemparkan rakyat Sabah melalui pengumuman rasmi mereka baru-baru ini.

NGO yang telah ditubuhkan itu dikenali dengan nama Republic of Sabah North Borneo - RSNB dengan nombor pendaftaran A0109799D  telah mengumumkan tujuan penubuhan mereka berserta dengan objektif, misi dan visi didalam halaman blog rasmi mereka yang bernama Republic of Sabah North Borneo - RSNB.

Berdasarkan kepada maklumat yang terdapat didalam kenyataan rasmi mereka, NGO ini berkeinginan untuk memerdekakan Sabah dan membentuk Negara Republik yang akan dikenali sebagai Negara Republik Sabah Borneo Utara ataupun Republic of Sabah North Borneo.

Menurut pengumuman tersebut, NGO itu mensasarkan 10 tahun untuk menjayakan tiga objektif mereka iaitu memberi pengetahuan kepada semua Sabahan mengenai fakta sebenar ketidaksahihan status perjanjian malaysia, menyebarkan kesedaran tentang keperluan dan kewajiban moral untuk menyokong kemerdekaan Sabah untuk membentuk Negara Republik Sabah Borneo Utara dan menjadi kumpulan pendesak kepada ahli-ahli politik Sabahan dan parti-parti politik tempatan untuk memimpin, dan memperjuangkan kemerdekaan Sabah.

Selain itu, NGO ini telah menyatakan misi mereka adalah untuk mempercepatkan kesedaran tentang keperluan untuk menyokong kemerdekaan Sabah untuk menjadi Negara Republik. 

Selari dengan Misi, NGO ini percaya bahawa Sabahan sememangnya telah bersedia untuk menjadi bangsa dan negara yang merdeka, berkemampuan untuk mengurus sumber alam semulajadinya dengan bertanggungjawab, mempertahankan negaranya dan mentadbir kerajaannya dengan keadilan, perpaduan dan integriti di Asia Tenggara dan Dunia.

Mosses PA Ampang
Pucuk kepimpinan NGO ini diterajui seorang anak muda Sabah yang bernama Mosses PA Ampang yang dipercayai merupakan seorang aktivis yang telah berjuang untuk kemerdekaan Sabah sejak tahun 2009 lagi.

Aktivis ini dipercayai berada di Australia untuk memimpin pergerakan kemerdekaan Sabah kerana menurut kenyataannya, pergerakan kemerdekaan ini perlu dilakukan melalui dua platfom iaitu diluar dan didalam negara.

Didalam kenyataannya, kerisauan timbul apabila perjuangan ini hanya memfokuskan didalam negara sahaja kerana ia dengan mudah dapat dipatahkan oleh kerajaan malaysia yang dilihatnya sebagai kuasa asing yang sedang menjajah Sabah dan Sarawak melalui perjanjian yang tidak sah dan terbatal itu.

Tambahannya lagi, gerakan diluar negara merupakan nadi untuk memastikan kelangsungan perjuangan didalam negara tidak terhenti dan gerakan diluar negara akan menjadi ajen pemangkin, dan perhubungan untuk membawa masyarakat antarabangsa untuk mengecam tindakan kerajaan penjajah iaitu malaya yang telah menjenamakan identiti diri mereka sebagai malaysia pada 16 September 1963.

Mosses juga mengatakan bahawa peranan penting yang dimainkan diluar negara sangat kritikal bagi memastikan pergerakan didalam negara berjalan dengan lancar melalui suntikan semangat, bantuan teknikal dalam aspek mengurus tadbir organisasi, menyebarkan kebenaran dan menyemarakkan kebangkitan rakyat secara menyeluruh. 

Selain itu juga, hubungan diplomasi dengan masyarakat antarabangsa akan dilakukan oleh beliau dan melalui jangkaannya keberangkalian tekanan politik akan dikenakan keatas kerajaan malaysia. 

Melalui tindakan ini, beliau percaya bahawa ia akan mampu melemahkan pengaruh malaysia diperingkat antarabangsa yang seterusnya akan membantu menguatkan gerakan didalam negara.

Melalui pengemuman media mereka yang bertarikh  30 Jun 2020 itu, kempen kemerdekaan dilancarkan secara rasmi. 

1.  Tiada satu pun perjanjian yang sudah dimetrai itu tidak boleh dibubar atau dikaji semula.

2.  Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga begitu.

3.  Memandangkan banyak ketidaksempurnaan dalam pelaksanaan MA63 sehingga menimbulkan ketidakpuashatian dipihak Sabah dan Sarawak maka adalah sesuatu yang wajar supaya MA63 ini perlu diganti kepada perjanjian baru yang lebih adil dan saksama kepada semua pihak.

