Ts. Ir. Jovilis Majami
18 Jun 2020
Kota Kinabalu
1. Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap serangan terbaru Ketua Wiramuda Warisan Datuk Azis Jamman kepada Ketua Pembangkang Kerajaan Sabah Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.
2. Dalam kenyataan tersebut beliau menuduh bahawa Dr. Jeffrey dan Yb. Jonathan Yasin Tim. Menteri Dalam Negeri memperbodohkan dan memperkecil-kecilkan bangsa KDMR itu sendiri.
3. Mungkin bagi penyokong KDMR dalam Parti Warisan, mereka akan bertepuk tangan keriangan seolah-olah kenyataan Datuk Azis ini benar belaka tetapi bagi saya dan semua pendukung perjuangan Dr. Jeffrey tulisan beliau ini tidak lebih daripada luahan seorang pemimpin yang kecewa kerana tidak dapat meneruskan agenda Pas Semantara Sabah (PSS) selepas kerajaan PH berkecai di peringkat persekutuan.
4. Dalam psychoanalysis theory oleh Sigmund Frued ada menyebut bahawa apabila seseorang itu tidak berjaya dengan apa yang dihajatinya maka salah satu cara untuk mendamaikan hatinya yang lara adalah dengan menggunakan projection technique iaitu dengan menyalahkan orang lain bagi menutup kegagalannya.
5. Kita juga harus bijak menilai bahawa sejak kebelakangan ini terlalu ramai pemimpin-pemimpin parti Kerajaan Sabah yang menyerang Dr. Jeffrey dan sudah tentu serangan ini mempunyai niat tersirat.
6. Ini sudah tentu disebabkan oleh desas-desus bahawa ramai ADUN Kerajaan Negeri yang dikatakan akan meninggalkan mereka, oleh yang demikian sebagai ketua pembangkang di Sabah dan pemimpin yang paling lantang menegur Kerajaan Negeri maka Dr. Jeffrey dilihat orang yang bertanggungjawabkan keatas hilangnya kepercayaan ADUN Kerajaan Negeri ini.
7. Isu yang dibangkitkan oleh Azis Jamman mudah difahami iaitu cadangan memperkanalkan IMM13 yang keluar daripada mulut Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin disusuli oleh kenyataan Yb. Jonathan Yasin Timb. Menteri Dalam Negeri melalui facebook miliknya dengan mengulas cadangan menteri berkenaan kemudiannya keluar pula satu berita daripada Borneo Today portal berita tajaan Parti Warisan dengan headline ‘Pemberian IMM13 Baik Untuk Sabah, kata Jeffrey’.
8. Daripada inilah bermulanya pemimpin-pemimpin Warisan termasuk Azis Jamman mencanangkan ke selauruh dunia bahawa Dr. Jeffrey bersetuju untuk memberikan IMM13 kepada PTI sedangkan kenyataan beliau sekadar sokongan terhadap usaha kerajaan PN dalam menyelesaikan isu ini.
9. Saya juga bagi sedikit pendangan disini bahawa apa yang diutarakan oleh Menteri Dalam Negeri baru-baru ini adalah sekadar cadangan beliau semata-mata dan bukannya suatu yang sudah menjadi dasar kerajaan untuk dilaksanakan tanpa mendengar maklumbalas daripada rakyat Sabah.
http://www.dailyexpress.com.my/news/154304/imm13-dokumen-tunggal-kenal-pasti-pti-di-sabah/
10. Sebaliknya apabila kita membaca propaganda yang dimainkan oleh musuh politik Dr. Jeffrey, cadangan IMM13 sepertinya sudah diluluskan dengan orang yang bertanggungjawab untuk meluluskannya itu adalah Dr. Jeffrey.
11. Langkah proaktif Dr. Jeffrey dalam penyelesaian tuntas masalah ini adalah dengan mencadangkan satu forum berserta dengan pelbagai pengisian untuk mendapatkan maklumbalas dari semua pihak bagi menyelesaikan masalah PTI ini.
http://www.dailyexpress.com.my/news/153566/kenapa-forum-mengenai-pti-perlu-diadakan-jeffrey/
12. Maka itu, tidak betul sama sekali Dr. Jeffrey menerima cadangan IMM13 ini tanpa diperhalusi dan dipersetujui oleh semua pihak.
13. Saya juga menegaskan bahawa situasi pengumuman PSS diera PH dulu adalah berbeza dengan cadangan IMM13 ini kerana PSS ketika itu sudah pun diluluskan dengan tarikh pelaksanaannya ialah pada Jun tahun ini sekiranya tidak dibantah tetapi IMM13 ini pula hanyalah sekadar cadangan yang baru keluar sekali dari mulut pemimpin.
14. Dengan itu saya berharap agar KDMR jangan mudah percaya dengan dakyah Azis bahawa Dr. Jeffrey memperbodoh dan memperkecil-kecilkan bangsa KDMR kerana hakikatnya parti Azis yang mempergunakan pemimpin-pemimpin KDMR untuk menyerang Dr. Jeffrey selaku pemimpin KDMR yang disegani. Di sini saya kongsikan sebahagian daripada serangan-serangan mereka;
i) https://www.borneotoday.net/siambun-tuduh-jeffrey-sebagai-penghasut/
ii) http://www.dailyexpress.com.my/news/153494/sekarang-masa-untuk-tindakan-bukan-forum-lagi-warisan/
iii) http://www.asiatimes.com.my/2020/05/27/dr-jeffrey-jangan-hanya-cakap-lakukan-sesuatu-nelson-w-angang/
iv) https://www.sabahnewstoday.com/dr-jeffrey-digesa-perjelaskan-tindakan-beliau-bersetuju-duduk-dengan-umno-dan-pas-dalam-pn/
v) https://www.warisanonline.com/guandi-hanya-ingin-tutup-malu-presidennya/
vi) https://www.borneotoday.net/imm13-jeffrey-akhirnya-tunjuk-wajah-sebenar-isu-pati/
vii) https://www.borneotoday.net/cukuplah-layan-sandiwara-politik-jeffrey-fokus-pulihkan-ekonomi/
Post a Comment