1. Tiada satu pun perjanjian yang sudah dimetrai itu tidak boleh dibubar atau dikaji semula.
2. Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga begitu.
3. Memandangkan banyak ketidaksempurnaan dalam pelaksanaan MA63 sehingga menimbulkan ketidakpuashatian dipihak Sabah dan Sarawak maka adalah sesuatu yang wajar supaya MA63 ini perlu diganti kepada perjanjian baru yang lebih adil dan saksama kepada semua pihak.
4. Kita berbangga dengan cadangan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STARSabah) Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan dua tahun lepas bahawa MA63 perlu digantikan kepada Malaysian Union Agreement 2020 atau Perjanjian Kesatuan Malaysia 2020 dengan singkatannya MUA2020 sudah tiba masanya untuk dilaksanakan.
5. Saya turut menyokong kenyataan Presiden STAR itu bahawa Wilayah Sabah dan Sarawak kini sudah cukup dewasa dan mampu memikul tanggungjawab sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka.
6. Kini usia Persekutuan Malaysia sudah mencecah 57 tahun maka Sabah dan Sarawak tidak lagi boleh dianggap sebagai wilayah yang tidak mampu untuk berdiri dikaki sendiri jika itu adalah alasan ketika menggabung Sabah dan Sarawak kepada Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
7. Kita juga melihat bahawa MA63 ini sering menjadi perdebatan diantara beberapa pihak terutamanya kesahannya selepas Singapura keluar dari perjanjian ini.
8. Banyak juga diantara orang-orang kita yang muncul dan mendakwa bahawa mereka adalah pakar dalam MA63 sehinngga berlakunya bidas-membidas dikalangan mereka sendiri disebabkan mempertahankan hujah masing-masing sehingga melupakan tujuan asal iaitu mengambalikan perjanjian ini ke landasan yang betul.
9. Maka itu, daripada kita bertegang urat dengan MA63 yang nampaknya tidak berkesudahan adalah lebih baik untuk kita duduk semeja dan sepakat untuk mengadakan satu perjanjian baru dikalangan tiga wilayah ini.
10. Perjanjian baru ini sudah tentu lebih baik untuk Wilayah Sabah dan Sarawak memandangkan kita sudah punyai cukup pengalaman dengan perjanjian yang lama ini.
11. Namun sekiranya ada diantara wilayah-wilayah ini tidak senang hati dan tidak bersetuju dengan perjanjian baru ini maka kita Rakyat Sabah juga berhak untuk menentukan halatuju kita.
12. Asalkan Rakyat Sabah bersatu padu maka tiada yang mustahil dalam mencapai cita-cita.
Ts. Ir. Jovilis Majami
Kota Kinabalu
21 Julai 2020
Post a Comment
Post a Comment