Walter Mark Mukis

Parti STARSABAH akan mengadakan mesyuarat Tri Tahunannya pada 21 dan 22 Oktober 2021 ini sebagai sebahagian dari kerajaan sabah didalam kompenan kerajaan GRS. Perlaksanaan Mesyuarat TriTahunan kali ini dilihat begitu rancak dan meriah berbanding dengan Mesyuarat sebelum ini. 

Ini dapat dilihat dengan penglibatan ramai ahli yang berdaftar dan layak untuk dicalonkan untuk mengisi jawatan jawatan penting di dalam parti starsabah.

Amat menggembirakan dan membanggakan melihat calon calon yang bertanding kali ini memperlihatkan kesungguhan mereka melalui manifesto manifesto individu yang ditampal didalam FB mereka atau kiriman whatsapp.

Didalam kemeriahan pemilihan parti kali ini, para pemimpin yang Berjaya dipilih akan meneruskan agenda agenda parti dengan visi dan misinya. Namun, disebalik itu para pemimpin pemimpin Starsabah diseru untuk melihat disuatu sudut bagi memperkasakan parti Starsabah dengan berani mengangkat dan memberi kepercayaan kepada “anak muda” yang berpotensi menjadi pemimpin parti starsabah ini.

Tidak dinafikan bahawa kejayaan parti ini banyak bergantung dengan usaha usaha dan titik peluh pejuang pejuang Starsabah terdahulu. Ramai pejuang starsabah yang mengorbankan masa, tenaga, wang dan harta sehingga Starsabah menjadi salah sebuah parti yang berpengaruh di sabah dan Malaysia kini. 

Namun, untuk meneruskan kesinambungan kejayaan parti ini, para pemimpin pemimpin Starsabah harus berani mengambil langkah mengangkat anak anak muda didalam parti supaya dapat dilatih untuk mengambilalih peranan para pejuang Starsabah terdahulu bagi kesinambungan kepentingan rakyat.

Dulu, ada scenario mengatakan bahawa perlantikan didalam parti adalah mengikut kesenioran atau jangka waktu keahlian seseorang didalam parti, namun kita berharap bahawa scenario sebegini tidak akan berlaku kepada corak pemimpin yang akan datang didalam Starsabah. 

Ini disebabkan situasi beginilah yang mengekang dan menghalang penglibatan anak muda didalam parti yang pada akhirnya mengurangkan pelapis pelapis pemimpin yang sangat berkaliber.

Para pemimpin Starsabah harus “Berani” dan dengan “sengaja” mengangkat anak muda yang berpotensi dari ribuan ahli starsabah agar dapat dilatih dan didedahkan kepada situasi politik melalui starsabah itu sendiri agar mereka tidak salah acuan politik dimasa akan datang. Ironinya, para pemimpin Starsabah tidak boleh berpeluk tubuh dan menunggu sahaja penglibatan anak muda ini, kerana para pemimpinlah yang sepatutnya mencipta ruang dan peluang kepada para anak muda untuk membuktikan kepimpinan mereka didala parti.

Jika dilihat dan diamati beberapa parti disebelah “sana” yang bertahan sejak dulu lagi, factor utama adalah penglibatan ramai anak anak muda didalam parti mengikut potensi diri yang sudah digilap oleh parti itu sejak muda masih lagi. Pelaburan ini berhasil ketika mereka Berjaya mengambilalih kerajaan dahulu.

Akhir sekali, kita bersyukur kepada kepimpinan Starsabah selama ini kerana mampu untuk membawa parti ini menjangkau kejayaan demi kejayaan. Diharapkan pemimpin yang dipilih semasa Mesyuarat TriTahunan ini nanti akan lebih dapat memantapkan kepimpinan parti dan seterusnya dapat memperjuang dan melaksanakan perjanjian MA 63 seperti harapan rakyat sabah selama ini.

Selamat Bermesyuarat.

Salam ini kali lah,

Walter Mark Mukis
AJK Bahagian Starsabah
N9 Tempasuk, Kota Belud

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.