Articles by "Semasa"

Showing posts with label Semasa. Show all posts

Kota Kinabalu, 14 Julai: Kerajaan Negeri diminta memberi penjelasan lanjut dan lebih terperinci bagaimana bentuk perancangan untuk memulihkan keadaan setinggan seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong semasa sesi taklimat di  Bilik Mesyuarat Majilis Perbandaran Tawau (MPT) baru-baru ini. 

Menurut Ts. Ir. Jovilis Majami penjelasan secara terperinci terhadap cadangan ini penting kerana setinggan-setinggan ini sangat sinonim dengan penempatan-penempatan Pendatang Tanpa Izin (PTI), pemegang-pemegang Kad Pengenalan Palsu dan juga mereka yang mendapat Projek IC semasa era pemerintahan Tun Mahathir dahulu.

“Kajian-kajian juga sudah banyak dibuat dan banyak laporan atau berita daripada Majilis Tempatan yang menyatakan bahawa setinggan-setinggan ini merupakan sarang utama PTI”

Ts. Ir. Jovilis berkata walaupun cadangan yang dikemukakan oleh Datuk Jaujan itu kelihatan baik bagi mencegah berlakunya kebakaran dan membendung aktiviti jenayah di kawasan tersebut tetapi masalah utama yang dihadapi oleh Negeri Sabah iaitu kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PTI) tidak akan dapat diselesaikan.

“Kerajaan perlu menyelidik terlebih dahulu dan memastikan siapa yang tinggal di setinggan-setinggan ini sama ada mereka ini adalah Orang Asal Sabah (OAS) atau sebaliknya kerana kita tidak mahu PTI mendapat manfaat apabila kerajaan menyediakan penempatan yang lebih baik dan tersusun kelak”

“Kerajaan perlu faham bahawa menyelesaikan penempatan setinggan seperti menyediakan penempatan yang tersusun, menyediakan kemudahan yang lengkap serta menaiktaraf kawasan setinggan tidak akan menyelesaikan masalah PTI di Sabah tetapi ianya akan mendorong PTI-PTI yang baru untuk mewujudkan penempatan setinggan yang baru kerana mereka mengharap akan dibela oleh kerajaan”

Ts. Ir. Jovilis berkata dengan menyediakan penempatan kepada orang yang tidak sepatutnya atau PTI maka kes-kes jenayah dan masalah sosial bukannya berkurang seperti yang diharapkan oleh Jaujan tetapi sebaliknya bertambah kerana pertambahan bilangan mereka yang tinggal di situ.

Ts. Ir. Jovilis berkata lagi bahawa penjelasan secara terperinci juga adalah untuk memastikan bahawa penyelesaian isu ini bukannya melibatkan pemberian tanah dan pemberian pulau kepada penduduk setinggan seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini oleh Kerajaan Negeri. 

“Rakyat Sabah nyata menolak penyelesaian sebegitu kerana ianya akan memudaratkan OAS dalam jangka masa panjang kerana akan mendorong kedatangan saudara mara mereka ke Sabah dan akhirnya Negeri Sabah ini dihuni oleh puak-puak mereka”.

“Kerajaan Negeri juga tidak boleh menyamakan pengazetan tanah untuk penempatan setinggan dangan pemberian geran tanah kepada orang-orang di pedalaman kerana tanah itu memang sudah dihuni oleh mereka beratas-ratus tahun lamanya dan ada termaktub dalam Perkara 160 Perlambagaan Malaysia (Tanah Orang Asal) atau Tanah Adat dalam seksyen 5, 6, 13-16, 65 dan 88”

1. Memang tidak dapat dinafikan akan kepentingan ilmu kepada manusia.

2. Sejarah membuktikan bahawa negara bangsa yang menguasi ilmu akan menguasi dunia umpammanya Kerajaan Yunani dan Romawi, British, Belanda, Jepun dan lain-lain lagi yang pernah melebarkan empayar mereka disebabkan mereka itu punyai teknologi hasil janaan daripada ilmu pengetahuan.

3. Tamadun Islam juga pernah melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang sangat berwibawa dan terkenal dimana buah fikiran mereka merentasi zaman dan menjadi rujukan hingga kini umpamanya Al-Farabi, Ibnu Sina dan ramai lagi.

