Baru baru ini junz wong mengeluarkan kenyataan dengan pertuduhan yang kononnya datuk dr jeffery kitingan cuba membeli wakil wakil rakyat untuk merampas kuasa, kenyataan lucu ini mungkin boleh diterima pakai oleh cytro warisan tetapi apabila ianya datang daripada seorang yang berstatus menteri ianya amat melucukan.
Mungkin kerana junz wong tidak ada kerja untuk dilakukan di kementeriannya sehingga mampu mempunyai masa mengarang cerita sandiwara semasa yang akhirnya menggambarkan beliau sebagai pelawak circus yang berkhayal.
Junz wong harus belajar dari menerima keadaan secepat yang mungkin bahawa mereka telah kehilangan kepercayaan dan keyakinan masyarakat untuk mentadbir sabah.
Junz wong juga harus segara keluar dari penyakit 'denial syndrom' dan belajar menerima kenyataan bahawa adun adun yang ingin keluar dari warisan adalah kerana kehendak dan menyahut permintaan masyarakat di DUN mereka, seperti yang junz wong tahu sudah beribu ribu ahli warisan keluar dari warisan di seluruh sabah ataupun mungkin junz wong hanya ingin mengikuti presiden partinya yang telah menunjukkan sifat 'double standard' atau 'hipokrit'.
Junz harus sedar persepsi minda yang kononnya para adun warisan ingin dibeli dengan nilai jutaan ringgit hanya memalukan diri sendiri dan juga warisan yang mentadbir sabah buat masa ini kerana junz juga sedar kalau bukan kerana beberapa YB yang melompat ke warisan pada satu ketika dulu warisan tidak akan menjadi kerajaan, tidakkah junz sedar bahawa apabila datuk madius tangau keluar BN dan bersama sama dengan warisan barulah kerajaan ini terbentuk dengan tawaran timbalan ketua menteri diberi kepada beliau bukan kah ini rasuah disiang hari. Dimanakah integriti mu wahai junz wong sebagai peminpin.
Janganlah menjangkitkan penyakit suka berbohong kepada YB anda yang lain seperti kes junz wong pada febuary 2018 yang lepas dan tidak perlulah rasanya untuk saya nyatakan disini keputusan siasatan tersebut kerana sebagai sabahan tidak elok rasanya untuk saya malukkan sabahan yang kan kecuali junz ingin memalukan diri sendiri it is your privilege.
Sebagai salah seorang pimpinan tertinggi sifat suka membohong junz wong ini seharusnya dihentikkan dengan dirinya sahaja malangya seperti pandemik covid-19 penyakit suka membohong ini telah dijangkitkan pula kepada beberapa YB seperti 'the lasimbang sister's yang bakal disaman dimahkamah, dr yusuf yang kononnya ditawar 50 juta dan beberapa lagi yang mungkin mengharapkan habuan daripada president 'double standard' mereka.
Untuk kebaikkan warisan berhentillah menggunakan strategi lapuk ini kerana ianya hanya memakan diri sendiri kerana rakyat sabah tahu, ianya adalah propaganda murahan sebagai langkah pertahanan apabila para adun mereka keluar parti dengan alasan kononnya telah dibeli. Rakyat tidaklah sebodoh mana untuk menerima persepsi ini dan pihak warisan cukup cukuplah menghina tahap intelektual rakyat sabah kerana ianya satu penghinaan kepada kami sabahan.
Namun saya berterima kasih bahawa junz wong telah mengakui bahawa presiden mereka telah menyalah guna kuasa tentang isu tanah bagahak yang hanya untuk menutup isu christina liew dan saya juga berterima kasih kepada warisan kerana masih menyambung urusan kerajaan terdahulu dengan pemberian tanah di sook dan keningau
Pesan saya sebagai rakyat sabah junz jadikah menteri yang membuat kerja untuk rakyat dan janganlah menjadi cytro pelawak circus yang berkhayal
Muariffidin bin abdul malek chua
Post a Comment