Kes Datuk Peter Anthony (DPA) - Dia kata kes 'lama' 2017 yang sekarang (Jun 2020) dihidupkan semula untuk melemahkan semangat perjuangan. Dahulunya sudah dihentikan siasatan oleh seorang Ahli Parlimen dan Menteri dalam Jabatan PM (sekutunya) kerana 'kurang bukti'. Menyeruh orang Sabah bangkit untuk mempertahankan 'maruah'. DPA kata ini adalah serangan politik.
Kes Tan Sri Musa Aman (TSMA) - Kes lama 2012. Seperti DPA, siasatan keatas beliau juga dihentikan tetapi selepas siasatan extensif yang merentasi sempadan melibatkan 2 agensi pencegahan rahsuah- 1) SPRM 2)ICAC Hong Kong. Kes lama ini dihidupkan semula 2 hari sebelum Mahkamah memutuskan kes sivil pada 7 Nov 2018. Kes sivil yang difailkan TSMA mencabar perlantikan Ketua Menteri Sabah. Pihak TSMA juga kata ini adalah mala fide dan satu serangan politik.
Beza TSMA dan DPA, TSMA tiada menyeruh orang Sabah bangkit untuk mempertahankan maruah sebab ini masalah peribadinya.
Kesamaan? Kedua-dua melabelkan tindakan SPRM sebagai serangan politik. Betul kata si DPA, keputusan pihak berkuasa bertukar mengikut pertukaran kerajaan, maka dia secara tidak langsung memperakui kerajaan PH terdahulu pun tidak telus.
Begitukah?
Post a Comment
Post a Comment