Kg. Tigaman Darat, 27hb November 2021: Satu perjumpaan sederhana telah diadakan oleh penyokong-penyokong akar umbi Parti STAR di Kota Marudu. 

Perjumpaan singkat ini untuk mensyukuri perkembangan baik Parti Star secara keseluruhan dan khususnya meraikan Kemenangan Penyelaras Parlimen Kota Marudu, Dr Paul Porodong dalam pertandingan jawatan Naib Presiden pada Mesyuarat Agung Tri-tahunan Star baru-baru ini. Selain itu, beliau juga turut dilantik sebagai Pengarah Strategi Parti Star yang baru. 

Majlis Kesyukuran ini juga turut merakamkan tahniah kepada semua pemimpin-pemimpin kawasan Utara yang telah memenangi pertandingan untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi iaitu Tuan Marunsai Dawai, Tuan Joel Masilung dan Tuan IR. Jovilis Majami. 
Tidak lupa juga atas pelantikan Tuan Jalumin Bayogoh sebagai Ketua Penerangan Parti Star.

Dalam majlis ini, seramai 500 borang, telah diserahkan kepada Naib Presiden Star, Dr Paul Porodong. 
Dr. Paul juga telah menyerahkan sejumlah kad-kad keahlian kepada Ketua-ketua JDM untuk diserahkan ahli-ahli berkenaan.  

Tuan Endry Gimpau Majadap merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Jeffrey Jangki yang telah menyumbangkan 30 bakul makanan kepada warga emas dan ibu-ibu tunggal di Kampung Tigaman Darat. 

Tidak lupa juga kepada Tuan Joe Bagiu dari Bahagian Kapayan yang juga telah menyumbangkan 200 helai Tshirt. 

Turut hadir dalam majlis itu ialah Naib Presiden Kapitan Stephen Teo, Setiausaha Wanita Negeri Puan Dazang Belinda, Timbalan Penyelaras Parlimen Kudat Tuan Shawn Davey, wakil-wakil dari setiap bahagian dan pemimpin-pemimpin kampung. 

Semoga Parti STAR semakin berkembang di kawasan Utara Sabah.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.