Kota Kinabalu, 22 Julai 2020: Sebuah NGO yang telah ditubuhkan di Victoria, Australia pada 24 Mei 2020 telah menggemparkan rakyat Sabah melalui pengumuman rasmi mereka baru-baru ini.
NGO yang telah ditubuhkan itu dikenali dengan nama
Republic of Sabah North Borneo - RSNB dengan nombor pendaftaran A0109799D telah mengumumkan tujuan penubuhan mereka berserta dengan objektif, misi dan visi didalam halaman blog rasmi mereka yang bernama
Republic of Sabah North Borneo - RSNB.
Berdasarkan kepada maklumat yang terdapat didalam kenyataan rasmi mereka, NGO ini berkeinginan untuk memerdekakan Sabah dan membentuk Negara Republik yang akan dikenali sebagai Negara Republik Sabah Borneo Utara ataupun Republic of Sabah North Borneo.
Menurut pengumuman tersebut, NGO itu mensasarkan 10 tahun untuk menjayakan tiga objektif mereka iaitu memberi pengetahuan kepada semua Sabahan mengenai fakta sebenar ketidaksahihan status perjanjian malaysia, menyebarkan kesedaran tentang keperluan dan kewajiban moral untuk menyokong kemerdekaan Sabah untuk membentuk Negara Republik Sabah Borneo Utara dan menjadi kumpulan pendesak kepada ahli-ahli politik Sabahan dan parti-parti politik tempatan untuk memimpin, dan memperjuangkan kemerdekaan Sabah.
Selain itu, NGO ini telah menyatakan misi mereka adalah untuk mempercepatkan kesedaran tentang keperluan untuk menyokong kemerdekaan Sabah untuk menjadi Negara Republik.
Selari dengan Misi, NGO ini percaya bahawa Sabahan sememangnya telah bersedia untuk menjadi bangsa dan negara yang merdeka, berkemampuan untuk mengurus sumber alam semulajadinya dengan bertanggungjawab, mempertahankan negaranya dan mentadbir kerajaannya dengan keadilan, perpaduan dan integriti di Asia Tenggara dan Dunia.
 |
Mosses PA Ampang |
Pucuk kepimpinan NGO ini diterajui seorang anak muda Sabah yang bernama
Mosses PA Ampang yang dipercayai merupakan seorang aktivis yang telah berjuang untuk kemerdekaan Sabah sejak tahun 2009 lagi.
Aktivis ini dipercayai berada di Australia untuk memimpin pergerakan kemerdekaan Sabah kerana menurut kenyataannya, pergerakan kemerdekaan ini perlu dilakukan melalui dua platfom iaitu diluar dan didalam negara.
Didalam kenyataannya, kerisauan timbul apabila perjuangan ini hanya memfokuskan didalam negara sahaja kerana ia dengan mudah dapat dipatahkan oleh kerajaan malaysia yang dilihatnya sebagai kuasa asing yang sedang menjajah Sabah dan Sarawak melalui perjanjian yang tidak sah dan terbatal itu.
Tambahannya lagi, gerakan diluar negara merupakan nadi untuk memastikan kelangsungan perjuangan didalam negara tidak terhenti dan gerakan diluar negara akan menjadi ajen pemangkin, dan perhubungan untuk membawa masyarakat antarabangsa untuk mengecam tindakan kerajaan penjajah iaitu malaya yang telah menjenamakan identiti diri mereka sebagai malaysia pada 16 September 1963.
Mosses juga mengatakan bahawa peranan penting yang dimainkan diluar negara sangat kritikal bagi memastikan pergerakan didalam negara berjalan dengan lancar melalui suntikan semangat, bantuan teknikal dalam aspek mengurus tadbir organisasi, menyebarkan kebenaran dan menyemarakkan kebangkitan rakyat secara menyeluruh.
Selain itu juga, hubungan diplomasi dengan masyarakat antarabangsa akan dilakukan oleh beliau dan melalui jangkaannya keberangkalian tekanan politik akan dikenakan keatas kerajaan malaysia.
Melalui tindakan ini, beliau percaya bahawa ia akan mampu melemahkan pengaruh malaysia diperingkat antarabangsa yang seterusnya akan membantu menguatkan gerakan didalam negara.
Melalui pengemuman media mereka yang bertarikh 30 Jun 2020 itu, kempen kemerdekaan dilancarkan secara rasmi.