4.  Kita berbangga dengan cadangan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STARSabah) Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan dua tahun lepas bahawa MA63 perlu digantikan kepada Malaysian Union Agreement 2020 atau Perjanjian Kesatuan Malaysia 2020 dengan singkatannya MUA2020 sudah tiba masanya untuk dilaksanakan.



5.  Saya turut menyokong kenyataan Presiden STAR itu bahawa Wilayah Sabah dan Sarawak kini sudah cukup dewasa dan mampu memikul tanggungjawab sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka.

6.  Kini usia Persekutuan Malaysia sudah mencecah 57 tahun maka Sabah dan Sarawak tidak lagi boleh dianggap sebagai wilayah yang tidak mampu untuk berdiri dikaki sendiri jika itu adalah alasan ketika menggabung Sabah dan Sarawak kepada Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

7.  Kita juga melihat bahawa MA63 ini sering menjadi perdebatan diantara beberapa pihak terutamanya kesahannya selepas Singapura keluar dari perjanjian ini.

8.  Banyak juga diantara orang-orang kita yang muncul dan mendakwa bahawa mereka adalah pakar dalam MA63 sehinngga berlakunya bidas-membidas dikalangan mereka sendiri disebabkan mempertahankan hujah masing-masing sehingga melupakan tujuan asal iaitu mengambalikan perjanjian ini ke landasan yang betul.


9.  Maka itu, daripada kita bertegang urat dengan MA63 yang nampaknya tidak berkesudahan adalah lebih baik untuk kita duduk semeja dan sepakat untuk mengadakan satu perjanjian baru dikalangan tiga wilayah ini.

10.  Perjanjian baru ini sudah tentu lebih baik untuk Wilayah Sabah dan Sarawak memandangkan kita sudah punyai cukup pengalaman dengan perjanjian yang lama ini.

11.  Namun sekiranya ada diantara wilayah-wilayah ini tidak senang hati dan tidak bersetuju dengan perjanjian baru ini maka kita Rakyat Sabah juga berhak untuk menentukan halatuju kita.

12.  Asalkan Rakyat Sabah bersatu padu maka tiada yang mustahil dalam mencapai cita-cita.


Ts. Ir. Jovilis Majami
Kota Kinabalu
21 Julai 2020

Selama 57 tahun keberadaan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu membentuk persekutuan Malaysia, sabah telah menunjukkan kematangan dam kekuatan untuk mentadbir dengan autonomy penuh.

Sabah telah melalui pengalaman dalam sosio-politik jauh berbanding negeri lain dalam persekutuan malaysia. Selama 57 tahun bersama persekutuan malaysia laungan 'MA63' oleh rakyat sabah telah melalui 3 generasi kepimpinan kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan juga Perikatan Nasional (PN), walaupun 'Malaysian Agreement 1963 (MA63)' ini lebih merugikan sabah dan status sabah sebagai rakan kongsi seperti yang tercatit dalam artikel 1 MA63 yang lebih menggambarkan Sabah sebagai koloni tanah melayu dan bukannya rakan kongsi. 

Laungan menuntut hak sabah didalam MA63 masih lagi dilaungkan hak seperti royalti minyak, autonomi dan lain-lain menjadi tuntutan bukan sahaja rakyat sabah tetapi juga sarawak sebagai rakan kongsi yang membentuk persekutuan malaysia.

Setelah 3 generasi tuntutan ini masih sukar untuk dilaksanakan terutamanya dengan pindaan perlembagaan persekutuan malaysia yang secara langsung menurunkan taraf sabah dan sarawak sebagai rakan kongsi dan juga gagal mengiktiraf sabah sebagai negeri yang merdeka pada 31 ogos 1963, sebaliknya lebih memperkenankan 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan malaysia.

Apa yang ironi ialah malaysia hanya wujud pada 16 september 1963 dan malaysia tidak pernah sekali pun dijajah untuk di ikitiraf sebagai negara yang merdeka. Kerana persekutan malaysia adalah hasil kerjasama di antara 4 buah negara pada waktu itu iaitu sabah, sarawak, singapura dan tanah melayu.

Namun sedemikian rakyat sabah faham akan komplikasi untuk merealisasikan hak-hak sabah ini dan ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana kewujudan percanggahan diantara perlembagaan persekutuan malaysia dan juga MA63.

Oleh itu kerajaan hari ini harus memikirkan solusi yang cepat dan menguntungkan semua pihak jikalau ini masih sukar untuk dilaksanakan, maka satu perjanjian baru harus dimeterai oleh sabah, sarawak dan tanah melayu.

