June 2020



Isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah bukanlah masalah baru bagi rakyat Sabah tetapi sudah menjadi duri dalam daging bagi Orang Asal Sabah (OAS) malahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK) juga sudah lama menyarankan kepada Kerajaan Negeri supaya bersikap lebih tegas untuk menyelesaikan masalah ini melalui penguatkuasakan undang-undang yang sedia ada atau mencari kaedah lain bagi mengurus kemasukan orang asing ini secara sah ke negeri ini kata Felsie Joy Pillin.

Felsie Joy Pillin yang juga merupakan Ketua Wiramaja STARSabah berkata saranan DDJK agar kerajaan negeri perlu menyelesaikan masalah ini secara tuntas berikutan Ketua Menteri merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dan keharmonian OAS di Sabah.

Felsie berkata bahawa contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan oleh Ketua Menteri hari ini ialah semasa era pemerintahan Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat pada 2001 hingga 2003 yang mana banyak operasi PTI dilakukan sehinggakan Bandaraya Kota Kinabalu ketika itu menjadi lengang.

“Chong Kah Kiat pada ketika itu membuat operasi besar-besaran keatas mereka-mereka yang tiada dokumen pengenalan diri dan bukannya memberikan mereka penempatan-penempatan seperti apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri kita sekarang ini”

Felsie menambah bahawa melindungi mereka dengan memberi banyak keistimewaan ke atas PTI-PTI ini dengan alasan atas perikemanusiaan adalah tidak lagi boleh digunakan memandangkan hari ini kedudukan OAS sudah mula terancam dari semua sudut.

“Kami faham bahawa Kerajaan Negeri menggunakan dasar kemanusiaan untuk memberikan Pas Sementara Sabah (PSS) dan sebagainya, tetapi negara kita mempunyai undang-undang dan untuk memasuki mana-mana negara, dokumen sah seperti pasport diperlukan sebagai tanda kebenaran kemasukan ke sesebuah negara tersebut”

“Pasport PTI-PTI ini yang seharusnya diusahakan oleh kerajaan negeri dan bukannya diberikan rizab tanah atau pulau untuk penempatan kekal mereka”

Kerajaan Negeri pernah membuat mencadangkan untuk mengeluarkan Pas Sementara Sabah (PSS) sebagai dokumen yang menggabungkan Kad Burung-Burung, Kad Banci dan IMM13 walau bagaimanapun, inisiatif itu ditentang oleh majoriti rakyat Sabah disebabkan PSS ini boleh diperbaharui setiap 3 tahun untuk 100 tahun yang mana orang asing ini boleh menjadi warganegara kelak dalam tempoh yang agak lama mereka berada di Sabah.

“Kita tidak tahu apa aktiviti yang mereka lakukan dan juga keberadaan mereka dengan adanya PSS ini”

“Justeru itu, apabila PSS ini boleh diperbaharui ianya seolah-olahnya mengizinkan warga asing terus berada di Sabah hingga 100 tahun akan datang seperti yang di katakan oleh Datuk Azis Jamman sendiri mengenai pembaharuan PSS ini”

Felsie seterusnya berkata selepas meneliti dalam beberapa waktu cara terbaik untuk menyelesaikan isu PTI di Sabah seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah dengan menggunakan dokumen yang diiktiraf dan sah oleh United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) dan kerajaan Filipina iaitu IMM13.

“Sebagai anak muda Sabah yang prihatin terhadap masa depan OAS, kami terpanggil untuk bersuara dan memberi sokongan terhadap usaha DDJK untuk mengadakan forum terbuka bagi penyelesaian isu PTI di Sabah”

Felsie berkata forum yang diilhamkan oleh DDJK ini adalah melibatkan semua pihak termasuklah golongan ahli politik, jabatan-jabatan kerajaan, golongan profesional dan orang awam serta kedutaan Filipina juga semua peringkat umur, kelas masyarakat, jantina dan etnik, amat bertepatan sebagai ramuan yang betul dalam menyelesaikan masalah kebanjiran PTI di Sabah.

“Bagi saya, melibatkan semua pihak dalam menyelesaikan isu ini adalah perlu bagi mendengar sendiri pendapat dan cadangan mereka dalam menyelesaikan isu ini”

Felsie juga menyelar sesetengah pihak yang mempersalahkan DDJK kerana masih tidak dapat menyelesaikan masalah PTI ini walaupun sudah berada di dalam kerajaan.

“Mereka kena faham apa kementerian yang dipegang oleh DDJK ianya langsung tiada kaitan dengan PTI ini namun DDJK juga tetap berusaha untuk mengadakan forum ini sebagai pentas untuk menyelesaikan masalah PTI”

“Cukuplah menghentam dan cukuplah menuding jari. Marilah kita semua bersikap terbuka dan profesional untuk menyelesaikan isu ini bersama tanpa mengira ideologi politik kita demi kebaikan bersama dan juga demi generasi akan datang”

“Saya berharap agar semua pihak akan menyokong forum yang dicadangkan oleh DDJK ini”

Kota Kinabalu: Hanya orang kurang waras sahaja yang akan percaya dengan kenyataan media yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir dengan menamakan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah ketika ini akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas sahaja beliau berjaya dalam undi tidak percaya yang akan dikemukakan ke atas kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang parlimen nanti.

Menurut Ts. Ir. Jovilis Majami Dr. Mahathir ini merupakan orang yang paling banyak tipu muslihat dan sudah tentu apa yang dibuatnya ketika ini hanyalah untuk kepentingan peribadinya dengan tujuan mencari laluan mudah bagi anaknya Datuk Mukhriz sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Tipu muslihat Dr. Mahathir tentang calon Perdana Menteri terserlah pada awal tahun ini apabila beliau tidak memenuhi perjanjian bertulis peralihan kuasa yang dimeterai pada 7 Januari 2018 antara semua komponen parti dalam Pakatan Harapan (PH) bahawa beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua tahun beliau memegang jawatan itu.

“Ini adalah perjanjian bertulis yang dipersetujui bersama oleh semua parti komponen dan turut ditandatangani tetapi Mahathir juga memungkiri perjanjian tersebut kerana mahu anaknya menjadi Perdana Menteri seterusnya”

Ts. Ir. Jovilis berkata apabila hari ini beliau sekali lagi mencalonkan orang lain yang kurang berwibawa seperti Shafie Afdal untuk memegang jawatan Perdana Menteri itu sedangkan orang yang pernah dicalonkannya dahulu yang lebih berwibawa seperti Anwar Ibrahim juga tidak ditepatinya apakah jaminan bahawa Shafie Apdal ini akan menjadi Perdana Menteri.

“Kita semua tahu selepas PRU14 Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin oleh Anwar memperolehi 49 kerusi parlimen yang lebih kukuh dan kuat berbanding dengan BERSATU yang hanya memenangi 10 kerusi tetapi Mahathir tetap melabel Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana tidak mendapat sokongan daripada dikalangan ahli parlimen”

“Persoalannya apakah 9 buah kerusi parlimen yang ada pada Parti Warisan ini akan memberi kepercayaan kepada Mahathir untuk memberi jawatan Perdana Menteri kepada Shafie?”

