Kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri di Kota Kinabalu , Dato Seri Hamzah Zainuddin, bahawa Pemegang Kad IMM 13 tidak akan diberi Kad Pengenalan Warga Negara Malaysia adalah amat tepat dan harus disokong oleh semua pihak di Sabah termasuk Kerajaan Parti Warisan dan sekutunya.

Ini lah hadiah yang paling bernilai bagi rakyat Sabah sejak Kerajaan Perikataan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan hanya kurang daripada 6 bulan daripada Pakatan Harapan. 

Kita juga bernasib baik kerana buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia seorang anak Dusun dari Sabah telah diberi kepercayaan oleh kerajaan pusat memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Parti StarSabah, khusunya  Datuk Dr Jefery Kitigan telah lantang bersuara sejak 40 tahun yang lalu sehingga beliau ditahan di bawah ISA kerana menentang kebanjiran pendatang asing dan pemberian Kad pengenalan pintu belakang melalui Projek IC dibawah Kerajaan Barisan Nasional dahulu yang menumbang Kerajaan PBS.

Kerajaan PN dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiyudin Yasin juga berjaya menghadapi krisis wabak covid 19 dengan cemerlang. 

Rakyat pada keseluruhannya gembira dengan bentuk bantuan yang diberi kepada rakyat Malaysia. Boleh disimpulkan bahawa Perdana Menteri kita pada hari ini adalah pemurah dan seorang yang berjiwa orang kampung yang senang membantu dan tidak kedukut.

Tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional.


Saban Sawayan
Naib Presiden StarSabah
15-6-2020.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.