Seperti yang pernah di usulkan oleh Datuk Dr. Jeffery Kitingan selema beberapa tahun ini 'Malaysian Union Agreement 2020' merupakan contoh atau solusi yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini. 'MUA2020' akan membuka ruang untuk berbincang dan mencapai kesepakatan untuk malaysia yang lebih maju, aman dan makmur dari segi politik dan juga ekonomi.

Kerajaan hari ini harus mengambil tindakkan yang segera kerana laungan rakyat sabah dan sarawak untuk mentadbir sendiri juga mulai bergema dengan momentum yang sangat kuat dan laju dan ini memberi rakyat malaysia 3 pilihan iaitu kaji semula  'MA63', atau laksanakan 'MUA2020', atau solusi yang terakhir sabah dan sarawak akan mentadbir sendiri.

Muariffidin bin abdul malek chua

Istiharkan 31 ogos sebagai Hari Kemerdekaan Sabah dan terapkan MA63 didalam pendidikan sekolah

Semenjak kerajaan baru PN menerajui tapuk kepimpinan kerajaan malaysia, rakyat malaysia telah melihat dan merasai keikhlasan didalam kepimpinan perdana menteri dan juga kabinetnya dimana setiap tindakkan yang diambil lebih mengutamakan rakyat.

Initiatif demi initiatif telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat terus terpelihara dan terbela. Hatta demikian demi kesepakatan yang lebih baik dan kerjasama yang lebih erat amatlah diharapkan untuk sidang parlimen kali ini mengambil kesempatan ini untuk mengistiharkan 31 ogos itu sebagai 'Hari Kemerdekaan Sabah' sebagai mana Sarawak mengistiharkan 22 julai sebagai 'Hari Kemerdekaan Sarawak'.

Signifikasi ini amatlah penting kerana ini adalah fakta sejarah yang tidak sepatutnya dinafikan dan tidak harus dilupakan. Kerajaan hari ini harus mengambil langkah pertama ini sebagai tanda menghormati 'malaysian agreement 1963 (MA63)' yang dilaungkan dengan sungguh kuat sekali oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Amat lah diharapkan oleh kerajaan malaysia hari ini menerapkan sejarah penubuhan malaysia didalam mata pelajaran sekolah, seawal peringkat sekolah rendah lagi kerana ini adalah ilmu pengetahuan dan pendidikan yang sangat penting. Oleh itu amatlah diharapkan untuk sidang parlimen kali ini dapat mengusulkan suara rakyat sabah yang meinginkan 'MA63' ini dihormati. 

Muariffidin bin Abdul Malek Chua

1. Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika sidang parlimen bahawa orang yang lahir di Malaysia tidak membolehkan seseorang itu memperolehi kewarganegaraan secara automatik amat dialu-alukan oleh Orang Asal Sabah (OAS).

2. Ini kerana kebimbangan OAS pada ketika ini sudah sampai ke kemuncak apabila statistik menujukan demografi kependudukan di Sabah berubah 360 darjah dan kini OAS bukan lagi majoriti di Wilayah Sabah berbanding dengan 60 tahun yang lepas.


3. Susulan daripada itu OAS tertanya-tanya apakah penyebab kepada pertambahan drastic sesetengah kaum di Sabah ini sehingga tidak boleh di kawal dan tidak masuk akal sehingga menenggelamkan bilangan OAS.

Ts. Ir. Jovilis Majami
4. Rakyat Sabah sudah tentu mahu tahu siapa mereka ini, siapa ibu bapa mereka, dari mana mereka ini, daerah mana asal mereka, dimana keberadaan mereka ketika ini, apa pekerjaan mereka serta siap keturunan mereka hari ini agar OAS akan berhenti mempertikaikan sekiranya mereka ini benar-benar asal usul mereka adalah di Sabah.

5. Salah satu faktor dikenal pasti menjana kepada pertambahan penduduk Sabah yang mana ianya tidak boleh disembunyikan lagi ialah pemberian Kad Pengenalan kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI) semasa era Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dahulu.


6. Pemberian Kad Pengenalan ini yang lebih dikenali sebagai “Projek IC Mahathir” bukan lagi satu rahsia kerana ianya pernah disebut dalam pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai PTI di Sabah malahan Tun Mahathir sendiri tidak pernah menafikan pemberian IC ini dengan alasan bahawa ianya mematuhi undang-undang negera.