Rakyat Sabah juga perlu ingat bahawa sejak dari dahulu lagi penyokong-penyokong PKR sangat agresif untuk mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri setelah peuluhan tahun berada diblok pembangkang akibat daripada kekejaman Mahathir maka sudah tentu pengikut-pengikut beliau ini tidak akan rela untuk memberi jawatan itu kepada sesiapa pun sedangkan mereka tahu bahawa PKR punyai kerusi yang lebih banyak berbanding dengan Shafie.

Jovilis juga turut bersetuju dengan kenyataan presiden STARSABAH Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan bahawa Mahathir seolah-olah mengabaikan sistem demokrasi dan menghina pemimpin-pemimpin di dalam komponen PH seperti DAP dan AMANAH.

“Pemimpin-pemimpin DAP mempunyai kerusi tertinggi dikalangan komponen PH malahan Amanah mempunyai 11 kerusi yang lebih banyak daripada Warisan tetapi Mahathir mengabaikan mereka kerana beliau tahu bahawa kedua-dua parti ini tidak dapat dieksplotasi oleh beliau”

"Parti-parti ini juga sudah tentu akan meminta untuk menjadi Perdana Menteri kerana mereka memang layak untuk menjadi Perdana Menteri"



Ts. Ir. Jovilis Majami
STARSABAH
29.06.2020

The journey to Kg Pinompok from Membakut Jaya on 27 June was uneventful. It is about 6.9 km from BSN Membakut Jaya branch which was the agreed rendezvous point with my guests from Kota Kinabalu whom wanted to pay Rina Alan's family a visit. Our NGO Beyond Pitas in collaboration with Hanafundme decided that we should assess Rina's situation to ascertain whether her children are in need of any assistance with regard to online learning.

A team of volunteers consisting of Photo Journalist, Intern journalist and off road enthusiast was despatched from Kota Kinabalu and I volunteered to be their guide. 

As I was saying, it was uneventful as we drove past vast oil palm plantations. Drove on gravel roads which intermittenly switched to asphalt roads.

The only time we were challenged was when we were only about 50 metres away from their house. A rubber tree has fallen and it was blocking our path.

And we reached our destination. 

Their house is perched on the ledge of a hill. When we reached there, Rina was in the midst of tapping a rubber tree. So we asked her permission to take pictures of her while she finishes her chore. 



Rina Alan, 35 years old is an unemployed single mother of 2 surviving children. Her second daughter passed away on 6 April 2019 due to an infection to her heart. Her surviving children are Rachel Avella Lee, 13 and Maxwell Lee, 11.

Few years ago she took her 3 children back with her to live with her parents in Kg Pinopok, Membakut from Kota Kinabalu when her husband passed away. Few years later, her second child suddenly passed away as mentioned above. 

The villagers all share a common water source, that is a gravity fed water source from uphill. At the time, many villagers fell ill. Mostly down with diarrhea but Rina's daughter took the brunt of it. She developed high fever and was referred to the Children's Hospital in Likas, Kota Kinabalu. She succumbed to her infection a few days after her admission.

It was serious enough that the hospital alerted the local health authority in nearby Beaufort to send a team to investigate the outbreak. They suspected their water source was contaminated. 

Any ordinary person with less mettle would had question their lot in life and succumb to despair but Rina prevailed for her remaining children even when life has already dealt her a series of unfortunate events.

Rina support her children by tapping rubber and occasionally sells her vegetable produce in the market. A far cry from her previous live in the city.

Now I have met her son Maxwell once before when I happened to pass by her stall in Membakut. Seemed to be a well adjusted and sensible boy but I had never met Rachel before or Ting Ting as she is affectionately called by her family and the villagers.

Other than knowing that she is a Thalassemia patient, I know nothing of her. I didn't even have an indepth knowledge of the disease and how it affects people. So when I saw Ting Ting, I asked what anyone would ordinarily ask, 'How old are you and what primary class are you in?'.

Rina immediately replied on her behalf as Ting Ting seemed to have no interest to dignify that question. 

'She should be in form 2 now.' Rina said.

Oh boy! At that instance, I regretted my erroneous assumption. I stole a glance at Ting Ting and from her eyes - I imagined tiny darts to be shooting in my way. There seemed to be a slight annoyance in her demure expression.

I don' t blame her if she took offence from my dumb question. It must get tiresome having strangers constantly mistaking your age and I might had reminded her for the umpteenth time that she is different from other kids her age which in my defence, was never my intention.

Ting Ting, if you have the pleasure of meeting her in person is a delicate little flower. Demure and a pretty child.


Thalessemia, which I regrettably only learned now - causes growth of a child to be stunted. So Ting Ting looks younger than her age.

Ting Ting needs regular blood transfusion of type B+ blood. At least twice a month in Likas Hospital which is about 90 odd km away from Membakut. This put much strain on Rina's subsistence income. During the height of the Covid19 pandemic, blood stock ran low.

Ting Ting suffered much during that period. Although the hospital did give her O+ blood as a stopgap measure, it was not optimum enough to keep her Hemaglobin (Hgb) count above 11, the optimum reading is 13. It only managed to scrap a count of 9 reading.

When Ting Ting's Hgb count is low, she would be in a constant state of exhaustion and her kidneys would be in pain. So she suffered much during the Movement Control Order (MCO) as donors stopped donating blood.

Ting Ting stopped going to school last year, a few weeks after her younger sister passed away suddenly. She developed Nephrotic Syndrome which only exarcebates her condition. Nephrotic causes protein to be leached from her body through her urine.

Her daily routine now is to take her cocktail of medicines in the morning and then help her mother do house chores. 5 times a week in the evening, she will administer an injection on herself for 6 hours to eliminate excess iron buildup from her body. 



To while her time away as she is not schooling now, she will watch YouTube and read blogs. Ting Ting's favourite subject in school was Science before she was robbed of her place in the education system by the disease.

However, Ting Ting still harbours hope of a bright future. Her ambition is to open a bakery and be an advocate for Thalassemia patients like herself. She wants to learn bakery, make cakes and start a blog to write about the disease and her experience. That is lofty for a 13 year old. Commendable, no doubt driven by her personal suffering. 



We have not forgotten about Maxwell or Max. That little 11 year old boy whom at first was too shy to meet us. Opting to stay in the background and observed while we showered attention to his eldest sister. 

Max wants to be a policeman when he grows up. To protect and serve. One thing you will notice if you observe enough, Max has the expression of an old soul. 


It's like he couldn't wait to grow up so that he could help his mom. 

The weight of the family's future is resting on his young shoulders. 

It will get better Max. 

Please help Hanafundme and Beyond Pitas to bring hope to children like them by donating to this campaign

Lastly, on behalf of Beyond Pitas team and Angie Chin-Tan for Hanafundme, I would like to thank Sabahannewsonline for publishing this. 

Yours sincerely, 


Justin Sunam Wong
Co Founder, Beyond Pitas


*all pictures are credited to ImranMJ and Eric Ye with thanks. 

