1. Kenyataan Datuk Shafie Afdal Ketua Menteri Sabah di Parlimen yang meminta Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan Ketua Pembangkan Sabah untuk bertanya kepada Kerajaan Persekutuan siapa sebenarnya yang berkuasa untuk memberi Kad Pengenalan (KP) ibarat “kura-kura dalam perahu” dan “lempar batu sembunyi tangan”
2. Datuk Shafie ini sebenarnya lebih tahu berbanding dengan semua Ahli Parlimen yang ada hari ini kerana beliau telah lama berada dalam Kerajaan Persekutuan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia dan kini Shafie merupakan Ketua Menteri Sabah.
3. Shafie juga tahu bahawa kebanjiran PTI di Sabah ini bermula sejak era Tun Sakaran Dandai iaitu bapa saudara beliau sendiri dan kemuncaknya adalah pemberian “Projek IC” yang dikatakan didalangi oleh Tun Mahathir.
4. Dan hari ini apabila beliau menjadi Ketua Menteri Sabah sudah pastinya beliau lebih tahu bagaimana proses pemberian KP ini kepada warga asing atas pengalaman-pengalaman yang dilaluinya selama ini.
5. Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Afdal tidak boleh melemparkan batu dan menyembunyikan tangan bahawa pengeluaran KP ini dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan kerana KP itu dikeluarkan apabila borang permohonan itu lengkap diisi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan ada di sertakan tetapi apa yang penting ialah kenapa mereka berada disini.
6. Shafie sudah tentu sedar bahawa sebaik sahaja beliau mengambil alih Kerajaan Sabah banyak tindakan dan dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri boleh umpamakan sebagai menabur gula untuk menarik semut-semut memakan gula tersebut.
7. Salah satu contoh gula yang ditabur oleh kerajaan beliau ialah memberikan pulau-pulau di Sabah ini sebagai penempatan PTI itu sudah tentu PTI-PTI ini akan merasa seronok untuk terus datang ke Sabah kerana mereka tahu bahawa akan diberikan penempatan juga.
8. Gula yang seterusnya ialah tanah-tanah Kerajaan Negeri Shafie cadangkan untuk digazet bagi menyusun semula setinggan-setinggan yang berlambak di Sabah ini sedangkan rumah-rumah setinggan ini sinonim dengan penempatan PTI? Bukankah ini juga akan mendorong mereka untuk datang ke Sabah?
9. Apabila mereka terlalu lama disini dan beranak-pinak maka lahirlah apa yang Shafie katakan sabagai “Kanak-kanak Stateless” kemudian beliau memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak ini demi perikemanusiaan. Disini siapa sebenarnya punca pemberian KP ini?
10. PTI-PTI yang diberi penempatan oleh Kerajaan Warisan juga akan berusaha untuk mendapatkan pelbagai cara seperti mencari bapa angkat, menyogok orang-orang tempatan untuk dijadikan bapa angkat atau menggunakan orang tempatan sebagai bapa kepada anak-anak mereka selepas itu mereka memohon KP. Ini juga masalah Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Pendaftaran?
11. PTI-PTI yang diberkan penempatan ini kemudiannya memikat gadis-gadis tempatan supaya mereka boleh mendapatkan jaminan untuk terus tinggal disini dan kemudiannya memohon KP. Apakah ini juga masalah Kerajaan Persekutuan?
12. Apabila mereka-mereka ini beranak-pinak dan bertambah banyak sudah tentu mereka akan memanggil saudara mara mereka dari seberang sana untuk datang ke Sabah atas alasan ikatan persaudaraan. Maka mereka ini terus membantu saudara mara mereka untuk mendapatkan KP atas alasan ada ikatan persaudaraan. JPN juga tidak akan menolok permohonan ini kerana dilihat ianya memenuhi syarat-syarat yang mereka perlukan.
13. Saya merasakan kalau Shafie benar-benar ikhlas untuk mengatasi masalah PTI di Sabah yang pertama beliau perlu lakukan ialah memohon supaya membatalkan Projek IC yang dikeluarkan ketika era Tun Dr. Mahathir tetapi nampaknya beliau tidak berminat keatas itu sebaliknya mensyorkan supaya Tun Mahathir menjadi presiden Parti Warisan.
14. Shafie juga merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri Sabah yang punyai hak untuk menghalau PTI-PTI dari bumi Sabah tetapi kenapa beliau tidak lakukannya seperti apa yang dilakukan oleh Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat? Adakah Shafie hanya menunggu sehingga mereka ini ada peluang untuk mendapatkan KP?
15. Oleh itu, Shafie seharusnya tidak perlu bertanya kepada Dr. Jeffrey atas masalah pemberian IC kepada PTI di Sabah tetapi beliau harus jujur tentang apa matlamat beliau ke atas PTI-PTI di Sabah ini.
16. Datuk Darell Leiking pula bukannya hero KDMR harap beliau akan dihukum oleh rakyat pada PRU15 nanti.
Ts. Ir. Jovilis Majami
STAR Sabah
Kota Kinabalu
28.07.2020
Mcm bijak seja ko mengomen.. betul la.. siapa yg ada kuasa buat ic? jd mana sdah perjuangan ic sabah boss ko tu? Kenapa diam2 sdah boss ko d federal? Sudah2 la kasi budu rakyat.. bgus2 sdah parti tempatan memerintah negeri, x pula sokong.. dulu bukan main kamu sokong parti tempatanlah, apa lah.. bgini sejala, mngkin ko tau, mngkin juga ko x tau, Parti Star dari dlu dana dia dari umno!! Sy bekas org star.. depan biji mata sy urg umno yg bagi duit utk pru13 lalu utk gapari..
ReplyDelete