Difahamkan Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional merangkap Penyelaras Amanah Kawasan Kudat,  Khairuddin Daud telah mengundang kecaman dan teguran pedas dari Dato Verdon Bahanda atas mesej messenger Facebook yang dihantar oleh Khairuddin kepada Dato Verdon. 

Penulis ini mengetahui hal ini dari kemas kini akaun Facebook Dato Verdon pada 12 Jun 2020 dimana Dato Verdon menyifatkan tindakan Khairuddin sebagai tidak profesional dan tidak sesuai sebagai seorang yang menyandang jawatan sebagai Pengarah Komunikasi. Dato Verdon juga mengecam kelemahan Khairuddin dalam perihal undang-undang. 

Khairuddin dalam mesejnya cuba mengutuk Dato Verdon kerana membuat laporan polis yang mengakibatkan saudara Neldy Dino, seorang penulis yang mengguna nama akaun Facebook Neldy Jolo di reman oleh pihak polis untuk siasatan keatas kes ugutan ke atas Dato Verdon, seorang aktivis yang vokal dalam hal Pendatang Tidak Izin (PTI) di Sabah. 


Neldy Dino adalah mangsa pencurian identiti dimana ada pihak tidak bertanggungjawap telah membuka akaun Facebook palsu dibawah nama Morres Malampo dan mengguna gambar beliau sebagai gambar profail. 

Pengguna Facebook Morres Malampo ini kemudiannya memuat naikkan gambar sepucuk pistol dengan magazin peluru dengan tulisan 'Verdon halal dibunuh'.  

Dato Verdon menegaskan yang laporan polis dibuat adalah keatas nama Morres Malampo dan bukan Neldy Dino. Laporan polis dibuat untuk pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap beliau. 

Penulis ini telah meninjau lebih mendalam dalam hal ini. Dato Verdon dan saudara Neldy telah membuat laporan polis pada hari yang sama iaitu 7 Jun 2020 tetapi pada masa yang berlainan. Dato Verdon yang terdahulu membuat laporan dan disusuli kemudian oleh saudara Neldy. 


Penulis ini berpendapat adalah tidak munasabah permintaan bagi Dato Verdon untuk mengetahui yang saudara Neldy adalah mangsa pencurian identiti dalam hal ini berdasarkan timeline

Lagipun, laporan polis dibuat ke atas pengguna Morres Malampo dan perbuatan jenayah harus dilaporkan untuk siasatan polis.  Ugutan membunuh atau menakutkan sesiapa dengan ancaman keselamatan diri adalah jenayah dibawah Kanun Keseksaan negara. 

Saudara Neldy juga faham yang laporan polis Dato Verdon bukanlah terhadapnya berdasarkan kenyataan beliau dibawah. 



Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.