18 year old Veveonah Mosibin had to resort to climbing a tree to get TreeG (someone cheekily made a pun) connection to sit for her online exam. The Kadazandusun lass is a Universiti Malaysia Sabah student in East Malaysia Sabah. Veveonah's village or kampung(kg) in malay is in Kg Sapatalang, Pitas. One of the least developed areas in Sabah but some would attest that it is the most underdeveloped area. 

DONATE

Her YouTube channel has since gone viral and her subscribers have grown exponentially overnight. We call her 'The girl who climbed a tree but came down a mountain'.

Meanwhile, down south of Pitas - about 4 hours drive and about 250 km away through the mountainous Crocker Range. A pair of siblings recently too grabbed our attention. Although hunting activities in our jungles are mostly prohibitted, they were caught hunting in a jungle near their home in Kg Bomboi, Keningau. However they were hunting and tracking for a different kind of trophy, the elusive 3G.

.           Rechellyna and Ryverra

Like Veveonah and many more rural school going children, Rechellyna Wivian Rinus and Ryverra Wivianu Rinus' education were also affected by the Movement Control Order (MCO). Schools were shut down and online classes were conducted. 

Online classes is the best solution during the pandemic and this is the digital age. Almost everything is done online - easy peasy. EXCEPT, that darn proverbial wrench is still stuck in the engine which causes the whole solution to be less effective and practical.

15 years old Ryverra and 17 years old Rychellyna are in Secondary School, Form 3 and Form 5 respectively. Rechellyna is due to sit for her O level exam or Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). She is about to cross that crossroad in her live that will determine her future paths. So it is understandable that she feels frustrated that her education is put almost in a standstill. 

While most of urban kids in Malaysia are enjoying 4G connection and soon 5G, rural kids in Sabah have to content with 1G, 2G and if they are lucky 3G connection speed. 4G coverage has not covered Sabah fully yet. We are not just talking about Pitas and Keningau. In other areas too. Even in this writer's hometown of Beaufort. 

There are many factors which are interconnected that compounded this problem. I will list the salient ones. 

1) Accesibility to rural areas. Places like Veveonah's are almost unreachable by vehicle. Look at her Channel Veveonah M to see the condition of their road. Making maintenance of telecommunication tower (tower) difficult and even costly. Road networks in rural areas need to be addressed. 
2) Power supply - towers need power to run. In places where power lines have not been supplied, alternatives are diesel generators and solar energy. This will drive up the cost. Not to mention the risk of theft. 
3) Villagers in rural areas are mostly scattered and may not have the consumer volume to make it attractive or viable to telcos to invest in setting up infrastructures. 

Coming back to the Rinus sisters, they are 2 among 6 siblings. Age between 5 and 17. Their 46 years old father is a preschool teacher and 39 years old mother is a housewife whom taps rubber trees to augment their family income. The villagers in Kg Bomboi are mostly farmers and rubber tappers. 

During the MCO, the 2 sisters faced the same problem as Veveonah - poor connectivity. So they scouted and tracked that elusive 3G to a site about 600 metres from their home. With the help of their uncle, they cleared the area and made a makeshift tent where they could do their online classes. Even then there is one slight problem, there is only one smartphone to go around - Their mother's. So they have to take turn to do their classes and homeworks. 

Their makeshift tent which they cheekily call Puru Online. Puru means jungle in Dusun. 

They were later joined by their other siblings. 

Soon other kids from the Kg joined them. 

Recently, social activist Ms Angie Chin-Tan has approached Beyond Pitas to collaborate on helping kids with similar situations in Sabah starting with the kids in Kg Bomboi. Beyond Pitas is a Sabah based NGO which in the past has successfully brought awareness to the plight of the underprivildged in Sabah. 

Angie is crowdfunding via Hanafundme to provide a conduscive learning environment to children who need it and to provide tools to facilitate their studies. To find out more on Angie's effort or donate, please click here. To reach Angie for any inquiry, please email to hello@hanafundme.com.

To follow updates, please follow Beyond Pitas Facebook page. 



Penampang 24hb Jun 2020: Ekoran status Facebook milik Haniff Yunos yang menghina dan memperlekehkan wanita Sabah yang dia sebut KDMR, maka telah menimbulkan kemarahan ramai. 

Wanita-wanita khususnya sangat tersinggung dengan kata-kata kesat yang telah dimuat naik ke akaun facebook seorang yang bernama Haniff Yunos. 

Oleh itu, dua badan NGO Wanita iaitu AWAS dan Mondopiton telah mengambil tindakan tegas melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa. 

Puan Winnis dan Puan Stepfine membuat laporan di Balai Polis Penampang


NGO AWAS yang diketuai oleh Puan Winnis Juani merasakan penghinaan itu sesuatu yang sangat 'kurang ajar' kerana melibatkan maruah wanita-wanita orang asal di Sabah. Beliau mencabar pemilik facebook, Haniff Yunos untuk tampil berdepan dengan wanita-wanita yang telah dia hina. Beliau juga meminta kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Haniff Yunos agar memaklumkan kepada mereka. 

Sementara Puan Stepfine Lazarus, Penyelaras Mondopiton pula meminta agar semua menghormati kaum wanita. Wanita merupakan orang yang sangat mulia bagi semua orang kerana tanpa wanita, mustahil kita berada di dunia ini. Beliau menegaskan bahawa bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang menghormati wanita. 

Kedua wanita yang telah membuat laporan polis ini telah diiringi oleh beberapa wanita yang lain. Mereka semua berharap agar pihak berkuasa dapat mengesan individu ini agar tindakan undang-undang dapat dijalankan ke atas Haniff Yunos. 

Turut hadir di Balai Polis Penampang ialah Pengerusi Mondopiton, Puan Dazang Belinda. Beliau berharap agar tindakan berani NGO Awas dan Mondopiton ini menjadi kekuatan kepada wanita-wanita lain, agar dapat bertindak sewajarnya.

Isu Demografi Kependudukan Perlu Tanya Kepada Kaum Yang Bertambah Dengan Tidak Masuk Akal

1. Pada tulisan saya yang lepas saya mengatakan bahawa Yb. Datuk Junz Wong diletakkan pada kementerian yang salah.

2. Beliau sepatutnya mengepalai kementerian yang sesuai dengan latar belakang kehidupan serta pendidikan yang beliau miliki agar dapat mengaplikasikan kemahiran yang ada di dalam kementerian yang dipegangnya.

3. Apabila ada beberapa warganet menegur cara berpakaian Datuk Junz yang seakan-akan artis Korea maka kerajaan Sabah sepatutnya mempertimbangkan untuk mewujudkan Menteri K-Pop Sabah khas untuk beliau ini agar bakat dan kemahiran beliau dalam berfesyen tidak sia-sia.
 

4.  Sebaliknya, kalau saya diberi peluang untuk memberi rating kepada menteri-menteri Sabah maka saya akan bagi Key Performance Indicators (KPI) yang paling rendah kepada Yb. Datuk Junz Wong atas pencapaiannya selama memegang kementeriannya.

5. Walaupun pada mulanya saya berfikir bahawa Kementeriaan Pelajaran dan Inovasi, Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri dan Kementerian Kesihatan Sabah merupakan kementerian yang saya rasa kehilangan kiblatnya namun hari ini saya tiba-tiba merasakan bahawa ketiga-tiga kementerian ini harus diberi peluang memandangkan ianya masih baru dalam kementerian kerajaan Sabah.

