Nabawan 3hb Julai 2020 : STARSABAH menerima lebih Empat Ribu (4,306) ahli hari ini.
Ahli -ahli baru ini merupakan mantan ahli-ahli Parti UPKO yang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti lama mereka untuk bersama berjuang dalam Parti Solidariti Tanah Airku, STARSABAH.
Encik Aping Mantis, mantan Ketua Penerangan UPKO Nabawan, mengetuai rakan-rakannya. Beliau mengatakan bahawa telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan UPKO. Mereka rasakan bahawa, hala tuju perjuangan Parti UPKO telah jauh tersasar sejak 22bulan yang lalu.
Pemimpin akar umbi yang turut mengambil keputusan yang sama ialah En.Amat Anggilas, mantan Naib Ketua Bahagian, En.Osman Agundok mantan Timbalan Ketua Bahagian dan En.Saidi Amat, mantan Naib Ketua Pemuda.
Apabila diajukan soalan, kenapa baru sekarang mahu keluar dari UPKO dan bukannya sejak awal dahulu, mereka seolah mempunyai satu jawapan yang sama, iaitu sebenarnya mereka sayangkan parti UPKO dan telah mencuba mempertahankan parti itu. Namun, hari demi hari serta keputusan demi keputusan yang diambil oleh Presiden UPKO semakin tidak relevan dengan perjuangan orang asal Sabah.
Borang borang keahlian Empat Ribu lebih ini diterima oleh YB Datuk Ellron Angin, Timbalan Presiden STARSABAH. Yb Ellron mengatakan bahawa tindakan mereka ini adalah tepat demi masa depan rakyat Sabah yang lebih terbela.
Tahniah STARSABAH. Semakin hari semakin mendapat sokongan dari seluruh pelusuk tanah air Sabah.
Sumber laporan:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=598653664373176&id=100026856421067
Post a Comment