Bassal Bullah Sepatutnya Meminta Warisan Laksanakan Manifesto Pilihanraya ~ Justin Yonsoding

Tambunan 8hb Jun 2020 : Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Bassal Bullah baru-baru ini, ia jelas menunjukkan bahawa beliau telah melakukan tindakan yang agak memalukan serta ketidakwarasan melalui kenyataan yang boleh memakan diri sendiri.

Beliau sepatutnya menasihatkan dan mendesak Ketua Menteri selaku President parti Warisan untuk melaksanakan janji-janji dalam manifesto semasa PRU14. Beliau dengan tanpa rasa malu dan bersalah cuba menasihatkan Dtk Dr Jeffrey apa yang harus beliau lakukan sedangkan Dtk Dr Jeffrey bukan berada dalam posisi dari segi skop tugasan kementerian untuk melakukanya.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sudah berusia 2 tahun, sepatutnya masa tersebut telah digunakan oleh Warisan-UPKO-PH untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan dan bukan mencari alasan dan helah untuk menutup kelemahan serta kegagalan sendiri dengan cara menyalahkan pihak lain terutama Dtk Dr Jeffrey yang tidak memegang kuasa dan skop kementerian berkenaan.

Warisan-UPKO-PH jelas telah GAGAL melakukan tanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan negeri Sabah. Tiada satu pun kemajuan dan kejayaan yang telah dilaksanakan di bawah kerajaan Warisan-UPKO-PH yang boleh dibanggakan walaupun kini sudah masuk 2 tahun memerintah.

Satu-satunya usaha yang telah dirancang dan dilakukan oleh Warisan-UPKO-PH ialah pelaksanaan PSS kepada PTI. Walau bagaimanapun, ia telah mendatangkan kemarahan lalu mendapat tentangan yang padu dari rakyat tempatan Sabah melalui keputusan PRK Kimanis.

Namun begitu, beberapa pemimpin dalam kerajaan Warisan-UPKO-PH masih bertekad untuk meneruskan usaha tersebut tetapi mungkin dalam bentuk dan pendekatan yang lain. Perkara ini yang sepatutnya ditanya oleh Bassal Bullah kepada Azis Jaman, kepada Ketua Menteri Sabah dan seterusnya kepada kerajaan Warisan-UPKO-PH, kenapa kerajaan Warisan-UPKO-PH begitu beria-ia untuk melaksanakanya. Sehingga kini, pemimpin KDM dalam kerajaan Warisan-UPKO-PH hanya berdiam diri.

Bassal Bullah juga nampaknya telah bersetuju dan menyokong kerajaan Warisan-UPKO-PH untuk memberikan layanan dan tumpuan kepada PTI berbanding orang tempatan. Ini kah yang rakyat Sabah kehendaki? Saya mengajak semua lapisan masyarakat tempatan Sabah untuk bersatu dan menjawap pertanyaan tersebut.

Kita merasa kasihan terhadap pemimpin KDM dalam kerajaan Warisan sebab amat jelas mereka hanya digunakan sebagai kuda tunggangan oleh pimpinan atasan Warisan-UPKO-PH. Mereka merelakan diri untuk dijadikan sebagai orang suruhan untuk menghentam dan menjatuhkan pemimpin sesama KDM yang akhirnya membawa perpecahan dan keadaan huru-hara dikalangan masyarakat KDM itu sendiri.

Adakah pemimpin KDM dalam kerajaan Warisan-UPKO-PH seperti Bassal Bullah, Terrence Siambun, Jo-Anna, Darrel, Madius Tangau, Ewon Benedict dan sebagainya menyedari semua ini? Atau mereka pura-pura tidak sedar dan tidak tahu sebab masing-masing ingin menjaga kepentingan sendiri?

Bagi kami, yang komited untuk melindungi dan memperjuangkan hak Orang Asal Sabah, Dtk Dr Jeffrey belum ada kegagalan dalam usaha dan tugas untuk melindungi dan memperjuangkan hak Orang Asal Sabah, atau belum ada kegagalan dalam mencari penyelesaian masalah PTI sebab beliau baru juga menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri
Pelancungan, Seni Dan Budaya yang tidak mempunyai kaitan secara langsung terhadap masalah PTI.

Namun begitu, ia tidak menghalang beliau untuk terus memberikan idea-idea bernas serta cadangan-cadangan untuk menyelesaikan isu PTI di Sabah walaupun sentiasa ditentang dan dihalang oleh pemimpin termasuk pemimpin KDM dalam kerajaan Warisan-UPKO-PH.

Sebab itu, kita tidak hairan mengapa Warisan-UPKO-PH memberikan dokumen kepada PTI yang menjadi mangsa kebakaran bersiri, memberikan tanah dan pulau untuk penempatan baru serta PSS kepada PTI.

Kini kita faham mengapa Bassal Bullah, Terrence Siambun, Azis Jaman dan beberapa pemimpin KDM dalam Warisan amat takut dan menentang habis-habisan forum yang telah dicadangkan oleh Dtk Dr Jeffrey. Kalu Bassal Bullah betul-betul menyebelahi dan mempertahankan hak dan kepentingan KDM dan Orang Asal Sabah, beliau sepatutnya menyokong forum tersebut tapi sebaliknya bersetuju, menyokong malah mempertahankan kerajaan Warisan-UPKO-PH yang MESRA PTI dan seterusnya secara tidak langsung bersetuju dan menyokong supaya Negeri Sabah akan diperintah dan dikuasai oleh Kesultanan Sulu di
masa akan datang.

Justin Yonsoding
Timbalan Ketua Penerangan StarSabah
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.