6.  KPI yang rendah kepada Datuk Junz ini sudah tentu disebabkan oleh pencapaian beliau dalam mengepalai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang ada kena mengena dengan latar belakang kehidupan saya sebagai budak penanam padi bukit atau juga mungkin disebabkan oleh kenyataan sindiran beliau terhadap Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, Yb. Jonathan Yasin dan Yb. Althur Joseph Kurup yang secara kebetulannya seKDMR dengan saya.

7.  Satu yang mematikan akal fikiran saya ialah apa yang telah dibuat oleh Datuk Junz selama ini di dalam kementeriannya untuk membantu orang kampung yang terdiri daripada golongan petani, nelayan, penternak dan koperasi-koperasi kecil yang rata-ratanya berpendapatan kais pagi makan pagi dan secara kebetulannya pula banyak diusahakan oleh KDMR.

8.  Saya faham bahawa adanya usaha kerajaan terdahulu untuk membantu ekonomi golongan ini umpamanya memperkenalkan getah kelompok, memodenkan penanaman padi sawah, bantuan kepada nelayan, memperkenalkan penanaman tanaman jangka pendek seperti pisang dan sebagainya. Namun kelihatan hari ini perkara itu tidak disebut malahan tiada satu pun suara atau usaha Datuk Junz untuk membantu merangsang semula usaha yang sudah dimulakan itu apa lagi memperkenalkan teknik-teknik baru melalui R&D kementeriannya bagi memodenkan sistem tradisional yang diamalkan agar mereka mampu menjana pendapatan yang lebih lumayan.

9. Namun, baru-baru ini kita bukanya mendengar ransangan ekonomi pasca COVID-19 untuk golongan ini daripada beliau tetapi sebaliknya telinga kita didendangi oleh Datuk Junz dengan kenyataan sindiran atas kelembapan pertambahan populasi KDMR berbanding dengan suku-suku kaum yang lain sejak 20, 30, 40 dan 50 tahun yang lepas.

10. Kemudiannya menuding jari kepada pemimpin-pemimpin KDMR seolah-olah masalah ini disebabkan oleh Yb. Dr. Jeffrey, Yb. Dr. Maximus Ongkili, Yb. Jonathan Yasin dan Yb.Althur.

11. Saya selaku KDMR juga turut berdukacita dengan statistik yang dikemukakan oleh Datuk Junz malahan sejak dari dulu lagi saya selalu mengungkit perkara ini dengan mahukan penyelasaian tuntas agar KDMR ini tidak lenyap suatu ketika nanti tapi mempertanggungjawabkan pemimpin-pemimpin KDMR seperti nama-nama yang disebut oleh Datuk Junz adalah suatu perkara yang tidak masuk akal.

12. Sepatutnya sekiranya Datuk Junz betul-betul prihatin terhadap ancaman yang dihadapi olah suku kaum KDMR melalui statistik pertambahan penduduk Sabah yang tidak terkawal maka yang harus disindir, ditanya dan disiasat ialah suku kaum yang bertambah dengan mendadak dan bukannya suku kaum yang terancam.

13. Pertambahan penduduk KDMR adalah normal sama seperti suku kaum cina, melayu dan india di mana-mana negeri di Malaysia tetapi pertambahan penduduk sesetengah suku kaum di Sabah ini langsung tidak masuk akal. Jadi Datuk Junz sepetuntnya bertanya kepada wakil-wakil suku kaum ini bagaimana pertambahan itu berlaku. Mungkinkah pertambahan ini disebabkan oleh pemberian kad pengenalan kepada PTI kemudiannya diakui sebagai suku kaum tertentu?

14. Datuk Junz juga mempertikaikan sokongan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin KDM terhadapa cadangan Menteri Dalam Negeri dengan memperkenalkan satu dokumen iaitu IMM13 sebagai jalan penyelesaian kepada masalah PTI tetapi beliau lupa bahawa tugasan menyelesaikan masalah ini sebenarnya terletak di tangan Ketua Menteri (Immigration Act).
 

15. Satu yang saya ingin peringatkan kepada Datuk Junz ialah tindak-tanduk kerajaan Warisan selepas sahaja parti ini memerintah di Sabah iaitu dengan mencadangkan memberikan penempatan di darat dan pulau, memansuhkan pengharaman penggunaan pump bot dan sebagainya juga merupakan tindakan yang boleh menggalakkan kedatangan PTI di Sabah. Maka pertanyaan saya yang seterusnya ialah apakah ini dilakukan oleh Yb. Dr. Jeffrey, Yb. Dr. Maximus Ongkili, Yb. Jonathan Yasin dan Yb. Althur?

16. Oleh itu cadangan saya kepada Datuk Junz kalau pun tidak membantu menyelesaikan kemelut demografi kependudukan di Sabah, tumpuhkanlah kepada peranan dan fungsi kementerian MAFI dan pastinya KDMR akan ingat jasa anda.

17. Saya tiada masalah dengan penampilan K-Pop anda cuma perlu patuhi etika berpakaian ketika menghadiri sidang DUN.

Ts. Ir. Jovilis Majami
Kota Kinabalu
22 Jun 2020

10 years after it first published in 2010, the Semi-autobiography of author Tina Kisil's - Footprints in The Paddy Fields still remains a favourite read by locals and Sabahans abroad. For it evokes nostalgia. A simpler and innocent live albeit hardships living in the village or kampung.

It has been read even by a former Sabah Minister of Tourism, Datuk Masidi Manjun. 

The book was written at the behest of the author's ailing sister who was battling cancer, whom sadly lost the battle but not before the draft manuscript became her source of entertainment while bedridden.

The book is the author's goodbye to her sister. Recollecting their idylic lives in the Kampung.

It is available in Amazon.com.

Mantapkan Kota Belud ~ Jalumin Bayogoh 



Kota Belud Jun 2020 : Dun Pintasan adalah salah satu Dun baru yang telah diluluskan. 

Oleh itu Parti Solidariti Tanah Airku tidak mengambil masa yang lama untuk bertindak.

Atas permintaan masyarakat di Pintasan, Kota Belud satu Ahli Jawatankuasa Penaja Bahagian telah dilancarkan pada 20hb Oktober tahun 2019 yang lalu.

Bahagian Pintasan kini diterajui oleh anak jati Kota Belud, Dato Seri Raplin Haji Samat, dibantu oleh Tuan George Saidi sebagai Timbalan Ketua Bahagian bersama barisan Ahli -ahli Jawatankuasa yang lain.

Walaupun Kawasan DUN yang baru, namun para pemimpin akar umbi di bahagian ini bukanlah baru dalam bidang politik dan juga perjuangan menuntut hak-hak Sabah.

Pada hari Rabu yang lalu, 17hb Jun, Timbalan Presiden Starsabah Tuan Jalumin Bayogoh berada di JDM Marabau bersama Ajk Pintasan untuk berkenalan dengan lebih lanjut serta membincangkan beberapa perkara termasuk pengukuhan kerjasama antara ahli-ahli jawatankuasa.

