October 2021


KOTA KINABALU, 26hb Oktober 2021 :  Setiausaha Agung Parti STAR Senator Datuk Guandee Kohoi telah meninggal dunia, dipercayai akibat komplikasi berkaitan Covid-19 pada Selasa (26 Okt). Dia berumur 69 tahun.

Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 4.45 petang ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur. 

Dia dimasukkan ke hospital lebih kurang jam 5.00 pagi tadi oleh pembantu beliau, selepas mengadu sakit dada. 

Kohoi berada di Kuala Lumpur untuk mesyuarat Perikatan Nasional pada petang Ahad (24 Okt) tetapi tidak hadir selepas disahkan positif Covid-19. 

Presiden Parti STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau amat sedih dengan berita itu menganggapnya sebagai kehilangan yang besar.

"Dia adalah sahabat saya yang paling setia dan kawan saya yang paling saya sayangi. Dia telah bersama saya melalui susah dan senang, walaupun ketika saya tidak mempunyai apa-apa, dia tidak pernah meninggalkan saya. Amat sukar untuk menggantikannya," katanya.

Kitingan berkata, kali terakhir bercakap dengan Kohoi ialah  pada 10 pagi hari ini apabila Kohoi menghubunginya dari hospital. "Dia memberitahu saya dia baik-baik saja dan tidak perlu risau. Dia memberi jaminan kepada saya dia akan keluar dalam masa tiga, atau empat hari. Ini benar-benar menghancurkan hati saya," katanya. 

Menurut setiausaha sulit Kitingan Rizal Johari, ahli keluarga Guandee Kohoi sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Ketua-ketua Penaja Bahagian Kukusan, Tg. Batu, Merotai dan Sebatik bergambar bersama Dsp Dr Jeffrey di hadapan Ibu Pejabat STAR. 

Sokid Villa, Kota Kinabalu, 23hb Oktober 2021 : Rombongan dari kawasan Parlimen Kalabakan berkunjung ke Ibupejabat Parti Solidariti Tanah Airku hari ini untuk menyerahkan borang keahlian. 

Rombongan ini diketuai oleh Tuan Nirsarahmatjaya  bin  Sawal yang juga merupakan Ketua Penaja Bahagian Kukusan. Bersama beliau dalam rombongan ialah Ketua Penaja Bahagian Tanjung Batu, Tuan Betdly bin Salleh, Ketua Penaja Bahagian Merotai, Tuan Rahim Bin Abd Rashid dan Ketua Penaja Bahagian Sebatik, Tuan Idris Bin Raja. 

Empat Ketua Penaja Bahagian ini bukan sahaja menyerahkan borang keahlian tetapi turut memaklumkan kepada Presiden bahawa Ahli-ahli Jawatankuasa di setiap bahagian ini telah disusun dan siap untuk dilancarkan bila-bila masa sahaja. 

YB DSP Dr Jeffeey Kitinggan merakamkan tahniah kepada mereka kerana telah memilih Parti STAR sebagai wadah perjuangan. 

Turut hadir dalam acara penyerahan borang ini ialah Tuan Jalumin Bayogoh, pemimpin Parti Star yang telah membimbing keempat Ketua-ketua Penaja ini untuk membentuk bahagian dari peringkat awal. 

Semoga sinaran Parti Star terus mantap di Kalabakan.

Setiausaha Agung STARSABAH, Datuk Senator Guandee Kohoi 

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan kekal sebagai presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Beliau menang tanpa tanding pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tri-tahunan pada 20-21 Oktober.

Setiausaha Agung STAR, Senator Datuk Guandee Kohoi berkata, turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Presiden (Bumiputera Bukan Islam) Datuk Ellron Alfred Angin dan tiga naib presiden.

“Mesyuarat Agung Tiga Tahun sekali yang akan diadakan secara dalam talian melibatkan mesyuarat agung bagi Wiramuda dan Wiranita pada 20 Oktober sementara mesyuarat agung perwakilan pusat adalah pada 21 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurut Guandee, selain Dr Jeffrey dan Datuk Ellron Angin, terdapat tiga naib presiden iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, Ketua Bahagian STAR Silam, Nawawi Saking (Bumiputera Islam) dan Ketua Bahagian STAR Karambunai, Kapitan Stephen Teo (Cina) yang juga telah menang tanpa tanding. 

Guandee menambahkan kata, proses pengundian oleh 10 perwakilan dari setiap bahagian untuk memilih calon yang bertanding diadakan di seluruh negeri pada 10-18 Oktober.