8. “Projek IC” ini juga dikaitkan dengan taktik Tun Mahathir untuk memperbanyakkan pengundi UMNO bagi mengalahkan Parti PBS pada ketika itu.


9. Manakala, alasan Tun Mahathir bahawa pemberian IC kepada PTI ini adalah tidak menyalahi undang-undang langsung tidak boleh diterima pakai oleh OAS kerana banyak pendedahan sudah dibuat oleh mereka-mereka yang terbabit malahan ada di antara mereka ini yang telah didapati bersalah dan sudah menjalani hukuman.


10. Oleh yang demikian adalah wajar supaya IC projek yang telah dikeluarkan ini perlu ditarik balik atau dibatalkan serta-merta kerana pemberian IC ini tidak mengikut lunas undang-undang selaras dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa mereka yang lahir di Malaysia bukan mudah untuk memperolehi Kad Pengenalan apatah lagi berstatus PTI.

11. Rakyat Sabah juga berharap agar Kerajaan Negeri membantu Kementerian Dalam Negeri dalam merealisasikan hasrat supaya mereka-mereka yang bukan OAS tidak sewenang-wenangnya mendapat kewarganegaraan dengan cari yang tidak betu.

12. Kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Warisan seharusnya memberi kerjasama kepada pusat untuk memberi maklumat berkenaan dengan mereka-mereka yang mendapat “Projek IC Mahathir” ini.

13. Parti Warisan dan Kerajaan Negeri juga harus membersihkan nama mereka daripada dikaitkan dengan “Projek IC 2” seperti yang diviralkan oleh warganet dan dilaporkan oleh media-media tempatan tentang borang-borang permohonan Kad Pengenalan berlogokan Parti Warisan.




14. Mereka boleh mendakwa mereka yang terbabit sekiranya mereka benar-benar tidak terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan ini.

15. Rakyat Sabah memerlukan kerajaan yang membela nasib OAS kerana Wialyah Sabah ini milik OAS.

16. Alasan perikemanusiaan kepada PTI-PTI ini seharusnya tidak dijadikan alasan untuk membelakangkan kepentingan serta masa depan Rakyat Sabah.

17. Rakyat Sabah mahu “Projek IC Mahathir” dibatalkan atau ditarik balik!

Kota Kinabalu, 14 Julai: Kerajaan Negeri diminta memberi penjelasan lanjut dan lebih terperinci bagaimana bentuk perancangan untuk memulihkan keadaan setinggan seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong semasa sesi taklimat di  Bilik Mesyuarat Majilis Perbandaran Tawau (MPT) baru-baru ini. 

Menurut Ts. Ir. Jovilis Majami penjelasan secara terperinci terhadap cadangan ini penting kerana setinggan-setinggan ini sangat sinonim dengan penempatan-penempatan Pendatang Tanpa Izin (PTI), pemegang-pemegang Kad Pengenalan Palsu dan juga mereka yang mendapat Projek IC semasa era pemerintahan Tun Mahathir dahulu.

“Kajian-kajian juga sudah banyak dibuat dan banyak laporan atau berita daripada Majilis Tempatan yang menyatakan bahawa setinggan-setinggan ini merupakan sarang utama PTI”

Ts. Ir. Jovilis berkata walaupun cadangan yang dikemukakan oleh Datuk Jaujan itu kelihatan baik bagi mencegah berlakunya kebakaran dan membendung aktiviti jenayah di kawasan tersebut tetapi masalah utama yang dihadapi oleh Negeri Sabah iaitu kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PTI) tidak akan dapat diselesaikan.

“Kerajaan perlu menyelidik terlebih dahulu dan memastikan siapa yang tinggal di setinggan-setinggan ini sama ada mereka ini adalah Orang Asal Sabah (OAS) atau sebaliknya kerana kita tidak mahu PTI mendapat manfaat apabila kerajaan menyediakan penempatan yang lebih baik dan tersusun kelak”

“Kerajaan perlu faham bahawa menyelesaikan penempatan setinggan seperti menyediakan penempatan yang tersusun, menyediakan kemudahan yang lengkap serta menaiktaraf kawasan setinggan tidak akan menyelesaikan masalah PTI di Sabah tetapi ianya akan mendorong PTI-PTI yang baru untuk mewujudkan penempatan setinggan yang baru kerana mereka mengharap akan dibela oleh kerajaan”

Ts. Ir. Jovilis berkata dengan menyediakan penempatan kepada orang yang tidak sepatutnya atau PTI maka kes-kes jenayah dan masalah sosial bukannya berkurang seperti yang diharapkan oleh Jaujan tetapi sebaliknya bertambah kerana pertambahan bilangan mereka yang tinggal di situ.