Program santai-santai itu dihadiri oleh Ajk-ajk bahagian dan juga ahli-ahli Parti yang sempat hadir bersama. 

Dalam ucapan santainya, Tuan Jalumin Bayogoh yang juga merupakan Penyelaras Parlimen Kota Belud menyatakan keyakinannya kepada barisan AJK Bahagian Pintasan untuk menjadi pemangkin semangat masyarakat Kota Belud khususnya di Dun Pintasan.

Beliau juga menasihati para pemimpin dan juga penyokong StarSabah agar tetap bertenang dalam menghadapi suasana politik masa kini. 

“Kita tunggu dan lihat, tapi pada masa yang sama kita teruskan bekerja demi rakyat” kata beliau.


Ts. Ir. Jovilis Majami
18 Jun 2020
Kota Kinabalu

1. Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap serangan terbaru Ketua Wiramuda Warisan Datuk Azis Jamman kepada Ketua Pembangkang Kerajaan Sabah Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.


2. Dalam kenyataan tersebut beliau menuduh bahawa Dr. Jeffrey dan Yb. Jonathan Yasin Tim. Menteri Dalam Negeri memperbodohkan dan memperkecil-kecilkan bangsa KDMR itu sendiri.


3. Mungkin bagi penyokong KDMR dalam Parti Warisan, mereka akan bertepuk tangan keriangan seolah-olah kenyataan Datuk Azis ini benar belaka tetapi bagi saya dan semua pendukung perjuangan Dr. Jeffrey tulisan beliau ini tidak lebih daripada luahan seorang pemimpin yang kecewa kerana tidak dapat meneruskan agenda Pas Semantara Sabah (PSS) selepas kerajaan PH berkecai di peringkat persekutuan.


4.  Dalam psychoanalysis theory oleh Sigmund Frued ada menyebut bahawa apabila seseorang itu tidak berjaya dengan apa yang dihajatinya maka salah satu cara untuk mendamaikan hatinya yang lara adalah dengan menggunakan projection technique iaitu dengan menyalahkan orang lain bagi menutup kegagalannya.


5. Kita juga harus bijak menilai bahawa sejak kebelakangan ini terlalu ramai pemimpin-pemimpin parti Kerajaan Sabah yang menyerang Dr. Jeffrey dan sudah tentu serangan ini mempunyai niat tersirat.


6. Ini sudah tentu disebabkan oleh desas-desus bahawa ramai ADUN Kerajaan Negeri yang dikatakan akan meninggalkan mereka, oleh yang demikian sebagai ketua pembangkang di Sabah dan pemimpin yang paling lantang menegur Kerajaan Negeri maka Dr. Jeffrey dilihat orang yang bertanggungjawabkan keatas hilangnya kepercayaan ADUN Kerajaan Negeri ini.


7. Isu yang dibangkitkan oleh Azis Jamman mudah difahami iaitu cadangan memperkanalkan IMM13 yang keluar daripada mulut Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin disusuli oleh kenyataan Yb. Jonathan Yasin Timb. Menteri Dalam Negeri melalui facebook miliknya dengan mengulas cadangan menteri berkenaan kemudiannya keluar pula satu berita daripada Borneo Today portal berita tajaan Parti Warisan dengan headline ‘Pemberian IMM13 Baik Untuk Sabah, kata Jeffrey’.


8. Daripada inilah bermulanya pemimpin-pemimpin Warisan termasuk Azis Jamman mencanangkan ke selauruh dunia bahawa Dr. Jeffrey bersetuju untuk memberikan IMM13 kepada PTI sedangkan kenyataan beliau sekadar sokongan terhadap usaha kerajaan PN dalam menyelesaikan isu ini.


9. Saya juga bagi sedikit pendangan disini bahawa apa yang diutarakan oleh Menteri Dalam Negeri baru-baru ini adalah sekadar cadangan beliau semata-mata dan bukannya suatu yang sudah menjadi dasar kerajaan untuk dilaksanakan tanpa mendengar maklumbalas daripada rakyat Sabah.
http://www.dailyexpress.com.my/news/154304/imm13-dokumen-tunggal-kenal-pasti-pti-di-sabah/


10. Sebaliknya apabila kita membaca propaganda yang dimainkan oleh musuh politik Dr. Jeffrey, cadangan IMM13 sepertinya sudah diluluskan dengan orang yang bertanggungjawab untuk meluluskannya itu adalah Dr. Jeffrey.


11. Langkah proaktif Dr. Jeffrey dalam penyelesaian tuntas masalah ini adalah dengan mencadangkan satu forum berserta dengan pelbagai pengisian untuk mendapatkan maklumbalas dari semua pihak bagi menyelesaikan masalah PTI ini.
http://www.dailyexpress.com.my/news/153566/kenapa-forum-mengenai-pti-perlu-diadakan-jeffrey/ 


12. Maka itu, tidak betul sama sekali Dr. Jeffrey menerima cadangan IMM13 ini tanpa diperhalusi dan dipersetujui oleh semua pihak.


13. Saya juga menegaskan bahawa situasi pengumuman PSS diera PH dulu adalah berbeza dengan cadangan IMM13 ini kerana PSS ketika itu sudah pun diluluskan dengan tarikh pelaksanaannya ialah pada Jun tahun ini sekiranya tidak dibantah tetapi IMM13 ini pula hanyalah sekadar cadangan yang baru keluar sekali dari mulut pemimpin. 


14. Dengan itu saya berharap agar KDMR jangan mudah percaya dengan dakyah Azis bahawa Dr. Jeffrey memperbodoh dan memperkecil-kecilkan bangsa KDMR kerana hakikatnya parti Azis yang mempergunakan pemimpin-pemimpin KDMR untuk menyerang Dr. Jeffrey selaku pemimpin KDMR yang disegani. Di sini saya kongsikan sebahagian daripada serangan-serangan mereka;
i) https://www.borneotoday.net/siambun-tuduh-jeffrey-sebagai-penghasut/
ii) http://www.dailyexpress.com.my/news/153494/sekarang-masa-untuk-tindakan-bukan-forum-lagi-warisan/
iii) http://www.asiatimes.com.my/2020/05/27/dr-jeffrey-jangan-hanya-cakap-lakukan-sesuatu-nelson-w-angang/
iv) https://www.sabahnewstoday.com/dr-jeffrey-digesa-perjelaskan-tindakan-beliau-bersetuju-duduk-dengan-umno-dan-pas-dalam-pn/
v) https://www.warisanonline.com/guandi-hanya-ingin-tutup-malu-presidennya/
vi) https://www.borneotoday.net/imm13-jeffrey-akhirnya-tunjuk-wajah-sebenar-isu-pati/
vii) https://www.borneotoday.net/cukuplah-layan-sandiwara-politik-jeffrey-fokus-pulihkan-ekonomi/

Oleh : Nom De Guerre

Tiada peruntukan dalam Akta Immigresen 1959/63 Malaysia mengenai pengendalian permohonan suaka atau pelarian. 

Pada tahun 1972, satu pindaan telah dibuat oleh kerajaan kepada Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 menerusi Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 1972.

