MASALAH PTI ADALAH MASALAH KERAJAAN NEGERI, DDJK BANTU MELALUI FORUM – Felsie Joy Pillin, Ketua Wiramaja STARSabah
Isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah bukanlah masalah baru bagi rakyat Sabah tetapi sudah menjadi duri dalam daging bagi Orang Asal Sabah (OAS) malahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK) juga sudah lama menyarankan kepada Kerajaan Negeri supaya bersikap lebih tegas untuk menyelesaikan masalah ini melalui penguatkuasakan undang-undang yang sedia ada atau mencari kaedah lain bagi mengurus kemasukan orang asing ini secara sah ke negeri ini kata Felsie Joy Pillin.
Felsie Joy Pillin yang juga merupakan Ketua Wiramaja STARSabah berkata saranan DDJK agar kerajaan negeri perlu menyelesaikan masalah ini secara tuntas berikutan Ketua Menteri merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dan keharmonian OAS di Sabah.
Felsie berkata bahawa contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan oleh Ketua Menteri hari ini ialah semasa era pemerintahan Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat pada 2001 hingga 2003 yang mana banyak operasi PTI dilakukan sehinggakan Bandaraya Kota Kinabalu ketika itu menjadi lengang.
“Chong Kah Kiat pada ketika itu membuat operasi besar-besaran keatas mereka-mereka yang tiada dokumen pengenalan diri dan bukannya memberikan mereka penempatan-penempatan seperti apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri kita sekarang ini”
Felsie menambah bahawa melindungi mereka dengan memberi banyak keistimewaan ke atas PTI-PTI ini dengan alasan atas perikemanusiaan adalah tidak lagi boleh digunakan memandangkan hari ini kedudukan OAS sudah mula terancam dari semua sudut.
“Kami faham bahawa Kerajaan Negeri menggunakan dasar kemanusiaan untuk memberikan Pas Sementara Sabah (PSS) dan sebagainya, tetapi negara kita mempunyai undang-undang dan untuk memasuki mana-mana negara, dokumen sah seperti pasport diperlukan sebagai tanda kebenaran kemasukan ke sesebuah negara tersebut”
“Pasport PTI-PTI ini yang seharusnya diusahakan oleh kerajaan negeri dan bukannya diberikan rizab tanah atau pulau untuk penempatan kekal mereka”
Kerajaan Negeri pernah membuat mencadangkan untuk mengeluarkan Pas Sementara Sabah (PSS) sebagai dokumen yang menggabungkan Kad Burung-Burung, Kad Banci dan IMM13 walau bagaimanapun, inisiatif itu ditentang oleh majoriti rakyat Sabah disebabkan PSS ini boleh diperbaharui setiap 3 tahun untuk 100 tahun yang mana orang asing ini boleh menjadi warganegara kelak dalam tempoh yang agak lama mereka berada di Sabah.
“Kita tidak tahu apa aktiviti yang mereka lakukan dan juga keberadaan mereka dengan adanya PSS ini”
“Justeru itu, apabila PSS ini boleh diperbaharui ianya seolah-olahnya mengizinkan warga asing terus berada di Sabah hingga 100 tahun akan datang seperti yang di katakan oleh Datuk Azis Jamman sendiri mengenai pembaharuan PSS ini”
Felsie seterusnya berkata selepas meneliti dalam beberapa waktu cara terbaik untuk menyelesaikan isu PTI di Sabah seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah dengan menggunakan dokumen yang diiktiraf dan sah oleh United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) dan kerajaan Filipina iaitu IMM13.
“Sebagai anak muda Sabah yang prihatin terhadap masa depan OAS, kami terpanggil untuk bersuara dan memberi sokongan terhadap usaha DDJK untuk mengadakan forum terbuka bagi penyelesaian isu PTI di Sabah”
Felsie berkata forum yang diilhamkan oleh DDJK ini adalah melibatkan semua pihak termasuklah golongan ahli politik, jabatan-jabatan kerajaan, golongan profesional dan orang awam serta kedutaan Filipina juga semua peringkat umur, kelas masyarakat, jantina dan etnik, amat bertepatan sebagai ramuan yang betul dalam menyelesaikan masalah kebanjiran PTI di Sabah.
“Bagi saya, melibatkan semua pihak dalam menyelesaikan isu ini adalah perlu bagi mendengar sendiri pendapat dan cadangan mereka dalam menyelesaikan isu ini”
Felsie juga menyelar sesetengah pihak yang mempersalahkan DDJK kerana masih tidak dapat menyelesaikan masalah PTI ini walaupun sudah berada di dalam kerajaan.
“Mereka kena faham apa kementerian yang dipegang oleh DDJK ianya langsung tiada kaitan dengan PTI ini namun DDJK juga tetap berusaha untuk mengadakan forum ini sebagai pentas untuk menyelesaikan masalah PTI”
“Cukuplah menghentam dan cukuplah menuding jari. Marilah kita semua bersikap terbuka dan profesional untuk menyelesaikan isu ini bersama tanpa mengira ideologi politik kita demi kebaikan bersama dan juga demi generasi akan datang”
“Saya berharap agar semua pihak akan menyokong forum yang dicadangkan oleh DDJK ini”
Tepat sekali cadangan ddjk ini..saya sebagai rakyat asli sabah sudah tentu sokong terhadap apa yang ddjk lakukan demi membanteras kebanjiran pati yang sudah sekian lama berlaku di sabah ini.kami rakyat asli sabah sudah bosan dengan pengkhianatan serta janji janji palsu yang dilemparkan oleh pemimpin pemimpin yang tidak bertanggungjawab ke atas negara sabah tanah air tumpah darah kami.hanya janji tinggal janji dilemparkan pada rakyat.kami rakyat asli sabah mengharapkan perubahan segalanya namun pemimpin pemimpin sabah khususnya yang tidak mengambil kesempatan untuk membendung terhadap pati mahu pun isu isu yang lain malahan memberikan keselesaan pada pati yang kian membanjiri tanah negara sabah ini.seolah olah undang undang kerajaan sedia ada tidak lagi diguna pakai..sekali lagi kami rakyat asli sabah mohon pada ddjk serta yang terlibat membantu ddjk menyelesaikan masalah ini berharap sangat sangat supaya pati di sabah dapat diselesaikan walaupun kita tahu bukan mudah dan bukan boleh diselesaikan dengan drastik..yang penting penyelesaian ini berjalan dengan lancar slamanya kerana isu sebegini sudah pasti merugikan rakyat asli sabah di masa hadapan.kami rakyat asli sabah sentiasa berada disisi ddjk demi menyokong apa pun ddjk lakukan untuk kebaikan negara sabah serta rakyat terima kasih.
ReplyDeletesetuju 100% Kata wiramaja itu.tepat s'kali.forum itu harus di laksanakan untuk memberikan pandangan kepada semua yang di jemput.
ReplyDeleteForum a proper platforms to start in solving SABAH pti. I once heard this problems at my age 16 yrs old. Clear out this problems, so that my generation will not blame on me,the last and present government.
ReplyDelete