Permohonan Menjadi Ahli Parti STARSABAH Menjangkau Seluruh Sabah 

Kota Kinabalu 11hb Jun 2020 : Parti Solidariti Tanah Airku, StarSabah yang dikenali sebagai Parti 'nyamuk'  semasa Pilihanraya ke-14 yang lalu perlahan -lahanm menebarkan sinarnya. 

Dengan keupayaan dan sumber yang terbatas, StarSabah terus mengembangkan pengaruh dan tidak pernah berhenti memberikan penerangan kepada rakyat melalui lawatan-lawatan, program-program mahupun di media massa. 

Hasil daripada usaha ini, dalam jangka masa yang singkat, Parti STARSABAH merupakan buah mulut di kalangan rakyat Sabah dan semakin ramai yang tertarik untuk menyertai. 

Pada 10hb Jun, Wakil Rakyat Dun Bingkor, YB Robert Tawik yang juga merupakan Ketua Bahagian Parti STARSABAH di Bingkor telah menerima penyerahan borang daripada En. Maikol@Madit Bin Surop mewakili 50orang yang lain untuk menjadi ahli. 

Encik Maikol menyatakan sokongan kepada StarSabah dan yakin akan kepimpinan Yb Robert Tawik bersama YB Datuk Presiden STARSABAH. 

Sementara di Sandakan pula, di DUN Tanjung Papat terus menerima kemasukan ahli yang agak drastik. Pada tarikh yang sama, 10hb Jun, Ketua Bahgaian Tg. Papat, tuan Haji Fariz Moore telah menerima borang keahlian sebanyak 400 ahli. 

Dikhabarkan mereka yang telah mengambil keputusan untuk menyertai StarSabah ini telah bosan menanti janji-janji manis daripada kerajaan negeri yang telah mereka pilih dan undi pada Pilihanraya yang lalu. 

Dikala kerajaan Pusat dan Negeri bergelut untuk pengaruh kelangsungan politik, dan rakyat dilanda musibah pandemik Covid-19, StarSabah tetap bersama rakyat semampu yang boleh. 

Semoga corak pemikiran rakyat Sabah bertambah matang menilai dan memilih pemimpin yang benar-benar boleh membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Sabah. 

Ini Kali Lah
Kalau Bukan Kita Siapa Lagi
Labels:

Post a Comment

Post a Comment

Powered by Blogger.