August 2020

Shafirul AS
Kuala Lumpur – Begitulah dinamiknya politik di Sabah. Tidak perlu diulaskan panjang lebar kerana walaupun DUN telah dibubarkan masih ada terdapat keputusan dari tindakan tersebut boleh dicabar di Mahkamah, katanya.

Sekiranya Pilihan Raya Negeri Sabah diteruskan juga, sebagai anak muda yang menggalas tugas sebagai Ketua Bahagian di Petagas, beliau telah berbincang dengan AJK Bahagian untuk bersiapsiaga menghadapi PRN di Sabah pada kali ini. Shafirul mengatakan bahawa terdapat sokongan dari Bahagian dan beberapa Cawangan di Kg Petagas, Ulu Putatan, dan Tombovo malah ahli-ahli Starsabah di semenanjung terutamanya dari perhubungan Starsabah Kuala Lumpur yang menyuarakan hasrat kepada Pusat Starsabah di Kota Kinabalu untuk mencalonkan saya di Dun Petagas.

Saya berterima kasih kepada yang membuat usul dan yang menghantar surat kepada pusat dalam menunjukkan sokongan kepada saya dan ini telah menunjukkan bahawa sokongan mereka sangat tidak berbelah bagi kepada Presiden dan Parti. Walaubagaimanapun tujuan utama saya sebagai orang yang baru dalam politik adalah cuba menyebarkan visi dan misi perjuangan Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) agar masyarakat di kawasan saya memahami inti perjuangan DDJK yang selari dalam memperjuangkan hak orang asal dan tuntutan Sabah, serta prinsip yang tidak pernah lari dari menegakkan kebenaran dari dahulu sehinggalah kini. 

Keputusan yang tidak diduga oleh pihak Parti Warisan Sabah-Upko dan sekutunya PH Sabah untuk membubarkan DUN Sabah setelah hilang majoriti ADUN agar menidakkan Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman dan rombongannya untuk menghalang peralihan kuasa adalah suatu tindakan yang Pra-Matang Warisan-Upko-PH Sabah dan tidak kena pada tempatnya, katanya lagi.

Saya mengharapkan kepada Bahagian dan Cawangan Starsabah di Petagas untuk bersabar dan biarlah Presiden Parti yang menentukan kawasan mana yang perlu diletakkan calon  setelah mengambil kira perbincangan dengan komponen parti yang lain dan menilai keadaan politik semasa di Sabah. Ini perlu dilakukan kerana pada ketika ini perkara yang paling utama adalah bagaimana untuk menumbangkan Parti Sekutu pakatan harapan Warisan-UPKO ini di Sabah.

Secara peribadinya, pandangan saya sendiri bahawa saya tidak perlu untuk dilantik sebagai CALON buat masa ini kerana saya telah bersiap sedia untuk membantu Parti di mana-mana sahaja bahagian di seluruh Sabah untuk berkempen sekiranya terdapat calon dari parti Starsabah tersenarai di mana-mana kawasan. Saya lebih berminat untuk menyumbangkan bakti suara dan ceramah kempen dengan mengikuti panduan SOP yang ditentukan oleh KKM dan SPR nanti. Suara anak muda amat diperlukan semasa berkempen nanti kerana rakyat pada kali ini telah sedar dan tiada lagi keperluan mereka untuk menyokong Parti Warisan Sabah dan sekutunya. Sekiranya nama-nama yang dicalonkan terutamanya di kawasan saya sendiri dari parti komponen PN atau MN , saya dan AJK bahagian lain akan membantu berkempen agar kemenangan pada kali ini jatuh ke tangan kita. Yang penting #asalbukanwarisan.

My intention is to compete in the Next Election (GE15). I will come with my Triumph-Card and full force to take over  Putatan Parliament under PKR member YB Awang Husaini.

