Kota Kinabalu:   “Sabah kini sudah dewasa dan berkeupayaan untuk mengangkat tanggungjawab sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka” kata Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Deputy dalam satu kenyataan media sempena Hari Malaysia, 16hb. September 1963.

Setelah Bersama dengan Malaya and Sarawak dalam Persekutuan Malaysia selama 55 tahun sebagai “junior partner” dan separuh jajahan sudah tiba masa untuk Sabah dan Sarawak menjadi “equal partner” dengan Malaya dari segala aspek.

Juga tiba masa untuk mengwujudkan Perlembagaan Malaysia yang baru untuk mencerminkan perkongsian ini dan memberi autonomi penuh kepada Sabah dan Sarawak dengan struktur baru.  Perjanjian baru juga perlu dimeterai diantara Malaya, Sabah dan Sarawak untuk menggantikan MA63 yang sudah ketinggalan zaman sebab ianya ditandatangani semasa zaman koloni British.  

Sabah dan Sarawak bukan lagi koloni British dan boleh berunding atas kapasiti sendiri dan dibawah kuasa mereka sendiri untuk menentukan masa depan mereka atas konsep “Self-determination”.

PEMBENTUKAN MALAYSIA DISEMAK) (MALAYSIA FORMATION REVISITED)

Malaysia perlu diwujudkan semula dengan anggota asalnya, iaitu Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak atas terma-terma yang baru dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan mengambilkira aspirasi rakyat empat (4) wilayah tersebut.

Alternatifnya adalah kemerdekaan penuh kepada semua wilayah dan pembentukan “Malaysian Union” kata Dr. Jeffrey, sebagai penggantian MA63 dengan MUA2020 (Malaysian Union Agreement 2020).

MELANGKAH MAJU KE HADAPAN (MOVING FORWARD)

Sekiranya MA63 tidak digantikan dengan satu perjanjian baru dan realistik, Persekutuan Malaysia yang diwujudkan oleh MA63 akan gagal dengan kerugian yang besar dari segi politik, ekonomi dan sosio-budaya.

Kebarangkalian MUA2020 ini adalah langkah terbaik untuk Malaysia Baru maju kehadapan dibawah pimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri kali kedua.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan
President
Parti Solidariti Tanah Airku
15 September 2018
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.