4.  Cik Veveonah Mosibin dari Kg. Sapatalang, Pitas penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga sanggup memanjat pokok demi untuk mendapatkan ilmu. Begitu juga dengan budak-budak sekolah di Kg. Muhang, Kota Marudu juga sanggup bergadai nyawa dengan meniti seluran paip air yang merentasi sungai demi untuk ilmu.
Sumber: Borak Daily
5. Kerjaan Sabah juga mewujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi sebaik sahaja mereka menubuhkan kerajaan negeri mungkin rasanya atas kesedaran akan kepentingan ilmu namun sayangnya sumbangan mereka masih tidak kelihatan.
Sumber: Berita Harian

6.  Kementerian ini punyai objektif, misi dan visi yang cantik namun setakat ini ianya cuma tersusun rapi di laman web mereka tanpa ada output kepada sistem pendidikan kita atau garis panduan yang dikeluarkan kearah merealisasikan visi kementerian.

7. Sabah punya 90 buah sekolah yang sangat daif, beratus-ratus buah sekolah kurang prasarana dan kelengkapan pembelajaran asas yang harus diselesaikan oleh kementerian ini agar kewujudan kementerian ini tidak membazir duit rakyat.

8. Maka sekiranya Kerajaan Sabah memberi alasan bahawa pendidikan itu adalah tanggungjawab persekutuan maka adalah lebih baik Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah ditutup dan gunakan duit peruntukan kementerian ini untuk hal-hal yang lebih bermanfaat seperti menjaga kebajikan rakyat.

9. Ataupun duit ini boleh digunakan untuk membayar portal-portal bagi menyiarkan kenyataan-kenyataan pemimpin Warisan yang asyik menyalahkan pemimpin pembangkang seperti Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan atas kemerosotan sokongan rakyat kepada Kerajaan Warisan.

10. Apabila Kerajaan Sabah tidak urus Sabah dengan baik maka sudah tentu rakyat mencari parti lain yang boleh mengurusnya.

Ts. Ir. Jovilis Majami
Kota Kinabalu 
04 Julai 2020 


Kes Datuk Peter Anthony (DPA) - Dia kata kes 'lama' 2017 yang sekarang (Jun 2020) dihidupkan semula untuk melemahkan semangat perjuangan. Dahulunya sudah dihentikan siasatan oleh seorang Ahli Parlimen dan Menteri dalam Jabatan PM (sekutunya) kerana 'kurang bukti'. Menyeruh orang Sabah  bangkit untuk mempertahankan 'maruah'. DPA kata ini adalah serangan politik.

Kes Tan Sri Musa Aman (TSMA) - Kes lama 2012. Seperti DPA, siasatan keatas beliau juga dihentikan tetapi selepas siasatan extensif yang merentasi sempadan melibatkan 2 agensi pencegahan rahsuah- 1) SPRM 2)ICAC Hong Kong. Kes lama ini dihidupkan semula 2 hari sebelum Mahkamah memutuskan kes sivil pada 7 Nov 2018. Kes sivil yang difailkan TSMA mencabar perlantikan Ketua Menteri Sabah. Pihak TSMA juga kata ini adalah mala fide dan satu serangan politik.

Beza TSMA dan DPA, TSMA tiada menyeruh orang Sabah bangkit untuk mempertahankan maruah sebab ini masalah peribadinya.

Kesamaan? Kedua-dua melabelkan tindakan SPRM sebagai serangan politik. Betul kata si DPA, keputusan pihak berkuasa bertukar mengikut pertukaran kerajaan, maka dia secara tidak langsung memperakui kerajaan PH terdahulu pun tidak telus. 

Begitukah? 

Penampang, 4 Jun 2020: Seorang lelaki tempatan ditemukan mati menggantung diri pada kipas siling bilik sewa dalam satu kejadian di daerah Penampang pada pukul 6:28-petang semalam.

Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 23-tahun.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj.Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut dalam satu kenyataan media, malam tadi.

Menurutnya, dua penyewa di bilik berlainan telah terhidu bau busuk daripada bilik mangsa. Tuan rumah yang datang memeriksa keadaan tersebut dan mengesyaki sesuatu telah terjadi telah memohon bantuan di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang.


DSP Mohd Haris memaklumkan, hasil pemeriksaan polis menemukan seorang lelaki menggantung diri pada kipas siling dan telah berbau busuk.

Mayat dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut. Kes masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.