Selama 57 tahun keberadaan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu membentuk persekutuan Malaysia, sabah telah menunjukkan kematangan dam kekuatan untuk mentadbir dengan autonomy penuh.

Sabah telah melalui pengalaman dalam sosio-politik jauh berbanding negeri lain dalam persekutuan malaysia. Selama 57 tahun bersama persekutuan malaysia laungan 'MA63' oleh rakyat sabah telah melalui 3 generasi kepimpinan kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan juga Perikatan Nasional (PN), walaupun 'Malaysian Agreement 1963 (MA63)' ini lebih merugikan sabah dan status sabah sebagai rakan kongsi seperti yang tercatit dalam artikel 1 MA63 yang lebih menggambarkan Sabah sebagai koloni tanah melayu dan bukannya rakan kongsi. 

Laungan menuntut hak sabah didalam MA63 masih lagi dilaungkan hak seperti royalti minyak, autonomi dan lain-lain menjadi tuntutan bukan sahaja rakyat sabah tetapi juga sarawak sebagai rakan kongsi yang membentuk persekutuan malaysia.

Setelah 3 generasi tuntutan ini masih sukar untuk dilaksanakan terutamanya dengan pindaan perlembagaan persekutuan malaysia yang secara langsung menurunkan taraf sabah dan sarawak sebagai rakan kongsi dan juga gagal mengiktiraf sabah sebagai negeri yang merdeka pada 31 ogos 1963, sebaliknya lebih memperkenankan 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan malaysia.

Apa yang ironi ialah malaysia hanya wujud pada 16 september 1963 dan malaysia tidak pernah sekali pun dijajah untuk di ikitiraf sebagai negara yang merdeka. Kerana persekutan malaysia adalah hasil kerjasama di antara 4 buah negara pada waktu itu iaitu sabah, sarawak, singapura dan tanah melayu.

Namun sedemikian rakyat sabah faham akan komplikasi untuk merealisasikan hak-hak sabah ini dan ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana kewujudan percanggahan diantara perlembagaan persekutuan malaysia dan juga MA63.

Oleh itu kerajaan hari ini harus memikirkan solusi yang cepat dan menguntungkan semua pihak jikalau ini masih sukar untuk dilaksanakan, maka satu perjanjian baru harus dimeterai oleh sabah, sarawak dan tanah melayu.

Seperti yang pernah di usulkan oleh Datuk Dr. Jeffery Kitingan selema beberapa tahun ini 'Malaysian Union Agreement 2020' merupakan contoh atau solusi yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini. 'MUA2020' akan membuka ruang untuk berbincang dan mencapai kesepakatan untuk malaysia yang lebih maju, aman dan makmur dari segi politik dan juga ekonomi.

Kerajaan hari ini harus mengambil tindakkan yang segera kerana laungan rakyat sabah dan sarawak untuk mentadbir sendiri juga mulai bergema dengan momentum yang sangat kuat dan laju dan ini memberi rakyat malaysia 3 pilihan iaitu kaji semula  'MA63', atau laksanakan 'MUA2020', atau solusi yang terakhir sabah dan sarawak akan mentadbir sendiri.

Muariffidin bin abdul malek chua
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.