Ts. Ir. Jovilis berkata lagi bahawa penjelasan secara terperinci juga adalah untuk memastikan bahawa penyelesaian isu ini bukannya melibatkan pemberian tanah dan pemberian pulau kepada penduduk setinggan seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini oleh Kerajaan Negeri. 

“Rakyat Sabah nyata menolak penyelesaian sebegitu kerana ianya akan memudaratkan OAS dalam jangka masa panjang kerana akan mendorong kedatangan saudara mara mereka ke Sabah dan akhirnya Negeri Sabah ini dihuni oleh puak-puak mereka”.

“Kerajaan Negeri juga tidak boleh menyamakan pengazetan tanah untuk penempatan setinggan dangan pemberian geran tanah kepada orang-orang di pedalaman kerana tanah itu memang sudah dihuni oleh mereka beratas-ratus tahun lamanya dan ada termaktub dalam Perkara 160 Perlambagaan Malaysia (Tanah Orang Asal) atau Tanah Adat dalam seksyen 5, 6, 13-16, 65 dan 88”



KOTA KINABALU: Penyerahan geran tanah seluas 6,425 hektar kepada 101 kampung di Sook, Keningau baru-baru ini oleh Kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan walaupun dilihat baik namun ianya tetap mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk memancing sokongan masyarakat KDMR di kawsan Pedalaman Atas Sabah.



Menurut Ts. Ir. Jovilis Majami ini kerana selepas sahaja Kerajaan Sabah diambil alih Kerajaan Warisan dan rakan sekutunya polisi pentadbiran mereka sangat teruk dan tidak menyebelahi dengan meminggirkan Orang Asal Sabah (OAS) terutamanya suku kaum KDMR.

Rentetan daripada itu ramai di antara penyokong Parti Warisan mahupun parti komponen Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan halatuju parti tersebut.

“Kita sudah sedia maklum baru-baru ini ada dua Ahli Dewan Undengan Negeri (ADUN) mereka iaitu Datuk Limus Juri dan Datuk James Ratib kedua-duanya pemimpin KDMR  telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong kepimpinan kerajaan negeri kerana hilang kepercayaan terhadap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri”

Menurut Ts. Ir. Jovilis menurut info yang diterima daripada sumber yang boleh dipercayai sebenarnya ada banyak lagi ADUN yang bertindak keluar daripada kerajaan negeri atas alasan yang sama tetapi dihalang oleh Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Afdal dengan pelbagai ancaman.

“Sejak akhir-akhir ini juga beribu-ribu ahli parti daripada Kerajaan Negeri Sabah terutamanya dari kawasan-kawasan KDMR keluar parti dan menyertai parti pembangkang kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri”

Oleh yang demikian Ts. Ir. Jovilis berkata untuk membina keyakinan masyarakat KDMR supaya kembali menyokong kerajaan negeri maka Datuk Seri Shafie Afdal menggunakan peluang ini untuk memberikan geran tanah di Sook Keningau yang rata-ratanya adalah masyarakat KDMR.

Selain daripada itu menurut Ts. Ir. Jovilis pemilihan Daerah Keningau sebagai lokasi untuk memberikan geran tanah ini oleh kerajaan negeri  juga ada sangkut-pautnya dengan status Parlimen dan DUN ini yang dikuasai oleh Ketua Pembangkang Kerajaan Negeri Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan. 

“Ketika ini Datuk Seri Shafie melihat bahawa Datuk Dr. Jeffrey merupakan ancaman utama kerajaan negeri kerana sejak akhir-akhir ini populariti Dr. Jeffrey dan Parti STARSabah mengatasi populariti Shafie dan Part Warisan”

“Ketika ini kita melihat dimana-mana pelosok Negeri Sabah ada sahaja dikalangan ahli-ahli parti Kerajaan Negeri yang keluar parti dan kebanyakan daripada mereka ini memilih Parti STARSabah pimpinan Dr. Jeffrey”

Ts. Ir. Jovilis berkata dengan Kerajaan Negeri memilih Keningau sebagai lokasi untuk menyerahkan geran tanah maka Shafie mengharapkan agar sokongan KDMR ke atas Dr. Jeffrey akan beralih kepadanya namun ini sudah tentu tidak akan berlaku kerana rakyat sudah tentu akan menilai sesebuah kerajaan itu daripada keseluruhan polisi yang ingin dilaksanakannya.

