Yb Flovia Ng bersama barisan EXCO Wiranita
Kota Kinabalu, 4hb Oktober 2021: EXCO Wiranita yang baru dipilih pada Mesyuarat Agung Tri-tahunan Parti Star yang lalu mengadakan mesyuarat mereka yang pertama hari ini.
Ketua EXCO Wiranita Negeri, YB Flovia Ng mempengerusikan mesyuarat. Beliau mengalu alukan kehadiran semua EXCO dan mengajak mereka untuk menguatkan kerjasama demi kemantapan Parti.
Antara agenda yang dibincangkan adalah menubuhkan Wirawati untuk golongan wanita muda di dalam Parti Star. Kumpulan ini menyasarkan wanita-wanita muda yang berumur antara 25 hingga 35 tahun. Wirawati ditubuhkan untuk menguatkan lagi kedudukan Parti di kalangan wanita muda.
Semoga barisan EXCO Wiranita sesi 2021-2023 ini dapat membawa perubahan dalam landskap penglibatan wanita dalam perjuangan parti.
Post a Comment