Ini sekiranya parti dan Presiden memberi ruang dan peluang untuk saya bertanding pada peringkat kawasan Parlimen pada masa akan datang. Ini kerana sekiranya saya berjaya mengangkat parti dan sokongan ada pada saya di Putatan nanti, segala permasalahan dan perkara yang perlu dituntut mengenai hak bumiputera Sabah ini akan dapat disuarakan di peringkat nasional dan sudah semestinya akan bersuara lebih lantang bersama-sama dengan presiden parti Starsabah yang kita sayangi, Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan.

Sekiranya PRN di Sabah tetap diadakan,  rakyat Sabah pada kali ini akan lebih matang memilih calon yang mereka ingin pilih dan shafirul mengharapkan sekiranya turun mengundi agar rakyat mengikuti SOP yang telah ditetapkan agar risiko penularan Covid-19 dapat dicegah, mengakhiri kata-katanya yang kini dalam persiapan mengadakan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Starsabah Bahagian Petagas pada 23 Ogos 2020 nanti

Sumber: Jasabah

Kota Kinabalu, Rabu, 29 Januari 2020: Pemikiran yang menyedihkan dan harapan palsu di kalangan pendatang tanpa izin dari Filipina Selatan telah memesongkan pemikiran mereka bahawa mereka berhak, sebagai hak untuk memasuki Sabah seperti yang mereka inginkan kerana mereka kini percaya bahawa Sabah adalah milik mereka.

Seorang Sulu yang menggelarkan dirinya sendiri sebagai sultan, yang tinggal di Sabah, tanpa rasa segan untuk membuat kenyataan yang keterlaluan bahawa mereka adalah penduduk pribumi kelas pertama di Sabah dan mengejek status penduduk asal Sabah. Tuntutan keterlaluan sedemikian mesti dihentikan dengan serta-merta.

Kerajaan dan NGO juga mesti memulakan kempen secara agresif yang mendesak untuk menghapuskan mentaliti di kalangan orang-orang yang menghina, yang berfikir bahawa Filipina, melalui Kesultanan Sulu sekarang, masih mempunyai tuntutan ke atas Sabah.

Orang berbangsa Suluk tempatan menerima bahawa Sulu tidak ada tuntutan ke atas Sabah

Saya berasal dari Lahad Datu, membesar dalam masyarakat berbilang kaum dengan ramai orang asal Sulu, sebagai rakan sekelas dan sahabat sahabat keluarga. Oleh itu, saya boleh mengatakan dengan yakin bahawa rakyat asal Sulu yang telah berada di Sabah selama beberapa generasi menerima kenyataan sejarah bahawa Sabah adalah milik rakyat Sabah dan bahawa Filipina dan keluarga Sulu tidak mempunyai sebarang tuntutan yang sah terhadap Sabah.

Ilustrasi fakta meletakkan Sabah dimiliki oleh rakyat Sabah dan tidak ada orang lain, ketika Suruhanjaya Cobbold dan kemudian Misi Penemuan Fakta Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UN Fact Finding Mission) datang ke Sabah pada tahun 1962 dan 1963, mereka hanya berunding dengan orang-orang di Sabah mengenai Pembentukan Malaysia, bukannya dengan pemimpin Sulu atau Brunei. Kesultanan Sulu yang disebut adalah sama seperti kesultanan di Indonesia yang tidak lagi wujud.

Tidak ada kesultanan di Filipina

Terdapat hanya sultan-sultan palsu di sana-sini yang hanya ingin menuntut Sabah untuk mendapatkan keuntungan kewangan.

Pada tahun 1962, keluarga Kiram (bukan kesultanan) di Sulu telah menyerahkan apa sahaja tuntutan mereka ke Sabah kepada kerajaan Republik Filipina bagi menguruskan apa pun perkara berbangkit dengan PBB dan Malaysia.

