September 2021

Oleh : Ir. Ts. Jovilis Majami

1. Ada penyokong pembangkang mendakwa bahawa YB. Darell Leiking dan YB. Ewon Beneditct adalah hero kerana mengetengahkan isu berkaitan dengan Hak-Hak Sabah dalam Sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 tahun 2021.

2. Darell ada menyentuh isu membabitkan Territorial Sea Act (TSA) 2012 (Act 750) di kawasan Sabah Sarawak yang boleh mengurangkan kawasan laut Sabah Sarawak daripada 12 batu nautika kepada 3 batu nautika apabila akta ini diluluskan. 

3. Ewon pula seolah-olah menjadi hero apabila mensyorkan kepada Kerajaan Sabah untuk membawa isu MA63 ke ICJ untuk mendapatkan keadilan.

4. Sebenarnya dalam isu yang dibangkitkan oleh YB. Darell itu sudah pun mendapat tentengan keras daripada Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. KItingan bahawa Territorial Sea Act (TSA) 2012 (Act 750) seawal akta ini dicadangkan.

5. Berkenaan dengan isu membawa MA63 ke ICJ yang dibangkitkan oleh YB. Ewon, saya fikir YB. Dr. Jeffrey lebih tahu akan hal tersebut berbanding YB. Ewon kerana YB. Dr. Jeffrey sudah berpuluhan tahun mengemukakan cadangan ini. 

6. Hakikatnya, YB. Ewon tidak mengemukakan cadangan ini atau mensyorkan kepada kerajaan lepas semasa beliau sebahagian daripada kerajaan dan memegang potfolio sebagai menteri.

7. Apa pun, tahniah kepada kesemua Ahli Dewan Undangan Sabah (ADUN) kerana mula memperlihatkan kesatuan dalam mempertahankan Hak-Hak Sabah.


Ir. Ts. Jovilis Majami
Kota Kinabalu

                     Dr Paul Porodong 

Rakyat Sabah dan Sarawak tidak boleh selama-lamanya dikabui dengan janji-janji Perjanjian Malaysiam 1963. Hari ini kita mendengar satu lagi janji daripada Menteri HESS, tetapi janji kali ini adalah untuk merahsiakan penemuan kajian MA63. Nampaknya semakin MA63 dituntut, semakin sulit pula untuk mengetahui status tuntutan itu. 

Perjanjian 1963 (MA63) adalah dasar pembentukan Malaysia. Antara kandungan MA63 adalah keperluan untuk menyemak semula  setiap 10 tahun untuk mempastikan syarat-syarat perjanjian di patuhi dan juga memberi peluang kepada   penandatangan  mencadangkan perubahan jika ada keperluan. Walaupun kajian semula ini tidak diambil serius oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini namun, niat kajian semula MA63 adalah jelas iaitu untuk mempastikan syarat-syarat perjanjian dipatuhi. 

Ini bermakna proses semakan semula ini perlulah dibuat secara telus antara Malaya, Sabah, Sarawak, Kerajaan Britain (dan Singapura andainya masih berada dalam Malaysia). 

Langkah Kerajaan Persekutuan yang membuat ‘kajian” MA63 tetapi merahsiakan penemuannya adalah satu tindakan yang mengundang tanda tanya. Bagaimana pula hanya satu pihak yang menyemak kandungan perjanjian yang melibatkan lebih dari satu pihak? Alasan “teknikal, bertaraf rahsia rasmi kerajaan ada perkara yang belum selesai dirundingkan” tidak dapat diterima jika alasanya ini hanya disuarakan oleh Kerajaan Persekutuan dan sahaja tetapi tidak disuarakan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak. Ketiga-tiga pihak ini harus sama-sama bersetuju bahawa kandungan kajian MA63 ini dirahsiakan baharulah langkah merahsiakan ini tidak menimbulkan tanda tanya. 

Ada dua persoalan yang perlu dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak (HESS)
Adakah langkah merahsiakan penemuan kajian MA63 dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak?
Bilakah hasil kajian ini akan diumumkan? 6 bulan lagi?

DPP

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.