KUALA LUMPUR, 27 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau sedang mengikuti rapat perkembangan melibatkan sekumpulan pelarian Rohingya yang berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Anwar menegaskan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan setiap individu yang berada di dalam negara wajib mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, beliau berkata telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta semua agensi berkaitan untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang bagi mengawal keadaan dan memastikan keamanan awam terus terpelihara.

Menurut beliau, mana-mana individu yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau permit yang sah akan dikenakan tindakan selaras dengan undang-undang, termasuk ditempatkan di Depot Imigresen sementara proses selanjutnya dijalankan.

Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dalam menguruskan isu melibatkan warga asing dan pelarian di negara ini.

Perkembangan tersebut berlaku susulan perhimpunan sekumpulan pelarian Rohingya di hadapan pejabat UNHCR yang menarik perhatian orang ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.


Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.