Apa-apa tuntutan sejarah yang ada diantara Sabah dan Filipina telah lama diselesaikan secara konsisten memihak kepada Malaysia melalui pengiktirafan PBB sejak 1963 dan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (Mahkamah Dunia). ICJ (International Court of Justice) atau Mahkamah Dunia pada Oktober 2001 menyampaikan penghakiman yang menolak percubaan oleh Filipina untuk campur tangan dalam kes antara Malaysia dan Indonesia ke atas pulau Sipadan/Ligitan. Malaysia memenangi kes itu pada Disember 2002 dengan meyakinkan.
Peta Filipina tidak termasuk Borneo

Malah, sejauh mana kegusaran Filipina, sempadan negara mereka ditakrifkan dalam Perlembagaan Filipina seperti yang terkandung dalam Perjanjian Paris 1898 yang mencipta Republik Filipina yang moden. Peta Filipina dalam perlembagaan Filipina secara eksplisit mengecualikan semua wilayah Borneo. (lihat peta dilampirkan).

Ini adalah fakta sejarah, yang dibuktikan berdasarkan dokumen-dokumen di Brunei dan negara-negara lain, bahawa Brunei tidak pernah memberikan sebahagian daripada Borneo kepada Kesultanan Sulu pada abad ke-17 atau selepas itu. Ia adalah fakta bahawa tiada kuasa asing yang pernah mengiktiraf pemerintahan Sulu di mana-mana bahagian Borneo. Sebelum pentadbiran British North Borneo Chartered Company bermula pada 1881 di Sabah, semua urusan asing yang berkaitan dengan bahagian utara Borneo adalah dengan kuasa Kerajaan di Brunei, bukan Sulu. Tuntutan yang dipanggil Sulu kepada Sabah sentiasa ditentang oleh Brunei.

Menurut pemimpin Warisan, Datuk Peter Anthony, dalam satu video viral, mendakwa bahawa ketika British pertama kali datang ke Sabah, Orang Suluk, Bajau, Simunul adalah orang pertama yang dijumpai oleh British, sebelum KDM. Kenyataan sedemikian telah diambil dengan maksud bahawa Suluk, Bajau, Simunul berada di Sabah lebih awal daripada orang-orang asal seperti Dusun asal.

Ucapan oleh pemimpin KDM, yang kini menjadi menteri kanan Sabah, telah menggalakkan banyak tuntutan palsu dan tidak berasas oleh orang yang meragukan, bahawa KDM bukan berasal dari Sabah tetapi berasal dari Indo-China atau Mongolia. Perbincangan sebegini mengenai penduduk asal KDM amat menghasut dan berbahaya.

Sebagai fakta sejarah, British, (yang disebut oleh Peter Anthony), sebenarnya adalah orang Europa yang terakhir menjejakkan kaki di Asia Tenggara, termasuk Borneo Utara. British datang hanya pada abad ke-18. Portugis, Belanda dan Sepanyol datang pada abad ke-16. Tetapi orang Arab, Cina dan India telah datang ke Asia Tenggara selama berabad-abad sebelum orang Eropah. Perbezaan antara orang Eropah dan orang Arab/Cina/India yang datang ke Asia Tenggara adalah bahawa orang Arab/Cina/India datang sebagai pedagang dan bukan sebagai penakluk untuk menjajah Asia Tenggara.

Pelayar Cina telah berhubung dengan orang-orang Brunei dan Dusun sebelum British datang
Bagi Dusun dan suku suku asal di Sabah, rekod pelayar China, sejak zaman Laksamana Zheng He dan sebelum itu, telah mencatatkan pertukaran dengan orang-orang asal di bahagian utara Borneo. Armada Zheng He telah tiba di Borneo pada awal abad ke-15. British datang 300 tahun kemudian. Oleh itu, penemuan Sulu, Bajau, Simunul oleh British adalah sekurang-kurangnya 300 tahun selepas orang Cina membuat hubungan dengan orang-orang Brunei dan Dusun Borneo Utara. Dan, rekod-rekod China menunjukkan bahawa orang-orang Dusun dan orang-orang asal yang lain sudah berada di Sabah sebelum para pelayar British mula-mula meninggalkan mereka pulau mereka di Britain.