“Keputusan pemilihan untuk setiap jawatan akan diumumkan pada 20 Oktober untuk Wiramuda dan Wiranita sementara untuk jawatan peringkat pusat akan diumumkan pada akhir mesyuarat agung perwakilan pada 21 Oktober,” katanya.

Sementara itu, Guandee mengatakan bahawa mesyuarat agung perwakilan akan melihat pembentangan beberapa usul yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan.

                       Walter Mark Mukis

Parti STARSABAH akan mengadakan mesyuarat Tri Tahunannya pada 21 dan 22 Oktober 2021 ini sebagai sebahagian dari kerajaan sabah didalam kompenan kerajaan GRS. Perlaksanaan Mesyuarat TriTahunan kali ini dilihat begitu rancak dan meriah berbanding dengan Mesyuarat sebelum ini. 

Ini dapat dilihat dengan penglibatan ramai ahli yang berdaftar dan layak untuk dicalonkan untuk mengisi jawatan jawatan penting di dalam parti starsabah.

Amat menggembirakan dan membanggakan melihat calon calon yang bertanding kali ini memperlihatkan kesungguhan mereka melalui manifesto manifesto individu yang ditampal didalam FB mereka atau kiriman whatsapp.

Didalam kemeriahan pemilihan parti kali ini, para pemimpin yang Berjaya dipilih akan meneruskan agenda agenda parti dengan visi dan misinya. Namun, disebalik itu para pemimpin pemimpin Starsabah diseru untuk melihat disuatu sudut bagi memperkasakan parti Starsabah dengan berani mengangkat dan memberi kepercayaan kepada “anak muda” yang berpotensi menjadi pemimpin parti starsabah ini.

Tidak dinafikan bahawa kejayaan parti ini banyak bergantung dengan usaha usaha dan titik peluh pejuang pejuang Starsabah terdahulu. Ramai pejuang starsabah yang mengorbankan masa, tenaga, wang dan harta sehingga Starsabah menjadi salah sebuah parti yang berpengaruh di sabah dan Malaysia kini. 

Namun, untuk meneruskan kesinambungan kejayaan parti ini, para pemimpin pemimpin Starsabah harus berani mengambil langkah mengangkat anak anak muda didalam parti supaya dapat dilatih untuk mengambilalih peranan para pejuang Starsabah terdahulu bagi kesinambungan kepentingan rakyat.

Dulu, ada scenario mengatakan bahawa perlantikan didalam parti adalah mengikut kesenioran atau jangka waktu keahlian seseorang didalam parti, namun kita berharap bahawa scenario sebegini tidak akan berlaku kepada corak pemimpin yang akan datang didalam Starsabah. 

Ini disebabkan situasi beginilah yang mengekang dan menghalang penglibatan anak muda didalam parti yang pada akhirnya mengurangkan pelapis pelapis pemimpin yang sangat berkaliber.

Para pemimpin Starsabah harus “Berani” dan dengan “sengaja” mengangkat anak muda yang berpotensi dari ribuan ahli starsabah agar dapat dilatih dan didedahkan kepada situasi politik melalui starsabah itu sendiri agar mereka tidak salah acuan politik dimasa akan datang. Ironinya, para pemimpin Starsabah tidak boleh berpeluk tubuh dan menunggu sahaja penglibatan anak muda ini, kerana para pemimpinlah yang sepatutnya mencipta ruang dan peluang kepada para anak muda untuk membuktikan kepimpinan mereka didala parti.

Jika dilihat dan diamati beberapa parti disebelah “sana” yang bertahan sejak dulu lagi, factor utama adalah penglibatan ramai anak anak muda didalam parti mengikut potensi diri yang sudah digilap oleh parti itu sejak muda masih lagi. Pelaburan ini berhasil ketika mereka Berjaya mengambilalih kerajaan dahulu.

Akhir sekali, kita bersyukur kepada kepimpinan Starsabah selama ini kerana mampu untuk membawa parti ini menjangkau kejayaan demi kejayaan. Diharapkan pemimpin yang dipilih semasa Mesyuarat TriTahunan ini nanti akan lebih dapat memantapkan kepimpinan parti dan seterusnya dapat memperjuang dan melaksanakan perjanjian MA 63 seperti harapan rakyat sabah selama ini.

Selamat Bermesyuarat.

Salam ini kali lah,

Walter Mark Mukis
AJK Bahagian Starsabah
N9 Tempasuk, Kota Belud

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.