Satu perenggan baru telah dimasukkan di bawah perenggan (j) dalam Jadual (Perenggan 2) Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 iaitu:

“Persons exempted from section 2 and section 3 of the Passports Act, 1966.
(b) Any national of the Republic of the Philippines entering Sabah other than by a vessel of an international shipping or air line, who satisfies the Minister that his entry is in the interest of Sabah.”

Atau

Orang yang dikecualikan dari seksyen 2 dan seksyen 3 Akta Pasport, 1966.
(b) Mana-mana warganegara Republik Filipina yang memasuki Sabah selain dengan kapal laut atau saluran udara antarabangsa, yang meyakinkan Menteri bahawa kemasukannya adalah untuk kepentingan Sabah

Pindaan ini dilakukan bagi membolehkan pelarian-pelarian perang yang diurus oleh UNHCR masa itu untuk tinggal dan bekerja sementara waktu di Sabah. 

IMM13 pada asasnya adalah Pas Lawatan Sosial. Tiada perkataan refugee atau pelarian diguna sebut dalam pindaan kerana sememangnya tiada peruntukan untuk pelarian dalam Akta Imigresen kita seperti disebut terdahulu. 

Yang menarik dalam pindaan yang dibuat ialah pengecualian itu dibuat khusus untuk warganegara negara Filipina -, (b) Mana-mana warganegara Republik Filipina yang memasuki Sabah selain dengan kapal laut atau saluran udara antarabangsa, yang meyakinkan Menteri bahawa kemasukannya adalah untuk kepentingan Sabah. 

Maka IMM13 sendiri adalah pengiktirafan kewarganegaraan mereka sebagai warga Filipin. Ini akan menyukarkan negara Filipin menafikan kerakyatan kerana IMM13 adalah dokumen antarabangsa yang diperakui oleh UNHCR. 

Dan memberi status IMM13 juga adalah bagi 'kepentingan Sabah', sejajar dengan pindaan yang dibuat kerana dengan status ini, negara bolehlah memulakan rundingan pengembalian pendatang-pendatang tanpa izin yang kini memegamg Kad Burung-Burung dan Kad Banci. 

Selain dari itu, IMM13 secara tidak langsung adalah kuasa yang diberi oleh Parlimen kerana pengecualian yang disebut juga diluluskan oleh parlimen. Justeru itu, tiada persoalan melanggar undang-undang.

Dan jika ini masih tidak memberi keyakinan kepada warga Sabah, sila baca laporan dibawah pada 21 November 2018 oleh Borneo Post. 

Dalam laporan Borneo Post tersebut, Kedutaan Negara Filipin menyangkal dakwaan Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri masa itu, Datuk Mohd. Azis Jamman yang negara Filipin tidak menerima pemegang IMM13 sebagai warga mereka. 


Kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri di Kota Kinabalu , Dato Seri Hamzah Zainuddin, bahawa Pemegang Kad IMM 13 tidak akan diberi Kad Pengenalan Warga Negara Malaysia adalah amat tepat dan harus disokong oleh semua pihak di Sabah termasuk Kerajaan Parti Warisan dan sekutunya.

Ini lah hadiah yang paling bernilai bagi rakyat Sabah sejak Kerajaan Perikataan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan hanya kurang daripada 6 bulan daripada Pakatan Harapan. 

Kita juga bernasib baik kerana buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia seorang anak Dusun dari Sabah telah diberi kepercayaan oleh kerajaan pusat memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Parti StarSabah, khusunya  Datuk Dr Jefery Kitigan telah lantang bersuara sejak 40 tahun yang lalu sehingga beliau ditahan di bawah ISA kerana menentang kebanjiran pendatang asing dan pemberian Kad pengenalan pintu belakang melalui Projek IC dibawah Kerajaan Barisan Nasional dahulu yang menumbang Kerajaan PBS.

Kerajaan PN dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiyudin Yasin juga berjaya menghadapi krisis wabak covid 19 dengan cemerlang. 

Rakyat pada keseluruhannya gembira dengan bentuk bantuan yang diberi kepada rakyat Malaysia. Boleh disimpulkan bahawa Perdana Menteri kita pada hari ini adalah pemurah dan seorang yang berjiwa orang kampung yang senang membantu dan tidak kedukut.

Tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional.


Saban Sawayan
Naib Presiden StarSabah
15-6-2020.

Sokid Villa, Kota Kinabalu 15hb Jun 2020 : Star terus bersinar di Utara dengan Perlantilan 2 (dua) Penyelaras Parlimen yang baru. 

Hari, Presiden STARSABAH Datuk Dr Jeffrey G Kitingan menyerahkan watikah Perlantikan kepada Dr. Paul Porodong sebagai Penyelaras Parlimen Kota Marudu dan kepada Tuan Pransol Tiying Tiying sebagai Penyelaras Parlimen Kudat. 
Turut hadir bersama ialah Timbalan Presiden STARSABAH, Tuan Jalumin Bin Bayogoh Bayogoh, Setiausaha Agung STARSABAH, Tuan Guandee Kohoi, Pengarah Strategi StarSabah Tn Edward Linggu Linggu dan beberapa pemimpin peringkat Parlimen. 


Tahniah diucapkan kepada Penyelaras2 baru ini dan selamat berjuang 💪

By : Nom De Guerre

A viralled Youtube video has caught the attention of this writer. It is a video of an Universiti Malaysia Sabah (UMS) student spending a night on a tree just so she could get good internet connectivity to sit for her online exam. 

For the benefit of non Sabahans from outside of Sabah who chance upon this writing, this young woman is presumably living in the interior of Sabah which is generally hilly - rural area. Her name is Veveonah Mosibin or Veveonah M on her Youtube channel. 

She started her channel during the Covid19 Movement Control Order (MCO) highlighting her rural life. This writer could only admire her resilience, tenacity and positive outlook in live. She is obviously not from a well off family. According to her in her video, she does rubber tapping early in the morning. No doubt helping her parents and she said living in the kampung means they have to work daily at their orchard 'to eat'. 

I find the way she described her life in the Kampung as a matter of factly and candid. Hers is not an exception though. There are many youths living in rural Sabah in similar situation but she is among a few who understood the value of education and made it to University. No small feat. 

Kudos must be given to her parents too. She said her parents helped her make her first two videos and were initially baffled as to why she would want to make videos of her opening a coconut and making a ground water well but were nonetheless supportive. They sound like they are supportive of whatever positive endeavours that their daughter does.

Unfortunately, while Veveonah's video of her taking her online exam atop a tree highlighted her resilience and tenacity, it also highlights the wanting state of Sabah's telecommunication infrastructure especially in the interior.

You will be hard pressed to make or received calls, let alone get an internet connection on your mobile or smartphones in some areas. Especially in hilly areas. Even if there is internet connectivity, the connection speed would be slow which renders online classes almost impossible. 

This constrain was also highlighted by FreeMalaysia today on 25 May 2020 when two sisters resorted to making a makeshift hut in the woods in Keningau for their online classes during the MCO. Cheekily calling it Puru Online. Puru Online caught the attention of Federal Tourism Deputy Minister and Member of Parliament Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan whom paid the students a visit.