“Kita semua kena ingat bahawa Kerajaan Warisan juga berniat untuk mengazetkan tanah untuk penempatan setinggan dan memberikan pulau-pulau untuk penempatan Pendatang Tanpa Izin (PTI)”

 “Sudah tentu apabila mereka merasakan kuat dengan mempunyai bilangan ADUN yang tidak boleh diganggu gugat maka sudah tentu mereka akan melaksanakan polisi ini”

Oleh yang demikian Ts. Ir. Jovilis berharap agar Rakyat Sabah terutamanya golongan KDMR dapat membuat penilaian yang tepat untuk memilih parti dan pemimpin yang menerajui Negeri Sabah sekiranya berlaku pilihanraya dalam masa terdekat ini.

Sokongan Saya Terhadap STARSABAH dan DDJK Adalah Teguh 

Kota Kinabalu 9hb Julai 2020 : Adun Bingkor YB Robert Tawik menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tular di media yang mengatakan beliau akan meninggalkan Parti StarSabah.
 
Menurut kenyataan yang tular di media itu, kononya Adun Bingkor YB Robert Tawik bakal meninggalkan STARSabah kerana rasa tertekan dan  serba salah atas desakan demi desakan oleh ahli-ahli STARSabah yang tidak bersetuju dengan keputusan Presiden Parti DDJK berkerjasama dengan TS Musa Aman selepas PRU14 , "ADALAH TIDAK BENAR" 

YB Robert Tawik sendiri telah menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Presidan STARSabah dan menyokong tindakan YB DDJK berkerjasama dengan TS Musa Aman membentuk kerajaan negeri Sabah ketika itu setelah pensyaratan yang  dikemukakan oleh Datuk Jeffrey diterima oleh TSMA sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan negeri Sabah yang akan dilaksanakan.

Namun sayangnya, seperti yang kita sedia maklum kumpulan WARISAN-PH telah berusaha sedaya upaya untuk merampas kuasa, dan akhirnya berjaya memujuk UPKO membantu mereka membentuk kerajaan pintu belakang bertongkatkan Perlembagaan Perak yang membelakangkan  Perlembagaan Sabah. Kerana tanpa TSMA meletak jawatan terlebih dahulu sebagai ketua menteri pertama, ketua menteri kedua dari WARISAN-PH-UPKO telah dilantik oleh TYT.

Tapi apa yang amat mengecewakan selepas itu ialah dasar yang mereka laksanakan bertentangan sekali dengan kehendak atau kemahuan Orang Sabah. Contohnya operasi pumpboat dan sistem barter yang telah diharamkan oleh kerajaan terdahulu untuk mengekang kemasukan PTI ke Sabah, telah dihalalkan semula dalam kerajaan WARISAN-PH-UPKO.

PTI diberikan pemutihan dengan dokumentasi dan penggazetan penempatan setinggan atas air yang dikhuatiri majoriti penduduknya adalah PTI sebagai satu perkampungan yang sah.

YB Robert Tawik juga menyatakan beliaulah orang yang sangat menyokong keputusan YB DDJK sehingga tertubuhnya PN. Tuduhan kononnya beliau
ditugaskan oleh YB DDJK untuk memujuk ahli-ahli  STARSabah yang kononya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan beliau adalah tidak betul. 

Dakwaan kononnya DDJK sering membuat keputusan sendiri tanpa bertanya pandangan ahli terlebih dahulu dengan membuat keputusan sendiri menyertai Perikatan Nasional PN demi mendapat jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya adalah sama sekali tidak betul.

Seperti yang kita lihat, penyertaan Yb Datuk Dr Jeffrey dalam PN telah membuka peluang untuk menjayakan Agenda Borneo dengan wujudnya portfolio khusus Kementerian Hal Ehwal Sabah Sarawak di Jabatan Perdana Menteri.

Apa yang kita lihat sejak kebelakangan ini, STARSabah semakin diancam semakin mengancam dengan penyertaan ahli-ahli baru yang semakin menyedari dan semakin yakin dengan dasar perjuangan yang sebenar.

1. Memang tidak dapat dinafikan akan kepentingan ilmu kepada manusia.

2. Sejarah membuktikan bahawa negara bangsa yang menguasi ilmu akan menguasi dunia umpammanya Kerajaan Yunani dan Romawi, British, Belanda, Jepun dan lain-lain lagi yang pernah melebarkan empayar mereka disebabkan mereka itu punyai teknologi hasil janaan daripada ilmu pengetahuan.

3. Tamadun Islam juga pernah melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang sangat berwibawa dan terkenal dimana buah fikiran mereka merentasi zaman dan menjadi rujukan hingga kini umpamanya Al-Farabi, Ibnu Sina dan ramai lagi.

