1. Memang tidak dapat dinafikan akan kepentingan ilmu kepada manusia.
2. Sejarah membuktikan bahawa negara bangsa yang menguasi ilmu akan menguasi dunia umpammanya Kerajaan Yunani dan Romawi, British, Belanda, Jepun dan lain-lain lagi yang pernah melebarkan empayar mereka disebabkan mereka itu punyai teknologi hasil janaan daripada ilmu pengetahuan.
3. Tamadun Islam juga pernah melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang sangat berwibawa dan terkenal dimana buah fikiran mereka merentasi zaman dan menjadi rujukan hingga kini umpamanya Al-Farabi, Ibnu Sina dan ramai lagi.
4. Cik Veveonah Mosibin dari Kg. Sapatalang, Pitas penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga sanggup memanjat pokok demi untuk mendapatkan ilmu. Begitu juga dengan budak-budak sekolah di Kg. Muhang, Kota Marudu juga sanggup bergadai nyawa dengan meniti seluran paip air yang merentasi sungai demi untuk ilmu.
![]() |
Sumber: Borak Daily |
5. Kerjaan Sabah juga mewujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi sebaik sahaja mereka menubuhkan kerajaan negeri mungkin rasanya atas kesedaran akan kepentingan ilmu namun sayangnya sumbangan mereka masih tidak kelihatan.
![]() |
Sumber: Berita Harian |
6. Kementerian ini punyai objektif, misi dan visi yang cantik namun setakat ini ianya cuma tersusun rapi di laman web mereka tanpa ada output kepada sistem pendidikan kita atau garis panduan yang dikeluarkan kearah merealisasikan visi kementerian.
7. Sabah punya 90 buah sekolah yang sangat daif, beratus-ratus buah sekolah kurang prasarana dan kelengkapan pembelajaran asas yang harus diselesaikan oleh kementerian ini agar kewujudan kementerian ini tidak membazir duit rakyat.
8. Maka sekiranya Kerajaan Sabah memberi alasan bahawa pendidikan itu adalah tanggungjawab persekutuan maka adalah lebih baik Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah ditutup dan gunakan duit peruntukan kementerian ini untuk hal-hal yang lebih bermanfaat seperti menjaga kebajikan rakyat.
9. Ataupun duit ini boleh digunakan untuk membayar portal-portal bagi menyiarkan kenyataan-kenyataan pemimpin Warisan yang asyik menyalahkan pemimpin pembangkang seperti Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan atas kemerosotan sokongan rakyat kepada Kerajaan Warisan.
10. Apabila Kerajaan Sabah tidak urus Sabah dengan baik maka sudah tentu rakyat mencari parti lain yang boleh mengurusnya.
Ts. Ir. Jovilis Majami
Kota Kinabalu
04 Julai 2020
Post a Comment