1. Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika sidang parlimen bahawa orang yang lahir di Malaysia tidak membolehkan seseorang itu memperolehi kewarganegaraan secara automatik amat dialu-alukan oleh Orang Asal Sabah (OAS).
2. Ini kerana kebimbangan OAS pada ketika ini sudah sampai ke kemuncak apabila statistik menujukan demografi kependudukan di Sabah berubah 360 darjah dan kini OAS bukan lagi majoriti di Wilayah Sabah berbanding dengan 60 tahun yang lepas.
3. Susulan daripada itu OAS tertanya-tanya apakah penyebab kepada pertambahan drastic sesetengah kaum di Sabah ini sehingga tidak boleh di kawal dan tidak masuk akal sehingga menenggelamkan bilangan OAS.
![]() |
Ts. Ir. Jovilis Majami |
5. Salah satu faktor dikenal pasti menjana kepada pertambahan penduduk Sabah yang mana ianya tidak boleh disembunyikan lagi ialah pemberian Kad Pengenalan kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI) semasa era Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dahulu.
6. Pemberian Kad Pengenalan ini yang lebih dikenali sebagai “Projek IC Mahathir” bukan lagi satu rahsia kerana ianya pernah disebut dalam pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai PTI di Sabah malahan Tun Mahathir sendiri tidak pernah menafikan pemberian IC ini dengan alasan bahawa ianya mematuhi undang-undang negera.
8. “Projek IC” ini juga dikaitkan dengan taktik Tun Mahathir untuk memperbanyakkan pengundi UMNO bagi mengalahkan Parti PBS pada ketika itu.
9. Manakala, alasan Tun Mahathir bahawa pemberian IC kepada PTI ini adalah tidak menyalahi undang-undang langsung tidak boleh diterima pakai oleh OAS kerana banyak pendedahan sudah dibuat oleh mereka-mereka yang terbabit malahan ada di antara mereka ini yang telah didapati bersalah dan sudah menjalani hukuman.
10. Oleh yang demikian adalah wajar supaya IC projek yang telah dikeluarkan ini perlu ditarik balik atau dibatalkan serta-merta kerana pemberian IC ini tidak mengikut lunas undang-undang selaras dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa mereka yang lahir di Malaysia bukan mudah untuk memperolehi Kad Pengenalan apatah lagi berstatus PTI.
11. Rakyat Sabah juga berharap agar Kerajaan Negeri membantu Kementerian Dalam Negeri dalam merealisasikan hasrat supaya mereka-mereka yang bukan OAS tidak sewenang-wenangnya mendapat kewarganegaraan dengan cari yang tidak betu.
12. Kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Warisan seharusnya memberi kerjasama kepada pusat untuk memberi maklumat berkenaan dengan mereka-mereka yang mendapat “Projek IC Mahathir” ini.
13. Parti Warisan dan Kerajaan Negeri juga harus membersihkan nama mereka daripada dikaitkan dengan “Projek IC 2” seperti yang diviralkan oleh warganet dan dilaporkan oleh media-media tempatan tentang borang-borang permohonan Kad Pengenalan berlogokan Parti Warisan.
14. Mereka boleh mendakwa mereka yang terbabit sekiranya mereka benar-benar tidak terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan ini.
15. Rakyat Sabah memerlukan kerajaan yang membela nasib OAS kerana Wialyah Sabah ini milik OAS.
16. Alasan perikemanusiaan kepada PTI-PTI ini seharusnya tidak dijadikan alasan untuk membelakangkan kepentingan serta masa depan Rakyat Sabah.
17. Rakyat Sabah mahu “Projek IC Mahathir” dibatalkan atau ditarik balik!
Post a Comment