February 2022


Kota Kinabalu,  22hb Februari 2022:  KOPERASI STAR BERHAD menandatangani MOU dengan Dell Trading di Sokid Villa hari ini. 

Acara menandatangan MOU antara  Dell Trading dan KOPERASI STAR SABAH BERHAD telah dibuat setelah beberapa siri perbincangan diadakan antara dua belah pihak. 

Melalui MOU ini Dell Trading telah melantik dan memberikan hak kepada KOPSTAR sebagai pengedar tunggal makanan ikan dan ternakan di Sabah.  

Penandatanganan MOU antara Pemilik Dell Trading Dell, Darion Victor dengan Setiausaha Koperasi Star Datuk Dr. Saimin Sandah disaksikan oleh Pengerusi KOPSTAR Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Turut kelihatan dalam Majlis menandatangani MOU itu ialah Datuk Iskandar Malik, Tuan Edward Linggu dan Tuan Jalumin Bayogoh sebagai Ahli Lembaga Koperasi. 

Semoga MOU ini akan memberikan peluang dan kebaikan kepada ahli-ahli KOPSTAR yang juga merupakan ahli-ahli Parti STAR. 

Mesyuarat Agung Tri Tahunan Dayak National Congress 

Kuching, 19hb Februari 2022: Pertubuhan Dayak National Congress telah mengadakan Mesyuarat Agung Tri-tahunan yang ke-tiga. 

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Penview, Kuching dan telah dihadiri oleh Ahli-ahli Jawatankuasa dari Sabah dan Sarawak..

Dalam mesyuarat ini, Paul Rajah telah dipilih semula sebagai Presiden Pertubuhan, sementara Richard Lias sebagai Timbalan Presiden. 

Jalumin Bayogoh dari Sabah telah dipilih sebagai Naib Presiden 1 bersama Lt.Cmdr(RT) Robert Tella Gunjom dan Abel Ahing. 

Beberapa individu dari Sabah juga telah dipilih untuk berada dalam barisan Ahli Jawatankuasa Dayak National Congress. 

Semoga usaha-usaha bersama yang dilakukan Pertubuhan ini terus membawa kebaikan kepada Sabah dan Sarawak. 

Dua Laporan Polis telah dibuat setakat petang 15hb Februari 2022. 

Kota Kinabalu, 15hb Februari 2022: Ekoran satu posting di Facebook milik Michael Peter Govind yang bertujuan menyebarkan fitnah terhadap Presiden STAR, Dsp Dr Jeffrey Kitingan telah menimbulkan kemarahan di kalangan ahli-ahli STAR. 

Ahli Jawatankuasa Star Bahagian Moyog, telah membuat laporan polis di IPD Penampang. Mereka diketuai oleh Setiausaha Bahagian tuan Augustine Wahdi Yuntala mewakili Ketua Bahagian Dato Thomas Jimulis yang masih dalam tempoh kuarantine. 

Sementara itu, di Tawau pula, Tuan Nirsarahmatjaya Sawal dari Bahagian N.70 Kukusan dan Tuan Rahim Abd Rasid dari  Bahagian N.72 Merotai bersama KMC Chok dan Raychell Yunus telah membuat laporan polis di IPD Tawau berkaitan perkara ini. 

Kedua - dua laporan dibuat bertujuan meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini seterusnya mengambil tindakan sewajarnya kepada pelaku. 

Bagi mereka, Presiden STAR, Dsp Dr Jeffrey Kitingan adalah seorang pemimpin dan pejuang hak-hak Sabah yang perlu disokong bukan dijatuhkan dengan pelbagai fitnah.

Puan Adelinah Lintangah bersama Dsp Dr Jeffrey Kitingan dan Tuan Jalumin Bayogoh dalam satu program di Kota Belud. 

Kota Kinabalu, 4hb Februari 2022: Wanita muda kelahiran Kota Belud, Puan Adelinah Lintangah bakal membawa nama Sabah, Negeri di Bawah Bayu ke puncak tertinggi di dunia.

Program Pendakian ini dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta dengan kerjasama team Tuan Jalumin Bayogoh di Sabah. 

Semoga usaha ini dipermudahkan dan bendera Sabah malah bendera Parti STAR akan berkibar di puncak Everest.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.