Pagi ini saya tercuit hati dengan posting dinda DATUK Ismaily Bungsu mengenai suatu 'posting' oleh seorang pengguna FB Riz Jai.

Saya tidak mahu kupas apa yang dipertikaikan oleh sdr Riz Jai ini tapi saya rasa geli hati dengan gelagat, cara jawapan dinda DATUK Ismaily ni.

Saya masih ingat ketika dinda dianugerahkan dengan gelaran Datuk, dinda dengan rendah hati mengatakan yang orang ramai tidak perlu mengguna gelaran Datuknya bila bersalam dengan beliau. Buat macam biasa saja. Ketika itu, saya sebagai abang bangga dengan kerendahan hati dinda saya.

Tapi keesokan harinya, dinda mengemaskini nama profailnya ke DATUK Ismaily Bungsu. 

Tersedak kopi saya bila ternampak nama baru profail FBnya. Bukan saja dinda lupa komennya sebelum itu tapi dinda guna huruf besar untuk gelaran DATUKnya. Tapi saya masih bersangka baik.

"Mungkin dinda takut orang ramai tidak tahu statusnya sebagai DATUK sekarang. Sungguh bertimbang rasa".

Ada satu perkataan orang putih iaitu HUMBLEBRAG. Humble = rendah hati. Brag = bongkak/membesarkan diri (minta puji) . Terlintas difikiran sejenak yang mungkin dinda sedang humblebrag tetapi saya cepat-cepat matikan fikiran itu. Sangka baik bah.

Humblebrag ni perbuatan dimana seseorang membesarkan diri tapi ingin memberi gambaran yang dia rendah hati. Contoh ayat yang selalu diguna ialah "Bukan saya mahu temberang tapi kau tahukah dulu saya......".

Orang seperti ini selalunya riang gembira bila diberi peluang untuk membesarkan diri tanpa kelihatan seperti angkat bakul sendiri. Pagi ini malangnya kecurigaan saya sudah terbukti. Memang dinda suka humblebrag.

"Saya tak pernah minta apa2 pingat". Ayat ini dengan tersendirinya menunjukkan keegoan dinda. Bersyukurlah dah kena bagi, tidak payah bertemberang lagi seolah penganugerahan ini sebagai satu benda yang membebankan diri kamu dinda. Kalau dinda rasa anugerah itu suatu beban yang susah dipikul, kenapa tidak tolak saja seperti Khairy Jamaluddin yang menolak dengan hormat?

"Saya mantan penjawat awam 30 tahun..". Ok ok. Terima kasih memperingatkan kami ke 1000 kali.

Ok ok. Kami tahulah sudah pencapaian kamu dinda. Tidak payah ulang tayang seperti "rekod rosak". Kalau jasa kita membawa kebaikan dan memanfaatkan masyarakat, tidak payah dinda buat pengumuman balik-balik. Seperti tokoh budaya kita Allayarham Tan Sri P Ramlee, keluarga beliau low profail saja. Orang luar yang akan sibuk memperingati jasa dan bakat beliau.



Ikhlas, 

Dato Panglima Ismaily Sulung