Pelancaran Radio DIO - TV.COM 

“Adil Ka’ Talino Barucamin Ka’ Saruga, Basengat Ka’ Jubata”

Kota Kinabalu, 1hb Januari 2022:  Persatuan Dayak International Organization dan Majlis Hakim Adat Dayak Nasional mencatat sejarah hari ini apabila radio DIO -TV.COM  dilancarkan. 

Pelancaran atas talian itu disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, Presiden Dayak International Organization yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah. 

Majlis atas talian berpengkalan di Indonesia itu turut dihadiri oleh Yang Terhormat Bapak Drs Sebastian Massardi Kaphat, tokoh Dayak Indonesia, Yang Terhormat Bapak Dr Yulius Yohanes, M.Si, Sekretaris Jenderal Dayak International Organisasi sebagai Pemimpin Umum DIO-TV.COM,  Yang Terhormat Bapak Andrew Ambrose Atama Katama, Perwakilan Tetap Suku Dayak di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York Amerika Syarikat serta disaksikan oleh Bapak-bapak dan Ibu-ibu masyarakat di seluruh Kalimantan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Malaysia.
  
Dalam ucapan beliau, Dr Jeffrey menekankan  kepentingan kesatuan didalam masyarakat suku kaum Dayak diseluruh pelusuk dunia, khususnya di Borneo. 

Presiden Dayak International Organisation itu juga menyatakan cadangan lawatan kerja ke Indonesia juga akan dimasukkan ke dalam jadual beliau pada tahun ini  tertakluk kepada pembukaan sekatan perjalanan dan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Sebelum majlis berakhir, Dr Jeffrey mengucapkan Selamat Hari Natal dan Tahun Baru 2022 kepada semua.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.