Oleh : Nom De Guerre

Tiada peruntukan dalam Akta Immigresen 1959/63 Malaysia mengenai pengendalian permohonan suaka atau pelarian. 

Pada tahun 1972, satu pindaan telah dibuat oleh kerajaan kepada Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 menerusi Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 1972.

Satu perenggan baru telah dimasukkan di bawah perenggan (j) dalam Jadual (Perenggan 2) Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 iaitu:

“Persons exempted from section 2 and section 3 of the Passports Act, 1966.
(b) Any national of the Republic of the Philippines entering Sabah other than by a vessel of an international shipping or air line, who satisfies the Minister that his entry is in the interest of Sabah.”

Atau

Orang yang dikecualikan dari seksyen 2 dan seksyen 3 Akta Pasport, 1966.
(b) Mana-mana warganegara Republik Filipina yang memasuki Sabah selain dengan kapal laut atau saluran udara antarabangsa, yang meyakinkan Menteri bahawa kemasukannya adalah untuk kepentingan Sabah

Pindaan ini dilakukan bagi membolehkan pelarian-pelarian perang yang diurus oleh UNHCR masa itu untuk tinggal dan bekerja sementara waktu di Sabah. 

IMM13 pada asasnya adalah Pas Lawatan Sosial. Tiada perkataan refugee atau pelarian diguna sebut dalam pindaan kerana sememangnya tiada peruntukan untuk pelarian dalam Akta Imigresen kita seperti disebut terdahulu. 

Yang menarik dalam pindaan yang dibuat ialah pengecualian itu dibuat khusus untuk warganegara negara Filipina -, (b) Mana-mana warganegara Republik Filipina yang memasuki Sabah selain dengan kapal laut atau saluran udara antarabangsa, yang meyakinkan Menteri bahawa kemasukannya adalah untuk kepentingan Sabah. 

Maka IMM13 sendiri adalah pengiktirafan kewarganegaraan mereka sebagai warga Filipin. Ini akan menyukarkan negara Filipin menafikan kerakyatan kerana IMM13 adalah dokumen antarabangsa yang diperakui oleh UNHCR. 

Dan memberi status IMM13 juga adalah bagi 'kepentingan Sabah', sejajar dengan pindaan yang dibuat kerana dengan status ini, negara bolehlah memulakan rundingan pengembalian pendatang-pendatang tanpa izin yang kini memegamg Kad Burung-Burung dan Kad Banci. 

Selain dari itu, IMM13 secara tidak langsung adalah kuasa yang diberi oleh Parlimen kerana pengecualian yang disebut juga diluluskan oleh parlimen. Justeru itu, tiada persoalan melanggar undang-undang.

Dan jika ini masih tidak memberi keyakinan kepada warga Sabah, sila baca laporan dibawah pada 21 November 2018 oleh Borneo Post. 

Dalam laporan Borneo Post tersebut, Kedutaan Negara Filipin menyangkal dakwaan Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri masa itu, Datuk Mohd. Azis Jamman yang negara Filipin tidak menerima pemegang IMM13 sebagai warga mereka. 


Labels:

Post a Comment

Post a Comment

Powered by Blogger.