KOTA KINABALU: Penyerahan geran tanah seluas 6,425 hektar kepada 101 kampung di Sook, Keningau baru-baru ini oleh Kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan walaupun dilihat baik namun ianya tetap mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk memancing sokongan masyarakat KDMR di kawsan Pedalaman Atas Sabah.
Menurut Ts. Ir. Jovilis Majami ini kerana selepas sahaja Kerajaan Sabah diambil alih Kerajaan Warisan dan rakan sekutunya polisi pentadbiran mereka sangat teruk dan tidak menyebelahi dengan meminggirkan Orang Asal Sabah (OAS) terutamanya suku kaum KDMR.
Rentetan daripada itu ramai di antara penyokong Parti Warisan mahupun parti komponen Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan halatuju parti tersebut.
“Kita sudah sedia maklum baru-baru ini ada dua Ahli Dewan Undengan Negeri (ADUN) mereka iaitu Datuk Limus Juri dan Datuk James Ratib kedua-duanya pemimpin KDMR telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong kepimpinan kerajaan negeri kerana hilang kepercayaan terhadap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri”
Menurut Ts. Ir. Jovilis menurut info yang diterima daripada sumber yang boleh dipercayai sebenarnya ada banyak lagi ADUN yang bertindak keluar daripada kerajaan negeri atas alasan yang sama tetapi dihalang oleh Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Afdal dengan pelbagai ancaman.
“Sejak akhir-akhir ini juga beribu-ribu ahli parti daripada Kerajaan Negeri Sabah terutamanya dari kawasan-kawasan KDMR keluar parti dan menyertai parti pembangkang kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri”
Oleh yang demikian Ts. Ir. Jovilis berkata untuk membina keyakinan masyarakat KDMR supaya kembali menyokong kerajaan negeri maka Datuk Seri Shafie Afdal menggunakan peluang ini untuk memberikan geran tanah di Sook Keningau yang rata-ratanya adalah masyarakat KDMR.
Selain daripada itu menurut Ts. Ir. Jovilis pemilihan Daerah Keningau sebagai lokasi untuk memberikan geran tanah ini oleh kerajaan negeri juga ada sangkut-pautnya dengan status Parlimen dan DUN ini yang dikuasai oleh Ketua Pembangkang Kerajaan Negeri Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.
“Ketika ini Datuk Seri Shafie melihat bahawa Datuk Dr. Jeffrey merupakan ancaman utama kerajaan negeri kerana sejak akhir-akhir ini populariti Dr. Jeffrey dan Parti STARSabah mengatasi populariti Shafie dan Part Warisan”
“Ketika ini kita melihat dimana-mana pelosok Negeri Sabah ada sahaja dikalangan ahli-ahli parti Kerajaan Negeri yang keluar parti dan kebanyakan daripada mereka ini memilih Parti STARSabah pimpinan Dr. Jeffrey”
Ts. Ir. Jovilis berkata dengan Kerajaan Negeri memilih Keningau sebagai lokasi untuk menyerahkan geran tanah maka Shafie mengharapkan agar sokongan KDMR ke atas Dr. Jeffrey akan beralih kepadanya namun ini sudah tentu tidak akan berlaku kerana rakyat sudah tentu akan menilai sesebuah kerajaan itu daripada keseluruhan polisi yang ingin dilaksanakannya.
“Kita semua kena ingat bahawa Kerajaan Warisan juga berniat untuk mengazetkan tanah untuk penempatan setinggan dan memberikan pulau-pulau untuk penempatan Pendatang Tanpa Izin (PTI)”
“Sudah tentu apabila mereka merasakan kuat dengan mempunyai bilangan ADUN yang tidak boleh diganggu gugat maka sudah tentu mereka akan melaksanakan polisi ini”
Oleh yang demikian Ts. Ir. Jovilis berharap agar Rakyat Sabah terutamanya golongan KDMR dapat membuat penilaian yang tepat untuk memilih parti dan pemimpin yang menerajui Negeri Sabah sekiranya berlaku pilihanraya dalam masa terdekat ini.
Post a Comment