Persatuan Tobilung Bersatu Sabah, TOBISA meraikan Adelinah Lintanga
Kota Kinabalu, 25hb Mac 2022: Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA) menyokong penuh hasrat Adelinah Lintanga untuk mendaki Gunung Everest.
Setelah menyaksikan pelancaran Expedisi Mendaki Gunung Everest "Journey to the top" by Sabahan pada 26hb Februari yang lalu oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Dsp Dr Jeffrey G Kitingan, kami sangat teruja kerana salah satu ahli kami telah menyahut cabaran ini, kata Presiden TOBISA, Tuan Ir Muji Ampau.
Setelah membuat perbincangan dengan Ahli-ahli Majlis Tertinggi persatuan, TOBISA telah menghubungi Pengurus Pendakian Adelinah, Tuan Jalumin Bayogoh..
Tuan Ir Muji telah menyatakan hasrat mereka untuk memberikan sumbangan secara langsung kepada Adelinah sebagai ahli persatuan TOBISA.
TOBISA juga telah mengadakan satu majlis makan malam untuk merayakan penyertaan Adelinah. Pada majlis makan malam itu, Presiden TOBISA, Tuan Ir Muji Ampau telah menyerahkan sumbangan dana sebanyak Rm6000.00. Beliau menegaskan bahawa sumbangan tersebut adalah khusus untuk Adelinah dan bukan disumbangkan kepada mana-mana pihak yang lain.
Makan Malam tersebut turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.