Penampang 24hb Jun 2020: Ekoran status Facebook milik Haniff Yunos yang menghina dan memperlekehkan wanita Sabah yang dia sebut KDMR, maka telah menimbulkan kemarahan ramai. 

Wanita-wanita khususnya sangat tersinggung dengan kata-kata kesat yang telah dimuat naik ke akaun facebook seorang yang bernama Haniff Yunos. 

Oleh itu, dua badan NGO Wanita iaitu AWAS dan Mondopiton telah mengambil tindakan tegas melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa. 

Puan Winnis dan Puan Stepfine membuat laporan di Balai Polis Penampang


NGO AWAS yang diketuai oleh Puan Winnis Juani merasakan penghinaan itu sesuatu yang sangat 'kurang ajar' kerana melibatkan maruah wanita-wanita orang asal di Sabah. Beliau mencabar pemilik facebook, Haniff Yunos untuk tampil berdepan dengan wanita-wanita yang telah dia hina. Beliau juga meminta kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Haniff Yunos agar memaklumkan kepada mereka. 

Sementara Puan Stepfine Lazarus, Penyelaras Mondopiton pula meminta agar semua menghormati kaum wanita. Wanita merupakan orang yang sangat mulia bagi semua orang kerana tanpa wanita, mustahil kita berada di dunia ini. Beliau menegaskan bahawa bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang menghormati wanita. 

Kedua wanita yang telah membuat laporan polis ini telah diiringi oleh beberapa wanita yang lain. Mereka semua berharap agar pihak berkuasa dapat mengesan individu ini agar tindakan undang-undang dapat dijalankan ke atas Haniff Yunos. 

Turut hadir di Balai Polis Penampang ialah Pengerusi Mondopiton, Puan Dazang Belinda. Beliau berharap agar tindakan berani NGO Awas dan Mondopiton ini menjadi kekuatan kepada wanita-wanita lain, agar dapat bertindak sewajarnya.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.