1. Kenyataan Datuk Junz Wong yang mengibaratkan Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan sebagai “Budak Tidak Boleh Terima Cintanya Ditolak” merupakan bukti bahawa beliau ini seorang Wakil Rakyat dan Menteri yang kurang cerdik, pembohong dan juga kaki fitnah.
2. Sebelum ini saya pernah membuat kenyataan bahawa menteri yang paling gagal di Sabah ialah beliau disebabkan kegagalan beliau menerajui kementeriannya dan hari ini kekurang cerdikannya terserlah lagi.
3. Walaupun beliau ini berstatus Menteri tetapi kita tidak tahu apa yang dilakukannya kepada kementerian yang diterajuinya selain daripada menerima gaji bulanan dan juga menyerang pemimpin pembangkang Sabah terutamanya Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.
4. Junz Wong ini sepatutnya berusaha untuk mencari jalan untuk membantu orang-orang kampung agar pendapatan mereka meningkat dan boleh menyara keluarga namun beliau pula tiada idea untuk membantu golongan ini untuk meningkatkan pendapatan mereka.
5. Sumber pendapatan yang paling sinonim dengan orang kampung ialah kebun getah bagi kawasan daratan dan menangkap ikan bagi mereka yang tinggal dipersisiran pantai tetapi malangnya menteri ini tidak berbuat apa-apa untuk golongan ini.
6. Ketika PRU13 Junz Wong ini telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Yong Teck Lee (YTL) kerana memfinah YTL dengan mendakwa bahawa YTL telah menerima wang sebanyak 50 juta daripada Barisan Nasional (BN).
7. Maka hari ini apabila Junz Wong mengaitkan beberapa ADUN Sabah ini hendak dibeli untuk menyokong pihak Pembangkang Sabah maka ini merupakan habitnya untuk meneruskan pembohongan dan fitnah seperti yang dinyatakan oleh YTL.
8. Pembohongan seterusnya yang dilakukan oleh Junz Wong ini dengan menuduh bahawa aktiviti pengeboman ikan yang berleluasa di perairan Sabah adalah dilakukan oleh golongan kanak-kanak sehingga menimbulkan kecaman dan kemarahan oleh aktivis alam sekitar.
9. Penduduk Tanjung Aru juga tidak harus melupakan pembohongan Yb. Junz Wong yang mereka undi ini apabila sebelum PRU14 beliau mengesahkan dan memberi jaminan untuk membatalkan Projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) tetapi selepas sahaja mereka memerintah beliau mengubah pendiriannya untuk menyokong projek ini.
10. Pembohongan dan kekurang cerdikan Junz Wong yang seterusnya ialah beliau masih lagi sanggup mempertahankan bahawa harga getah di Sabah ini adalah sama dengan harga getah di Semananjung Malaysia sedangkan umum mengetahui bahawa harga getah di Sabah sangat jauh bezanya berbanding dengan harga getah disana.
11. Junz Wong juga pernah berjanji untuk memastikan harga komoditi getah meningkat namun apabila beliau kini ditanya, beliau hanya mampu memberi banyak alasan terhadap harga getah ini.
12. Ketika kita berhadapan dan masih lagi berusaha untuk memerangi COVID-19 sudah tentunya masyarakat yang paling terjejas teruk adalah golongan pekebun-pekebun kecil dibawah kementerian beliau namun apa bantuan yang beliau salurkan kepada golongan ini.
13. Begitu juga halnya dengan kemusnahan tanaman akibat banjir yang melanda baru-baru ini.
14. Kita juga mahu masalah banjir yang sering menjadi keresahan penduduk terutamanya di Pantai Barat Sabah dapat diatasi secara mutlak namun nampaknya Junz Wong hanya tahu meminta peruntukan dari kerajaan persekutuan selepas beliau dan Ketua Menteri mensyorkan undi tidak menyokong Perdana Menteri yang ada sekarang ini.
15. Junz Wong lupa bahawa beliau juga boleh meminta peruntukan daripada Ketua Menteri Sabah untuk melaksanakannya semua projek penyelesaian masalah banjir di Sabah ini.
16. Apabila berlakunya pembohongan dan ketidakcerdikan pemimpin kerajaan negeri seperti Junz Wong ini maka berlakunya penolokan dikalangan rakyat seperti apa yang berkalu kepada Kerajaan Warisan ketika ini.
17. Bila rakyat memberontak dan keluar dari Parti Warisan, ADUN-ADUN yang dipilih oleh rakyat juga turut tertekan kerana mereka merasakan bahawa mereka membohongi dan membelakangkan rakyat yang memberi mandat kepada mereka.
18. Oleh yang demikian apabila ADUN-ADUN mereka ini tidak lagi menyokong mereka dan mengambil keputusan untuk menyokong team sebelah maka itu disebabkan oleh kegagalan Kerajaan Negeri untuk memberi perkhidmatan yang diharapkan dan bukannya disebabkan oleh habuan semata-mata.
19. Namun saya rasa Junz Wong tidak faham ini sebab dia bukannya cerdik sangat untuk memahaminya.
Ts. Ir. Jovilis Majami
STAR Sabah
Kota Kinabalu
26.07.2020
Post a Comment