Kota Kinabalu 8hb Jun 2020 : Haji Harun Bidin, seorang ‘otai’ dalam arena politik dan perjuangan kemajuan Sabah, terutama di kawasan Kudat tidak merasa terkejut dengan tindakan pemimpin-pemimpin Parti Warisan melakukan serangan demi serangan serta desakan terhadap Presiden STARSABAH, Yb Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, sehingga ke tahap tidak menghiraukan parti pembangkang yang lain. Ketika dihubungi, beliau berkata “tidak perlu menjadi seorang bijak pandai untuk mentafsir tindakan-tindakan ini”

Beliau berkata, Warisan dan cybertrooper mereka mula menuntut yang bukan-bukan terhadap StarSabah dan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan macam budak meronta-ronta minta mainan. Tidak mahu ketinggalan dalam perang saraf ini termasuklah Pengerusi, Setiausaha Agong, Bendahari Agong, Ketua Wira dan beberapa pemimpin kecil mereka antara lainnya.

Datuk Dr Jeffrey G Kitingan baru 2 bulan menyertai PN sebagai Timbalan Menteri Pelancongan sekali gus menjadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan, sudah nampak tindakan-tindakan yang positif yang beliau buat dan rencanakan dan yang paling penting sama sekali tidak mengabaikan sedikitpun asas perjuangan MA63 dan 20 perkara.

Sebagai permulaan adalah dengan mengadakan forum mengenai PTI yang meroyankan kerajaan negeri. Entah kenapa dan mengapa mereka naik angin? Sepertinya, rakyat Sabah dapat meneka mengapa mereka takut Forum ini dilaksanakan.

Jika buat perbandingan 2 bulan dengan 22 bulan, tidak sampai 10% dari jangka waktu PH/Warisan memerintah. Tidak dinafikan memang banyak program yang kerajaan negeri sudah laksanakan tapi hampir semuanya negatif dan tidak mesra rakyat.

Mari sama-sama renungkan dan buat analisa perkara-perkara berikut:
Sejak Warisan “dihalalkan” sebagai sebuah kerajaan pada 12hb Mei 2018, tidak ada satu benda pun yang masuk akal, Shafie dan Menteri-menteri pasolanya buat bermanfaat untuk rakyat asli Sabah.

Malahan kerajaan pintu belakang ini, gemar melaksanakan perkara-perkara yang jelas nampak songsang, haram dan seringkali melanggar undang-undang.

Sila amati sebahagian tindak tanduk mereka.

1. Melantik seorang bukan asal sebagai ADUN

2. Melantik seorang bukan asal Sabah dan bukan dari kalangan kakitangan awam sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan

3. Melantik seorang bukan dari kalangan kakitangan awam sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah.

4. Setelah dicabar dan kalah di mahkamah kerajaan ini mengubah perlantikan daripada Pengarah kepada “Consultant” untuk tujuan menghalalkanPembalakan haram terus berleluasaPembinaan Empangan yang Warisan bantah bermati matian dalam kempen PRU14 diteruskanTAED yang Warisan bantah bermati-matian diteruskan

5. 80% hasil minyak Sabah yang dilaungkan akan dituntut kekal 5%.RM1 Trillion juga digembar gemburkan sebagai hutang Persekutuan, satu sen pun tidak ada

6. Nasiblah Warisan kalah semasa PRK Kimanis yang membatalkan PSS untuk orang asing yang boleh diperbaharui sehingga 100 tahun

7. Menyediakan sebuah pulau untuk penempatan PTI

8. Kes KKLW Shafie melibatkan RM1.5 billion digugurkan

9. Terus bersekongkol dengan Tun M untuk menjatuhkan kerajaan yang dilantik oleh SPB Agong

10. Bina landasan kereta api KK-Kudat yang dilupakan

11. Bina pelabuhan laut dalam di Kudat yang jadi mimpi

12. Kes Pengerusi Tetap Warisan semasa menjadi Presiden LDP – senyap

13. Kes Timbalan Ketua Menteri lebih ½ billion masih aktif tapi cuba untuk campur tangan dalam politik

14. Janji tutup judi 4 ekor & mesin slot mulai 1/1/2020 hanyalah bohong

15. Kes Timbalan Ketua Menteri atau Presiden UPKO semasa BN tidak diteruskan

16. 1.5 billions water concessions

17. Jalan Telupid-Sandakan mahu masuk 3 kali Tahun Baru Cina masih kilarBantuan Covid19 yang gagal

Saya yakin pasti, kerajaan pintu belakang ini akan terus menerus melakukan kerja-kerja hentam keromoh seperti yang saya sudah sebutkan di atas.

Jesteru, pada logiknya terlalu sukar untuk meyakinkan rakyat untuk memberi mereka mandate mutlak pada PRU-15 kelak.

Haji Harun juga bertanya, siapa boleh lupakan peristiwa Kimanis? BN menang ‘against all odd’, itu pun baru hambur satu isu – PSS!
Nah, bayangkan baru 22 bulan, Warisan tebuk atap rampas kerajaan, sudah cipta lebih 20 isu sebesar isu PSS tambah beliau.

Rasanya kalau isu-isu tersebut gagal ditangani oleh warisan dan sekutunya menjelang PRU-15, maka tidak mustahil bayang-bayang mereka pun akan menjauhi dan lebih perit lagi akan ‘putung’ mereka!

Walahu’alam
Haji Harun Bidin
StarSabah, Kudat
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.