Sekali lagi Jo Anna mempamerkan pemikiran yang mengaibkan diri sendiri. Apabila beliau menuduh DDJK mempunyai personaliti konflik.

Sebenarnya Jo Anna cuma tidak tahu membezakan apa itu 'contradiction' dengan apa itu 'contra - distinction'. Apa yang memalukan ialah apabila Jo Anna memberi contoh 'contradiction' iaitu apabila DDJK tidak menyokong Shafie dan juga Anwar sebagai PM. Oleh itu tergerak lah hati saya untuk memberi sedikit tunjuk ajar dan berkongsi kesedaran Jo Anna mengenai perbezaan ini.

'Contradiction' sebagai contoh mudah supaya Jo Anna senang belajar dan faham 'contradiction' adalah apabila seseorang itu membuat kenyataan seperti 'saya menyokong TUN M menjadi PM' tapi pada masa yang sama menyokong diri sendiri menjadi PM ini adalah 'contradiction' dan satu lagi contoh mudah untuk Jo Anna mudah belajar apabila Christina Liew memberi kenyataan menyokong Anwar dan juga Shafie, kerana agak mustahil pada masa yang sama menyokong dua tokoh pemimpin menyandang jawatan yang sama kerana belum pernah ada dalam sejarah ada dua PM yang satu menjaga shift pagi dan yang satu menjaga shift malam. Saya harap contoh ini mudah untuk Jo Anna belajar.

Manakala 'contra-distinction' adalah satu sifat atau pendirian yang harus di puji dan patut ada kerana 'contra-distinction' akan melengkapkan sesuatu itu menjadi sempurna. Sebagai contoh apabila Jo Anna ke kedai kopi dan  meminta minuman kegemaran beliau iaitu "milo ping", si pembuat minuman akan mencampurkan milo, air suam, susu sejat manis dan diakhiri dengan ketulan ais maka jadilah minuman kegemaran Jo Anna "milo ping".

Jikalau Jo Anna masih tidak faham apa itu 'contra-distinction' contoh mudah ialah apabila DDJK tidak menyokong Anwar dan juga Shafie sebagai PM sebaliknya hanya menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai PM ini adalah 'contra-distinction' ini adalah sifat konsistansi yang harus ada pada setiap pemimpin yang malangnya sifat ini tidak dimiliki oleh seorang pun pemimpin Warisan buat setakat ini termasuklah Presiden partinya sendiri yang pada satu ketika dulu menentang sekeras kerasnya MA63 & 20 PERKARA.

Oleh itu, saya berharap agar Jo Anna cepatlah sedar akan situasi ini kerana beliau tidak perlu menjadi bijak tapi beliau hanya perlu sedar bahawa kepimpinan Warisan telah banyak menipu rakyat.

Sekian terima kasih.

Muariffidin bin Abduk Malek

Post a Comment

  1. Saya tidak mahu tahu apaitu contra-distinction ke atas kedudukan atau keadaan DDJK sekarang ini. Saya perlu lihat dan nilai DDJK atas sifat cobtradiction yang kita semua boleh lihat. 1. Semasa kempen pra PRU14, dalam kempen DDJK dengan gaya yang agak keterlaluan dan angkuh mahu menjadikan Sabah sebuah wilayah yg akan dibahagikan kepada 7 Residensi yang mirip kepada residensi ala kolonial. Perbezaannya Sabah akan ada Presiden dengan seorang Perdana Menteri dan 7 orang Ketua Menteri. Bukankah ini bertujuan membawa Sabah keluar dari Malaysia kerana dengan ada Seorang Presiden, tentunya Sabah akan jadi Negara Republic. Bercanggah dalam sebuah sistem pemerintahan Persekutuan Malaysia. 2. Perancangan DDJK ialah akan memberikan WN kepada pemegang IMM13 kerana menurutnya mereka sudah berada di Malaysia begitu lama dan sudah ada kewajaran mereka menjadi Warga Negara. Mungkin secara otomatik atau memohon tanpa sekatan atau tapisan mengikut peraturan 16 iaitu kuasa-kuasa Khas permohonan WN oleh JPN di bawah KDN. Manakala yang lain (Pemegang kad burung2 atau kad banci) akan dibeti Kad Pengenalan Residensi Sementara Sabah (Kad PRSS) yang akan dikawal oleh 7 Ketua Menteri nanti. 3. Apabila Warisan menang dan memerintah bersama UPKO, PKR DAP, kerajaan atas nasihat menteri KDN ketika itu mengeluarkan PSS yang KDM yang diketuai oleh DDJK bantah hsbis2an sehinggalah melibatkan demonstrasi sana sini hingga PSS itu dibatalkan. 5. Apabila berlaku pergolakan politik, TSMY dilantik PM 08, DDJK dengan semua konco2nta lompat ke KL dan gabung dengan PN. Sekali lagi kerajaan PN membuka lembaran cerita baru pasal IMM13, kad burung2 dan kad banci menceritakan hal yang sama tetapi motif yang lebih jahat, DDJK tidak pula memikir untuk menolak atau membantah. Malah memuji langkah yang iudirancang oleh PM sekarang yang sebelumnya menteri KDN.
    Soal pencalonan DSPSA sebagai PM, apa sikap DDJK, saya tak mahu sentuh, tetapi yg saya buat andaian ialah DSPSA tidak layak pada pandangan DDJK dan penyokongnya.Sesiapa sahaja yang mencadangkan DSPSA sebagai PM, menunjukkan itu adalah
    satu pengiktirafan orang Sabah untuk dilantik sebagai PM.

    Sekian.
    Sahumin Mohd. Daud.
    Pemerhati.

    ReplyDelete

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.