Oleh : Ir. Ts. Jovilis Majami
1. Ada penyokong pembangkang mendakwa bahawa YB. Darell Leiking dan YB. Ewon Beneditct adalah hero kerana mengetengahkan isu berkaitan dengan Hak-Hak Sabah dalam Sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 tahun 2021.
2. Darell ada menyentuh isu membabitkan Territorial Sea Act (TSA) 2012 (Act 750) di kawasan Sabah Sarawak yang boleh mengurangkan kawasan laut Sabah Sarawak daripada 12 batu nautika kepada 3 batu nautika apabila akta ini diluluskan.
3. Ewon pula seolah-olah menjadi hero apabila mensyorkan kepada Kerajaan Sabah untuk membawa isu MA63 ke ICJ untuk mendapatkan keadilan.
4. Sebenarnya dalam isu yang dibangkitkan oleh YB. Darell itu sudah pun mendapat tentengan keras daripada Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. KItingan bahawa Territorial Sea Act (TSA) 2012 (Act 750) seawal akta ini dicadangkan.
5. Berkenaan dengan isu membawa MA63 ke ICJ yang dibangkitkan oleh YB. Ewon, saya fikir YB. Dr. Jeffrey lebih tahu akan hal tersebut berbanding YB. Ewon kerana YB. Dr. Jeffrey sudah berpuluhan tahun mengemukakan cadangan ini.
6. Hakikatnya, YB. Ewon tidak mengemukakan cadangan ini atau mensyorkan kepada kerajaan lepas semasa beliau sebahagian daripada kerajaan dan memegang potfolio sebagai menteri.
7. Apa pun, tahniah kepada kesemua Ahli Dewan Undangan Sabah (ADUN) kerana mula memperlihatkan kesatuan dalam mempertahankan Hak-Hak Sabah.
Ir. Ts. Jovilis Majami
Kota Kinabalu
Post a Comment