Datuk Seri Yong Teck Lee
Mantan Ketua Menteri Sabah

Allan G Dumbong
Dalam sistem demokrasi, tujuan utama barisan pembangkang ialah menjatuhkah parti pemerintah. Parti pemerintah pula berusaha mempertahankan kuasa atau mandat yang diberi. Kedua-dua pihak menggunakan strategi yang bermoral ataupun salah dan tidak bermoral demi untuk mendapatkan atau mengekalkan kuasa. Jika mandat itu mula dipersoalkan atau menjadi rapuh, adalah tugas parti pemerintah itu memanggil pilihanraya supaya mereka mendapat mandat yang lebih kukuh.

Mandat memerintah itu tidak semestinya stabil pada setiap masa kerana ia bergantung kepada legitimasi, keupayaan dan prestasi mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan sesuai dengan ekspektasi rakyat.

Suasana politik di Sabah ini pada dasarnya mengikut lunas-lunas sistem demokrasi walaupun amalan itu tidaklah begitu sempurna. Ini disebabkan aktor-aktor politiknya seringkali menggunakan taktik-taktik kotor (immoral) dalam usaha mendapatkan kuasa. Parti pemerintah pula senantiasa menggunakan "State's political apparatus" dengan sewenang-wenangnya demi untuk menjatuhkan aktor-aktor pembangkang.

Apa yang kita saksikan di persada politik Sabah masa ini ialah satu budaya politik yang belum matang. "Patronage politics" masih menjadi amalan di kalangan "political warlords" sehinggakan permainan "money politics" dan "horse trading" itu begitu kronik dan memudaratkan kelangsungan "polity" itu sendiri.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah oleh TYT Yang DiPertua Negeri pada 30 Julai 2020 dan pilihanraya negeri yang mesti diadakan sebelum 28 September 2020 itu tidak akan mengubah trend budaya politik yang sedia ada. Malah, keadaannya mungkin akan lebih berkecamuk dan kemelut politik itu pula akan membawa beberapa implikasi negatif yang tidak langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Pun begitu, PRU15 ini akan menyaksikan pertarungan di kesemua 73 kawasan DUN dan ini merupakan satu peluang bagi rakyat Sabah untuk menapis siapakah yang patut dan tidak patut dipilih sebagai ADUN. Ini juga merupakan satu peluang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk tampil ke hadapan dan mengetengahkan idea-idea baru yang boleh mematangkan budaya politik Sabah. Adalah menjadi harapan semua bahawa parti-parti yang terpilih menjadi "parti pemerintah" kelak mendapat mandat yang kukuh, menerima legitimasi yang sewajarnya dan mampu memperkenalkan dasar-dasar yang efektif dalam menangani masalah-masalah sosio-ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Sabah sekarang ini.

Oleh:
Allan G Dumbong
Penganalisis Politik
New Zealand
2 Ogos 2020

1. Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan berkenaan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib berkenaan dengan dokumen LAPORAN AKHIR JAWATANKUASA KHAS KABINET (JKK) MENYEMAK PELAKSANAAN PERJANJIAN MALAYSIA (MA63) yang dikataakan bertaraf rahsia selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

2. Saya berpendapat bahawa laporan akhir ini perlu didedahkan kepada umum memandangkan MA63 ini merupakan isu yang sangat penting diketahui oleh seluruh rakyat Sabah dan Sarawak.

3. Rakyat Sabah dan Sarawak sejak sekian lama tidak henti-henti berusaha untuk memperjuangkan hak-hak seperti yang terkandung dalam MA63 dan sudah tentu mereka tidak sabar untuk melihat kemajuan dan perkembangan hasil daripada Jawatan Kuasa Khas Kabinet (JKK) yang ditubuhkan ini.

