https://www.borneotoday.net/warisan-akan-melaksanakan-ma63-tanpa-kompromi-nanti/
Amat senang sekali parti warisan memberi janji-janji manis ketika bersiap sedia untuk berkempen pada PRU14
Para pemimpin Warisan sedar bahawa isu MA63 merupakan tajuk politik yang sangat panas sekali dan mereka amat cepat menggunakan MA63 sebagai agenda kempen politik utama pada PRU14.
Malangnya, hanya setelah dua tahun lebih, amat jelas sekali bahawa kerajaan Datuk Seri Shafie Apdal tidak menunaikan janji tersebut.
Berikut adalah beberapa petikan daripada Ketua Penerangan Wiramuda warisan di mana para pembaca buleh lihat dengan jelas sekali janji pelaksanaan MA63 warisan hanya la setakat retorik atau janji terang bulan:
1) *"...Pendirian Warisan mengenai MA63 adalah kukuh dan jelas bahawa MA63 bukanlah perkara yang boleh dibawa berunding sama ada untuk dilaksana separuh-separuh atau sebahagian daripadanya sahaja..."*
GAGAL!
Hanya 17 perkara saja Warisan kata telah dipersetujui. Itu hanya sebahagian sahaja. Kenapa harus dibawa bincang sekiranya Warisan telah kata bahawa MA63 harus dilaksanakan TANPA RUNDINGAN??
2. *Bila mana Warisan diberi mandat menerajui Kerajaan Sabah di masa akan datang Warisan akan melaksanakan MA63 tanpa kompromi.*
TIPU!
Warisan terpaksa juga membawa PH aka PakaTun untuk berunding dan ini amat jelas sekali kerana pada 6 bulan pertama selepas PRU14, MA63 belum lagi dilaksanakan dengan sepenuhnya.
3. *"....Warisan tidak terburu-buru untuk bergabung dengan mana-mana parti pembangkang di Sabah."*
HIPOKRIT!
Sekiranya Warisan mempunyai prinsip yang baik seperti tidak terburu-buru membuat keputusan besar untuk bergabung atau kerjasama dengan parti-parti politik lain, kenapa Warisan dengan 'terburu-burunya', ingin sangat melaksanakan PSS?
Tetapi, mereka tidak 'terburu-buru' dan tanpa kompromi melaksanakan MA63?
Bukan ka ini menunjukkan bahawa mereka hanya kuat bagi janji-janji manis dan sanggup mempermainkan sentimen rakyat Sabah supaya Warisan buleh menjadikan Sabah mereka punya?
Post a Comment