Kota Kinabalu, 19hb Ogos 2023
Borneo MA Smart Vendors Sdn.Bhd menaja program kemasyarakatan di Kota Kinabalu. 

Persatuan Pemelihara Budaya dan Tradisi Wanita Pasokmomogun Sabah yang dipengerusikan oleh Puan Atin Belynda Buntot telah menganjurkan tiga program sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia tahun 2023. 

Program itu adalah Kempen Derma Darah dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II, Saringan kesihatan percuma di bawah skim PEKA B40 dengan kerjasama Klinik Sri Balung dan program ketiga adalah Pertandingan Memasak Makanan Tradisional Versi Halal. 

Kesemua program ini telah ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Borneo MA Smart Vendors Sdn.Bhd yang melakukan perniagaan jualan dan perkhidmatan Vending Machine. 

Program ini juga telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Yang Berhormat Datuk Flovia Ng. 

Pengarah Urusan Syarikat Borneo MA Smart Vendors Sdn.Bhd, Tuan Andenson Dato - dalam ucapannya memberikan semangat kepada semua yang hadir agar bangkit memperbaiki ekonomi diri dan keluarga. 
Beliau juga mengajak sesiapa yang berminat untuk menyertai perniagaan vending machine di syarikat beliau. 

YB Datuk Flovia Ng mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Persatuan PUSAKA dan kepada Syarikat Borneo MA Smart Vendors Sdn.Bhd atas kerjasama yang baik sehingga program kemasyarakatan seperti ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Labels:

Post a Comment

Post a Comment

Powered by Blogger.