Kuala Lumpur, 19hb April 2022: Penganjur Expedisi Mendaki Gunung Everest, MyPW mengumumkan penangguhan Expedisi Mendaki Gunung Everest atas kekurangan dana.
Menurut Pengarah MYPW, Datin Maria Abdullah, penangguhan disebabkan budget pendakian untuk Adelinah Lintanga belum cukup.
Perkara ini terjadi kerana kesuntukan masa. MYPW dan Adelinah hanya memulakan pungutan sumbangan untuk expedisi ini pada bulan Februari yang lalu.
Perbelanjaan yang diperlukan untuk Expedisi ini dianggarkan berjumlah Rm250,000.00 dan Adelinah masih kekurangan sekitar Rm140,000.00.
Antara penyumbang untuk Expedisi ini ialah Kerajaan Negeri Sabah dan beberapa Agensi Kerajaan, namun sumbangan-sumbangan ini masih belum dapat menampung perbelanjaan expedisi pendakian tersebut.
Dengan penangguhan ini, Adelinah mengharapkan agar team pengurus di Sabah bersama MYPW sebagai Penganjur akan mempunyai masa yang cukup untuk mencari dana bagi expedisi ini.
Menurut Adelinah, beliau akan terus berlatih sebagai persediaan untuk pendakian pada tahun 2023.
Post a Comment