4.  Cik Veveonah Mosibin dari Kg. Sapatalang, Pitas penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga sanggup memanjat pokok demi untuk mendapatkan ilmu. Begitu juga dengan budak-budak sekolah di Kg. Muhang, Kota Marudu juga sanggup bergadai nyawa dengan meniti seluran paip air yang merentasi sungai demi untuk ilmu.
Sumber: Borak Daily
5. Kerjaan Sabah juga mewujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi sebaik sahaja mereka menubuhkan kerajaan negeri mungkin rasanya atas kesedaran akan kepentingan ilmu namun sayangnya sumbangan mereka masih tidak kelihatan.
Sumber: Berita Harian

6.  Kementerian ini punyai objektif, misi dan visi yang cantik namun setakat ini ianya cuma tersusun rapi di laman web mereka tanpa ada output kepada sistem pendidikan kita atau garis panduan yang dikeluarkan kearah merealisasikan visi kementerian.

7. Sabah punya 90 buah sekolah yang sangat daif, beratus-ratus buah sekolah kurang prasarana dan kelengkapan pembelajaran asas yang harus diselesaikan oleh kementerian ini agar kewujudan kementerian ini tidak membazir duit rakyat.

8. Maka sekiranya Kerajaan Sabah memberi alasan bahawa pendidikan itu adalah tanggungjawab persekutuan maka adalah lebih baik Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah ditutup dan gunakan duit peruntukan kementerian ini untuk hal-hal yang lebih bermanfaat seperti menjaga kebajikan rakyat.

9. Ataupun duit ini boleh digunakan untuk membayar portal-portal bagi menyiarkan kenyataan-kenyataan pemimpin Warisan yang asyik menyalahkan pemimpin pembangkang seperti Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan atas kemerosotan sokongan rakyat kepada Kerajaan Warisan.

10. Apabila Kerajaan Sabah tidak urus Sabah dengan baik maka sudah tentu rakyat mencari parti lain yang boleh mengurusnya.

Ts. Ir. Jovilis Majami
Kota Kinabalu 
04 Julai 2020 




Nabawan 3hb Julai 2020 : STARSABAH menerima lebih Empat Ribu (4,306) ahli hari ini.



Ahli -ahli baru ini merupakan mantan ahli-ahli Parti UPKO yang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti lama mereka untuk bersama berjuang dalam Parti Solidariti Tanah Airku, STARSABAH.

Encik Aping Mantis, mantan Ketua Penerangan UPKO Nabawan, mengetuai rakan-rakannya. Beliau mengatakan bahawa telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan UPKO. Mereka rasakan bahawa, hala tuju perjuangan Parti UPKO telah jauh tersasar sejak 22bulan yang lalu.

Pemimpin akar umbi yang turut mengambil keputusan yang sama ialah En.Amat Anggilas, mantan Naib Ketua Bahagian, En.Osman Agundok mantan Timbalan Ketua Bahagian dan En.Saidi Amat, mantan Naib Ketua Pemuda.

Apabila diajukan soalan, kenapa baru sekarang mahu keluar dari UPKO dan bukannya sejak awal dahulu, mereka seolah mempunyai satu jawapan yang sama, iaitu sebenarnya mereka sayangkan parti UPKO dan telah mencuba mempertahankan parti itu. Namun, hari demi hari serta keputusan demi keputusan yang diambil oleh Presiden UPKO semakin tidak relevan dengan perjuangan orang asal Sabah.

Borang borang keahlian Empat Ribu lebih ini diterima oleh YB Datuk Ellron Angin, Timbalan Presiden STARSABAH. Yb Ellron mengatakan bahawa tindakan mereka ini adalah tepat demi masa depan rakyat Sabah yang lebih terbela.

Tahniah STARSABAH. Semakin hari semakin mendapat sokongan dari seluruh pelusuk tanah air Sabah.

Sumber laporan:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=598653664373176&id=100026856421067


Sekali lagi Jo Anna mempamerkan pemikiran yang mengaibkan diri sendiri. Apabila beliau menuduh DDJK mempunyai personaliti konflik.

Sebenarnya Jo Anna cuma tidak tahu membezakan apa itu 'contradiction' dengan apa itu 'contra - distinction'. Apa yang memalukan ialah apabila Jo Anna memberi contoh 'contradiction' iaitu apabila DDJK tidak menyokong Shafie dan juga Anwar sebagai PM. Oleh itu tergerak lah hati saya untuk memberi sedikit tunjuk ajar dan berkongsi kesedaran Jo Anna mengenai perbezaan ini.