Credit : Flovia Matthew Ng (Facebook)

In March 2020, Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yahsin announced an allocation of RM400 million 'to be invested to widen the network coverage and capacity, maintaining stable, high quality and availability of telecommunication services'. 

In May 2020, Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan has also urged Telekom Malaysia (TM) to expedite installation of Unifi network in rural areas in Sabah.

We hope with the allocation by the Prime Minister and urging by Datuk Dr Jeffrey, this issue will soon be addressed as we herald in the 'new norm'.

Meanwhile, click here to view Veveonah's video and please do subscribe to her Youtube Channel to encourage her to post more interesting videos. 

https://www.borneotoday.net/warisan-akan-melaksanakan-ma63-tanpa-kompromi-nanti/

Amat senang sekali parti warisan memberi janji-janji manis ketika bersiap sedia untuk berkempen pada PRU14


Para pemimpin Warisan sedar bahawa isu MA63 merupakan tajuk politik yang sangat panas sekali dan mereka amat cepat menggunakan MA63 sebagai agenda kempen politik utama pada PRU14.

Malangnya, hanya setelah dua tahun lebih, amat jelas sekali bahawa  kerajaan Datuk Seri Shafie Apdal tidak  menunaikan janji tersebut.

Berikut adalah beberapa petikan daripada Ketua Penerangan Wiramuda warisan di mana para pembaca buleh lihat dengan jelas sekali janji pelaksanaan MA63 warisan hanya la setakat retorik atau janji terang bulan:

1) *"...Pendirian Warisan mengenai MA63 adalah kukuh dan jelas bahawa MA63 bukanlah perkara yang boleh dibawa berunding sama ada untuk dilaksana separuh-separuh atau sebahagian daripadanya sahaja..."*

GAGAL!

Hanya 17 perkara saja Warisan kata telah dipersetujui. Itu hanya sebahagian sahaja. Kenapa harus dibawa bincang sekiranya Warisan telah kata bahawa MA63 harus dilaksanakan TANPA RUNDINGAN??

2. *Bila mana Warisan diberi mandat menerajui Kerajaan Sabah di masa akan datang Warisan akan melaksanakan MA63 tanpa kompromi.*

TIPU!

Warisan terpaksa juga membawa PH aka PakaTun untuk berunding dan ini amat jelas sekali kerana pada 6 bulan pertama selepas PRU14, MA63 belum lagi dilaksanakan dengan sepenuhnya.

3. *"....Warisan tidak terburu-buru untuk bergabung dengan mana-mana parti pembangkang di Sabah."*

HIPOKRIT!

Sekiranya Warisan mempunyai prinsip yang baik seperti tidak terburu-buru membuat keputusan besar untuk bergabung atau kerjasama dengan parti-parti politik lain, kenapa Warisan dengan 'terburu-burunya', ingin sangat melaksanakan PSS?

Tetapi, mereka tidak 'terburu-buru' dan tanpa kompromi melaksanakan MA63?

Bukan ka ini menunjukkan bahawa mereka hanya kuat bagi janji-janji manis dan sanggup mempermainkan sentimen rakyat Sabah supaya Warisan buleh menjadikan Sabah mereka punya?



Sabtu, 13 Jun 2020: Presiden Warisan Shafie Apdal seharusnya tidak membuat ancaman terhadap lawan politiknya setelah ada perbincangan bahawa beberapa rakannya mungkin akan melompat. 

Tidak wajar seorang presiden sebuah parti, apalagi seorang Ketua Menteri untuk berbicara seperti samseng jalanan yang mengeluarkan ancaman dan peringatan dalam usaha untuk menakut-nakutkan lawannya. 

Dia pasti merasakan kepanasan atau tertekan untuk bertindak balas dengan cara yang sebegitu agresif ketika ditanya mengenai kemungkinan beberapa wakil rakyatnya meninggalkan pakatan Warisan-DAP-PKR-Upko. 

Dalam kenyataan yang dipetik, Shafie mengatakan bahawa dia tidak akan mengalah dalam apa yang digambarkannya sebagai 'rancangan besar' Perikatan Nasional untuk meyakinkan wakil rakyatnya untuk bergabung dalam gabungan itu. Mengapa dia begitu gelisah dan kelihatan marah jika orang-orang yang disebutnya berada dibelakangnya? 

Lebih penting lagi, mengapa ada keperluan untuk mengadakan perjumpaan solidariti sekiranya gabungan itu utuh? Perbincangan disekitar bandar akhir-akhir ini mengatakan bahawa Shafie telah memanggil ‘Jeneral’-nya untuk mengadakan perjumpaan sehingga larut malam. 

Khabar angin juga mengatakan bahawa sebilangan anggota parlimen telah diasingkan kerana takut 'diculik'. 

Adakah Shafie telah mendapat rasa ubatnya sendiri? Empunya badan lebih arif akan strateginya. Mungkin ketakutannya berpunca daripada ingatan yang tidak sebegitu lama ketika dia menggunakan taktik yang sama seperti itu untuk memikat ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk beralih setia untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih secara demokratik. 

Shafie dipetik sebagai berkata, "Bagaimana anda dapat menyuap orang dengan jawatan dan habuan lain? Ini tidak seharusnya berlaku. " Dia juga mengatakan bahawa dia tidak menjanjikan (presiden Upko) Wilfred Madius Tangau dan Ewon Benedick dengan jawatan sebelumnya (untuk menukar kesetiaan dari Barisan Nasional yang mereka telah memenangi kerusi mereka, kepada Warisan) walaupun saya kemudian melantik mereka sebagai menteri. 

"Biar betul, adakah Shafie menganggap orang lain sebegitu bodoh untuk mempercayai kata-katanya itu? Hari-hari ini kita terus mendengar orang mengatakan "call a spade a spade". Jadi mari. 

Madius Tangau tidak akan melompat sekiranya BN memenangi kerajaan Persekutuan pada PRU14. Dia hanya memenangi kerusi MP Tuarannya dan pada mulanya tidak bernilai di peringkat Negeri kepada Shafie. Dia hanya menjadi "bankable" ataupun "dapat diterima oleh bank" setelah dia berjanji kepada Presiden Warisan bahawa dia dapat mengheret 4 ADUN Upko yang lain untuk meninggalkan BN. 

Yang paling penting, Madius Tangau tidak akan bergabung dengan kem Shafie jika dia tidak dijanjikan untuk "kerusi ADUN yang dicalonkan" dan dijadikan timbalan ketua menteri. Sebagai Ahli Parlimen, Tangau bahkan tidak layak dilantik sebagai Timbalan Menteri apatah lagi sebagai Timbalan Ketua Menteri sekiranya Shafie tidak memberikan penghargaan kepadanya sebagai wakil rakyat. 

Shafie dilaporkan juga mengecam tekanan dan intimidasi politik terhadap orangnya oleh kerajaan Perikatan Nasional. Dia mempersoalkan semasa siasatan pengubahan wang haram oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap naib presiden Warisan, Peter Anthony, yang merupakan menteri pembangunan infrastruktur negeri. 

