1. Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan berkenaan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib berkenaan dengan dokumen LAPORAN AKHIR JAWATANKUASA KHAS KABINET (JKK) MENYEMAK PELAKSANAAN PERJANJIAN MALAYSIA (MA63) yang dikataakan bertaraf rahsia selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

2. Saya berpendapat bahawa laporan akhir ini perlu didedahkan kepada umum memandangkan MA63 ini merupakan isu yang sangat penting diketahui oleh seluruh rakyat Sabah dan Sarawak.

3. Rakyat Sabah dan Sarawak sejak sekian lama tidak henti-henti berusaha untuk memperjuangkan hak-hak seperti yang terkandung dalam MA63 dan sudah tentu mereka tidak sabar untuk melihat kemajuan dan perkembangan hasil daripada Jawatan Kuasa Khas Kabinet (JKK) yang ditubuhkan ini.

4. Melalui kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) telah diwujudkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dan Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik juga adalah berasal dari Sabah dan Sarawak harus menggunakan peluang ini untuk bertindak lebih agresif bagi menyelesaikan isu ini.

5. Saya fikir dangan kewujudan portfolio ini yang turut diterajui oleh orang Sabah dan Sarawak tidak punyai masalah untuk menggunakan kuasa mereka bagi mendedahkan hasil laporan akhir daripada JKK.

6. Sekiranya portfolio kementerian yang baru diwujudkan ini kita tidak gunakan sepenuhnya untuk merungkai dan menyelesaikan apa yang dituntut oleh rakyat Sabah dan Sarawak maka siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk menyelesaikannya?

7. Saya bukannya pakar undang-undang tetapi yang semua orang tahu undang-undang itu diwujudkan oleh rakyat demi kebaikan rakyat. Oleh itu, undang-undang itu sudah tentu boleh diubah sekiranya itu yang menjadi tembok penghalang daripada mendedahkan hasil laporan ini.


Ts. Ir. Jovilis Majami
STARSabah
Kota Kinabalu
30.07.2020
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.