'Contradiction' sebagai contoh mudah supaya Jo Anna senang belajar dan faham 'contradiction' adalah apabila seseorang itu membuat kenyataan seperti 'saya menyokong TUN M menjadi PM' tapi pada masa yang sama menyokong diri sendiri menjadi PM ini adalah 'contradiction' dan satu lagi contoh mudah untuk Jo Anna mudah belajar apabila Christina Liew memberi kenyataan menyokong Anwar dan juga Shafie, kerana agak mustahil pada masa yang sama menyokong dua tokoh pemimpin menyandang jawatan yang sama kerana belum pernah ada dalam sejarah ada dua PM yang satu menjaga shift pagi dan yang satu menjaga shift malam. Saya harap contoh ini mudah untuk Jo Anna belajar.

Manakala 'contra-distinction' adalah satu sifat atau pendirian yang harus di puji dan patut ada kerana 'contra-distinction' akan melengkapkan sesuatu itu menjadi sempurna. Sebagai contoh apabila Jo Anna ke kedai kopi dan  meminta minuman kegemaran beliau iaitu "milo ping", si pembuat minuman akan mencampurkan milo, air suam, susu sejat manis dan diakhiri dengan ketulan ais maka jadilah minuman kegemaran Jo Anna "milo ping".

Jikalau Jo Anna masih tidak faham apa itu 'contra-distinction' contoh mudah ialah apabila DDJK tidak menyokong Anwar dan juga Shafie sebagai PM sebaliknya hanya menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai PM ini adalah 'contra-distinction' ini adalah sifat konsistansi yang harus ada pada setiap pemimpin yang malangnya sifat ini tidak dimiliki oleh seorang pun pemimpin Warisan buat setakat ini termasuklah Presiden partinya sendiri yang pada satu ketika dulu menentang sekeras kerasnya MA63 & 20 PERKARA.

Oleh itu, saya berharap agar Jo Anna cepatlah sedar akan situasi ini kerana beliau tidak perlu menjadi bijak tapi beliau hanya perlu sedar bahawa kepimpinan Warisan telah banyak menipu rakyat.

Sekian terima kasih.

Muariffidin bin Abduk Malek

Sarcastic humour a mockery of Sabah S
tate Constitution

By: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan


In their latest sarcastic humour by members of the Warisan Media 'troupe', they release pictures of myself and Datuk Seri Shafie Apdal. 

He is to be the Prime Minister of Malaysia and i am to be the Chief Minister of Sabah.


While i see the sarcastic humour in such 'meme', but i do not agree with it especially since it insinuates that the Chief Minister of Sabah can be pluck out just like that until GE15. 

Article 119 of the Federal Constitution provides that a citizen of Malaysia is entitled to vote in the constituency that he is a resident (or where he is an absent voter).

The same goes for the Prime Minister-ship. It should be for the people of Malaysia to elect their chosen representatives.

What Tun Dr. Mahathir failed to do was to call for a snap election when there was massive internal dispute between PKR and Tun Dr. Mahathir about the PM-ship.

Instead, he resigned which caused some pandemonium and the Yang Di-Pertuan Agong had to execute his duties accordingly.

Now, Tun Dr. Mahathir realizes that his chances of returning to power is slim so he decides to by-pass Datuk Seri Anwar Ibrahim and endorse Datuk Seri Shafie Apdal as his choice as PM. 

Sabahans are very well aware of how close the relationship is between Tun and DS Shafie. Wherever Tun goes, Datuk Seri Shafie will obediently obliged, like a puppet to its puppet master.

We can never forget what Tun Dr. Mahathir did to Sabah and now we are expected to fall for his political ambition in endorsing Datuk Seri Shafie?

How much more should Sabahans sacrifice for him? How much longer does Datuk Seri Shafie expect to hoodwink Sabahans?

Warisan should not deceive Sabahans into thinking I can be made Sabah Chief Minister upon Tun Dr. Mahathir and Datuk Seri Shafie taking back the Prime Minister-ship from Tan Sri Muhiyiddin. 

That is very wrong and very disrespectful of each and every Sabahan rights as voters. 

Furthermore, it is a blatant mockery of the Sabah State Constitution. When you take the voters rights away like how Warisan came to power, you destroy everything the State Constitution stands for.

Therefore Warisan should be ashamed of themselves for insinuating that i be made the Chief Minister of Sabah upon Datuk Seri Shafie fulfilling Tun Dr. Mahathir's 'hidden' ambition of returning to power. 

YB DATUK DR. JEFFREY G. KITINGAN


Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.