Ingatannya mungkin bersifat selektif/memilih kerana dia dengan mudah telah melupakan tentang bagaimana setelah sekian lama Musa Aman dibebaskan daripada pendakwaan oleh pihak berkuasa Hong Kong dan Malaysia dari rasuah, tetapi kes yang sama tiba-tiba muncul kembali ketika Pakatan Harapan berkuasa. 

Lebih buruk lagi, pihak berkuasa telah memutuskan untuk menangkap dan mendakwanya dua hari sebelum keputusan kes Ketua Menteri Sabah yang sah. Semua orang juga tidak boleh melupai tuduhan yang berganda terhadap Musa muncul dalam sekelip mata seperti mana kes rasuah terhadap Shafie yang melibatkan RM1.5 bilion ketika dia menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar telah digugurkan kerana kekurangan bukti. Kes terhadap Shafie harus dibuka semula sekarang. 

Siapa yang mendapat keuntungan dari rancangan yang dibuat dengan baik dan terlaksana? 

Oleh itu, Shafie harus turun dari kudanya yang tinggi kerana dia tidak memiliki kewibawaan posisi untuk berceramah tentang kejahatan yang menjanjikan kedudukan, keuntungan kewangan dan intimidasi/ancaman politik. 

Sangat hipokrit dia untuk bercakap mengenai nilai-nilai murni dan harga diri. 

Dia juga tidak seharusnya mengatakan bahawa orang Sabah tidak dijadikan alat. Hari ini, Shafie menghabiskan lebih banyak masa untuk terlibat didalam politik Persekutuan daripada memberi tumpuan untuk menghidupkan semula ekonomi Sabah dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. 

Jadi, siapa alat di sini? 

Akhirnya, seseorang tidak boleh lupa bahawa Musa dilantik sebagai Ketua Menteri sehari selepas pilihan raya Mei 2018, tetapi digantikan oleh Shafie dua hari kemudian. Shafie mengangkat sumpah setelah beberapa ADUN dari Umno dan Upko melompat kapal untuk menyokong Warisan. Bolehkah seseorang mengatakan dengan jujur ​​bahawa pembentukan pemerintahan Warisan, pemerintahan pintu belakang yang sebenarnya, dilakukan dengan penuh kebanggaan dan martabat atau dicapai melalui Caesar seperti jubah dan pisau belati?

 Datuk Dr Jeffrey Kitingan 

Difahamkan Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional merangkap Penyelaras Amanah Kawasan Kudat,  Khairuddin Daud telah mengundang kecaman dan teguran pedas dari Dato Verdon Bahanda atas mesej messenger Facebook yang dihantar oleh Khairuddin kepada Dato Verdon. 

Penulis ini mengetahui hal ini dari kemas kini akaun Facebook Dato Verdon pada 12 Jun 2020 dimana Dato Verdon menyifatkan tindakan Khairuddin sebagai tidak profesional dan tidak sesuai sebagai seorang yang menyandang jawatan sebagai Pengarah Komunikasi. Dato Verdon juga mengecam kelemahan Khairuddin dalam perihal undang-undang. 

Khairuddin dalam mesejnya cuba mengutuk Dato Verdon kerana membuat laporan polis yang mengakibatkan saudara Neldy Dino, seorang penulis yang mengguna nama akaun Facebook Neldy Jolo di reman oleh pihak polis untuk siasatan keatas kes ugutan ke atas Dato Verdon, seorang aktivis yang vokal dalam hal Pendatang Tidak Izin (PTI) di Sabah. 


Neldy Dino adalah mangsa pencurian identiti dimana ada pihak tidak bertanggungjawap telah membuka akaun Facebook palsu dibawah nama Morres Malampo dan mengguna gambar beliau sebagai gambar profail. 

Pengguna Facebook Morres Malampo ini kemudiannya memuat naikkan gambar sepucuk pistol dengan magazin peluru dengan tulisan 'Verdon halal dibunuh'.  

Dato Verdon menegaskan yang laporan polis dibuat adalah keatas nama Morres Malampo dan bukan Neldy Dino. Laporan polis dibuat untuk pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap beliau. 

Penulis ini telah meninjau lebih mendalam dalam hal ini. Dato Verdon dan saudara Neldy telah membuat laporan polis pada hari yang sama iaitu 7 Jun 2020 tetapi pada masa yang berlainan. Dato Verdon yang terdahulu membuat laporan dan disusuli kemudian oleh saudara Neldy. 


Penulis ini berpendapat adalah tidak munasabah permintaan bagi Dato Verdon untuk mengetahui yang saudara Neldy adalah mangsa pencurian identiti dalam hal ini berdasarkan timeline

Lagipun, laporan polis dibuat ke atas pengguna Morres Malampo dan perbuatan jenayah harus dilaporkan untuk siasatan polis.  Ugutan membunuh atau menakutkan sesiapa dengan ancaman keselamatan diri adalah jenayah dibawah Kanun Keseksaan negara. 

Saudara Neldy juga faham yang laporan polis Dato Verdon bukanlah terhadapnya berdasarkan kenyataan beliau dibawah. 



Permohonan Menjadi Ahli Parti STARSABAH Menjangkau Seluruh Sabah 

Kota Kinabalu 11hb Jun 2020 : Parti Solidariti Tanah Airku, StarSabah yang dikenali sebagai Parti 'nyamuk'  semasa Pilihanraya ke-14 yang lalu perlahan -lahanm menebarkan sinarnya. 

Dengan keupayaan dan sumber yang terbatas, StarSabah terus mengembangkan pengaruh dan tidak pernah berhenti memberikan penerangan kepada rakyat melalui lawatan-lawatan, program-program mahupun di media massa. 

Hasil daripada usaha ini, dalam jangka masa yang singkat, Parti STARSABAH merupakan buah mulut di kalangan rakyat Sabah dan semakin ramai yang tertarik untuk menyertai. 

Pada 10hb Jun, Wakil Rakyat Dun Bingkor, YB Robert Tawik yang juga merupakan Ketua Bahagian Parti STARSABAH di Bingkor telah menerima penyerahan borang daripada En. Maikol@Madit Bin Surop mewakili 50orang yang lain untuk menjadi ahli. 

Encik Maikol menyatakan sokongan kepada StarSabah dan yakin akan kepimpinan Yb Robert Tawik bersama YB Datuk Presiden STARSABAH. 

Sementara di Sandakan pula, di DUN Tanjung Papat terus menerima kemasukan ahli yang agak drastik. Pada tarikh yang sama, 10hb Jun, Ketua Bahgaian Tg. Papat, tuan Haji Fariz Moore telah menerima borang keahlian sebanyak 400 ahli. 

Dikhabarkan mereka yang telah mengambil keputusan untuk menyertai StarSabah ini telah bosan menanti janji-janji manis daripada kerajaan negeri yang telah mereka pilih dan undi pada Pilihanraya yang lalu. 

Dikala kerajaan Pusat dan Negeri bergelut untuk pengaruh kelangsungan politik, dan rakyat dilanda musibah pandemik Covid-19, StarSabah tetap bersama rakyat semampu yang boleh. 

Semoga corak pemikiran rakyat Sabah bertambah matang menilai dan memilih pemimpin yang benar-benar boleh membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Sabah. 

Ini Kali Lah
Kalau Bukan Kita Siapa Lagi

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.