4. Melalui kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) telah diwujudkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dan Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik juga adalah berasal dari Sabah dan Sarawak harus menggunakan peluang ini untuk bertindak lebih agresif bagi menyelesaikan isu ini.

5. Saya fikir dangan kewujudan portfolio ini yang turut diterajui oleh orang Sabah dan Sarawak tidak punyai masalah untuk menggunakan kuasa mereka bagi mendedahkan hasil laporan akhir daripada JKK.

6. Sekiranya portfolio kementerian yang baru diwujudkan ini kita tidak gunakan sepenuhnya untuk merungkai dan menyelesaikan apa yang dituntut oleh rakyat Sabah dan Sarawak maka siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk menyelesaikannya?

7. Saya bukannya pakar undang-undang tetapi yang semua orang tahu undang-undang itu diwujudkan oleh rakyat demi kebaikan rakyat. Oleh itu, undang-undang itu sudah tentu boleh diubah sekiranya itu yang menjadi tembok penghalang daripada mendedahkan hasil laporan ini.


Ts. Ir. Jovilis Majami
STARSabah
Kota Kinabalu
30.07.2020

Oleh Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP, Bekas Ketua Menteri, Peguam

Kota Kinabalu, Jumaat 31 Julai 2020

Semua parti politik dan calon yang bertanding dalam pilihan raya Sabah akan datang mesti berjanji untuk memulihkan Perkara 2 (3) perlembagaan Sabah yang berbunyi: “Seseorang tidaklah boleh memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah selama lebih daripada dua penggal sama ada secara terus menerus atau selainnya. " Artikel 2 (3) ini diluluskan semasa pemerintahan PBS 1987 untuk tujuan yang sangat baik.

Sebab utamanya cukup jelas. Sehingga Ketua Menteri hari ini tidak perlu berhadapan dengan kerumitan apabila TYT yang mengharapkan atau ingin dilantik semula melebihi dua penggal. Setiap 1 penggal adalah selama empat tahun.

Pada bulan Disember 2018, batas jangka waktu yang ditetapkan dalam Pasal 2 (3) perlembagaan dihapuskan. Secara sah, TYT kini boleh kekal sebagai TYT seumur hidup. Tidak ada jaminan oleh Ketua Menteri hari ini yang akan memuaskan hati rakyat bahawa penghapusan had istilah itu sama mulia seperti yang dituntut.

Tidak kira siapa Ketua Menteri atau siapa TYT. Institusi TYT adalah perkara yang mesti kita lindungi.

Menifesto pilihanraya Warisan atau PH ataupun BN atau Gabungan Sabah mahupun parti politik yang lain pada PRU14 tidak menyatakan “had dua penggal pada jawatan TYT akan dihapus”. Mengapa kemudian, had penggal TYT dihapuskan?

English version

Yong: Restore the two-term limit on TYT

Kota Kinabalu, Friday 31 July 2020

All political parties and candidates contesting in the coming Sabah elections must pledge to restore Article 2(3) of the Sabah constitution which reads: “A person shall not hold office as the Yang di-Pertua Negeri for more than two terms either continuously or otherwise.” Article 2(3) was passed during the 1987 PBS government for a very good reason.

The core reason is obvious. So that the Chief Minister of the day does not have to overcome the real head aches of a TYT who expects or wishes to be re-appointed beyond two terms. Each term is four years.

In December 2018, the term limit stipulated in Article 2(3) of the constitution was abolished. Legally, the TYT may now remain as TYT for life. No amount of assurances by the Chief Minister of the day will satisfy the people that the removal of the term limit is as noble as claimed.

It does not matter who Chief Minister or who the TYT is. It is the office of the TYT that we must protect.

It was not in the Warisan or PH or BN or Gabungan Sabah or any other party election manifesto that the two-term limit on the TYT post will be removed. Why then, was the term limit removed?

Datuk Yong Teck Lee
SAPP President, Ex-Chief Minister, lawyer

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.